Friday, January 29, 2010

Semalam buat pertama kali aku hadir satu mesyuarat non-stop dari jam 10.30 pagi hingga jam 5 petang. Tiada break dan sewaktu makan tengahari, ada pekerja yang meletakkan sekotak KFC di hadapan kami dan makanlah sambil bermesyuarat. Yang aku pelik sampai jam 2.30 masih tak ada tanda-tanda nak berhenti. Hai....diorang ni tak sembahyang ke? Bos aku pun nampaknya gelisah. Maklumlah kami berdua pertama kali hadir ke mesyuarat board client ini yang sebenarnya dalam proses pemulihan. Jadi semuanya kena di pantau, termasuk mesyuarat board setiap bulan, serta keputusan-keputusan yang mereka ambil dalam mesyuarat tersebut. Ini arahan HQ. Sapalah percaya organisasi sebesar ini, yang asetnya puluhan juta dengan anggota lebih 80,000 orang boleh jadi hampir2 insolven. Kami hampir-hampir mengambil alih dan membubarkan board yang dilantik, tapi...sebab menjaga integriti dan nama baik organisasi tersebut yang diterajui "orang-orang besar" serta rayuan "kepala paling besar" yang menaungi organisasi tersebut sehingga merendah diri berjumpa dengan CEO kami maka.........tiada pengambilalihan berlaku sebaliknya satu Jawatankuasa Pemulihan telah dibentuk. Salah satu tugas ialah memantau board meeting. Hati aku tertanya-tanya beginikah setiap bulan mesyuarat? Ke saja nak psiko aku dan bos aku? Supaya kami tak datang dah? Dek kerana kelam kabut berlari-lari nak keluar sebentar kerana hendak bersolat, aku jatuh tangga. Sakit habis satu badan. Sebaik aku sampai di bilik mesyuarat, bos aku pula keluar untuk bersolat, dan mesyuarat berjalan berterusan.......tanpa henti. kata bos aku, kita datang lainlah dialog diorang. Kata aku pulak, agaknya kalau kita takde dalam tu, kita jadi bahan kutukan tak? Bos aku senyum jelah....Sapa suka kalau ada pihak luar datang memerhatikan mesyuarat yang sebegitu P&C? hehehe...nasiblah...aku jalankan tugas dan diorang dah lama kaya dengan kedudukan mereka, sampai rugi pelaburan ratusan juta, duit siapa tu? Bukanlah duit diorang.....duit members. Itu yang kami nak jaga, bukan kebulur sangat nak attend meeting diorang. Aku pun tak hinginlah nak attend meeting yang tak peduli waktu solat nih.....badan aku pun masih sakit-sakit akibat jatuh tangga. Nasib tak de patah atau terseliuh.....syukurlah.

Monday, January 25, 2010

Rasa kosong

Rasa kosong, tak dak idea. Hidup aku penuh dengan komitmen kebelakangan ni sampai nak taruk entry pun tak tau nak cerita apa. Banyak sangat nak cerita akhirnya tak tau nak taruk apa. Hm....hari ni aku masuk kerja semula selepas outstation sejak 7 Januari lepas. Dari training kat Cameron Highland, then sambung ke Melaka kemudian minggu lepas di Shah Alam. Rasa bengkak urat saraf aku nak menginput segala maklumat. Anyway masuk pejabat hari ni rasa tenang semacam walaupun banyak kerja menanti. Seakan pergi training ni macam bercuti free plak. Cuti berfikir dan menghadap segala masalah kat tempat kerja yang tentunya menanti untuk aku selesaikan satu-satu. Oklah, aku nak layan drama kegemaran aku kat mysoju.com. Esok ada tugasan penting di luar. Tadi jam 6.15 petang my director sudah telefon minta aku wakilkan dia ke sana sebab CEO kami turun. Jadi aku nak chow dulu and............


PEACE!!!!



Thursday, January 21, 2010

Mr Jan Gan Risau

Esok hari terakhir training. Dah 2 minggu menghadiri 3 training berturut-turut, rindu plak kat opis. Walaupun asalnya separuh hati je aku pergi training ni (sebab aku tau dah jadi lead auditor, bermakna kerja tambahan dgn gaji yg sama) tapi akhir nya aku sedar, semua ni takdir. Ini adalah rezeki. Ini adalah ilmu. Bukan murah fee yg dibayar oleh hr department. Dan paling penting, aku yang terpilih. Kata bos aku ini utk kebaikan dan masa depan kerjaya aku. Memanglah blur sikit, tapi ia ilmu baru yg dtg bergolek. Tapi yg aku tak boleh lupa dan akan ingat sampai bila2 ialah Mr Scott Fraser @ Mr Jan Gan Risau. Hehehe.....

Tuesday, January 5, 2010

Lima hari

Sudah lima hari tahun 2010. Sejak 1 Januari aku memenuhi setiap hari yang aku lalui dengan perkara-perkara yang bermakna. Lima hari bercuti, mengikut kanda menjenguk emak mertua di kampung, kemudian ke PD berehat-rehat seketika dan kembali ke KL semalam. Sepanjang di kampung dan saat jauh dari rumah kami, fikiran aku benar-benar kosong dan direhatkan dari berfikir tentang kerja mahupun sebarang komitmen. We really enjoy.......but sesampai di KL, sebaik masuk ke rumah dan malam tadi tatkala mahu melelap mata fikiran aku mula menerawang kepada segala hal. Sukar hendak tidur. Sebetulnya hati aku sedang sarat dengan pelbagai perasaan yang aku tinggalkan di sini seketika. Perasaan yang tak dapat aku buang atau kikiskan, tapi hanya dapat aku tinggalkan semasa jauh dari sini. Wah....complicated betul. Why should I put myself in this complicated situation? Kan hidup ni mudah je.......Alhamdulillah, terapi aku di rumah, mengemas sampai penat.....lepas tu carilah bahan bacaan yang boleh membangkitkan perasaan....Senang jer nak baja hati ini. Selain istighfar dan ingat tuhan, the rest baca la apa-apa yang patut. Akhbar Utusan semalam (pasal semalam tak baca paper) dalam sisipan Mega muka surat 6, hati aku tersentuh tatkala membaca pengorbanan seorang isteri, ibu dan juga nenek yang menghabiskan usianya sehingga ketika ni 68 tahun, menjaga dan menanggung 18 ahli keluarganya yang tinggal serumah dalam sebuah flat sempit di ibu kota, sebahagian ahli keluarganya tidak berupaya disebabkan sakit jantung berlubang, sakit saraf dan sawan. Pasa usia 68 tahu nenek ini masih bekerja di sebuah kilang bagi menyara keluarga besar ini. Jadi jika kita merasakan bahawa ketika ini kita sedang diuji dengan beban kerja, rumah tangga atau kewangan atau perasaan yang entah apa-apa ni.....bayangkanlah nasib sekeluarga yang diuji Allah dengan kelahiran anak-anak kurang upaya, hidup serba kekurangan dan tempat tinggal yang tidak sempurna seperti orang lain..............menitis air mata aku membaca artikel ini, dan aku rasa bersukur sangat-sangat..............aku ada CINTA, ada KERJAYA dan hampir segala yang aku impikan........yang tak de cuma sedikit kekuatan mengatasi beberapa kelemahan diri yang menjadi azam aku tahun 2010 ini. KakLong mahu lebih "tak kesah". Bak kata Kak Tiny...ada aku kesah!!!! ESQ! Buat yang terbaik setiap hari........