Monday, June 27, 2016

Memori Raya Pertama Puteri Maisarah

Bismillah...

Lama sungguh tak jenguk tempat ni. Bersawang sudah. I will make may come back soon. Supaya nanti Sara boleh baca catatan Umi di di sini.

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. So umi nak imbas balik kenangan raya Sara yang pertama. Masa ini Sara berumur 10 bulan dan baru pandai berjalan. 

Terima kasih sayang...., kehadiran Sara sangat bermakna dalam hidup umi an ayah.











Monday, January 4, 2016

Rumah kita

http/www.realiferochester.com/activities.html

Saya simpan link ini dalam senarai link blog saya dah lama dah...

Sebenarnya inilah yang pernah saya impikan. Sebagai pelabur hartanah, pernah tak kita fikir nak buat macam ini bila kita dah tua-tua nanti?

"Suatu ketika nanti kita sangat sibuk sehingga anak-anak nak jumpa kita pun kena buat temujanji!" Kata sahabat.

"Kita takkan pernah menyimpan harapan untuk anak-anak jaga kita sepanjang masa kerana kita terlalu sibuk dengan kerja kebajikan dan aktiviti dalam circle kita untuk masyarakat."

Ya, itu impian kita, kan sahabat?

Membaca blog ini buat saya mengingat diri sendiri, nanti komuniti pesara dari golongan profesional juga akan wujud di Malaysia. Kita bina ikut acuan kita.

Mimpi sampai langit ketujuh!

Sunday, January 3, 2016

40 tahun

2015 yang penuh santai dan sesekali ada juga ribut emosi datang melanda.
Banyak perkara baik berlaku, sedikit-sedikit ujian yang masih mampu dihadapi. Alhamdulillah.

Tahun ini aku memasuki usia 40 tahun. Jika Allah izinkan, masih banyak yang aku mahu perjuangkan.

Mahu menamatkan pengajian Phd dengan jayanya tahun ini.
Mahu membahagikan lebih banyak kasih sayang dan berbuat baik tanpa berkecil hati.
Mahu meningkatkan amalan ibadah yang selalu tercicir kerana urusan dunia.
Mahu berkongsi ilmu hartanah dan memberi kesedaran kepada lebih ramai wanita.

Pembuka tirai 2016 kami mulai dengan menziarah pusara arwah emak mertua yang selalu aku rindu dan juga pusara arwah bapa mertua yang tidak pernah aku kenali. Ia cukup untuk mengingatkan aku bahawa apa juga yang kita perjuangkan di dunia ini, akhirnya ia akan jadi saham kita di sana, itu pun jika ada.

Maka wajarlah aku bermuhasabah serta menilai kembali perjuanganku selama ini bertuhankan apa? Semoga aku dan kita semua mampu istiqamah, berbuat sama seperti  apa yang diniat, semata-mata kerana Allah s.w.t.

40 tahun, timeline baru bermula. Aku masih orang yang sama.
Dari naif menjadi terampil. Allah kurniakan jejak-jejak menuju kedewasaan yang begitu bermakna.

Terima kasih pengalaman.