Friday, May 15, 2015

Duniawi Ukhrawi

Bismillahhirrahmaanirrahiim...

Semoga Allah s.w.t terus memberi kekuatan, dan mengekalkan aku dalam lingkungan kekuatan ini. Kekuatan yang tidak aku perolehi dengan sendiri tetapi ia datang dari orang-orang yang sentiasa ada di sisi, dan yang jauh tetapi sering melekat di hati.

You know who you are.

Dan tatkala aku mula goyah, sering kalian datang dan membantu aku supaya kekal gagah. Datang dekat padaku, atau dari jauh kalian kirimkan doa.

You know who you are.

Ada masa sebagai manusia yang bertaraf hamba, kita akan penat. Duniawi buat kita kecewa. Pada ketika itulah, rasa mahu berlari kepada Tuhan begitu kuat. Terasa mahu melupakan duniawi. Mahu bercinta denganNya sahaja.

Tetapi, apakah itu benar dan betul? Atau sebenarnya  jentera syaitan sedang mengapi-apikanmu dengan kemalasan? 

Bantu aku sahabat, you know who you are.

No comments: