Hari ini entah kenapa tergerak hati untuk memandu melalui jalan alternatif ke pejabat. Cadangan aku melalui terowong smart dan kemudian keluar ikut jalan Sultan Ismail, terus ke Jalan TAR. Tapi entah kenapa, khayal barangkali, aku telah terambil lorong Jalan Tun Razak. Jam sudah menunjukkan 7.40 pagi. Dengan kecekapan minda aku ambil keputusan ikut Jalan Raja Muda Abdul Aziz, terus ke Chow Kit masuk Jalan TAR semula. Lega. Aku punch in tepat jam 7.58 pagi. Apa yang aku berkhayal sampai salam jalan nih??? Sebenarnya seringkali dalam perjalanan ke pejabat aku akan bertanya diri aku, apa erti hidup ini? Bagaimana aku lebih dapat memaknakan kehidupan berbanding melalui rutin yang sama sahaja tiap hari? Keluar rumah matahari belum terbit, balik rumah matahari sudah tenggelam. Kadangkala keletihan melayan karenah di pejabat yang non-stop dengan pelbagai isu dan cabaran, aku akhirnya lembik keletihan mental dan fizikal. Aku tertanya-tanya adakah kalau balik rumah, ada si kecil yang menanti hati akan terubat sedikit, hidup lebih ceria dan bahagia? Tapi ada anak pastikah bahagia? Pastikah bahagia? Aku sudah melihat ramai orang yang ada anak tetapi terpaksa menempuhi cabaran dan kesakitan yang luar biasa. Anak sakit, anak cacat, anak terlibat dengan jenayah dan keruntuhan moral, anak tak boleh berdikari dan membebankan ibubapa yang sudah tua (terbalik pula ,sepatutnya dah tua-tua dapatlah bergantung hidup dengan anak-anak) . Pun ramai pula yang bahagia dikurniakan anak cantik dan cerdik tetapi suami pula buat hal, mertua buat hal dan silap-silap diri sendiri buah hal kerana mencari kebahagiaan yang lain. Dan ada orang yang dikurnia anak, tanpa hubungan yang sah pastinya, tega membuang bayi seperti membuang sampah.....tidak ada hati perutkah mereka? Jadi hidup yang mana yang bererti bagi aku? Aku mahu menjalani hidup yang diredhai Allah s.w.t. Hidup inikan cuma sementara. Tak apalah, hidup rutin pun boleh mendapat banyak pahala.....kerja dengan ikhlas dan niat bantu orang, layan suami baik-baik, jujur dan ikhlas bila berkawan, selalu bantu dan gembirakan hati ibu bapa, berbaik-baik dengan anak-anak tiri dan ibadah wajib jangan sekali diabaikan meskipun kadang hati teringin ingin melakukan ibadah sunat lebih banyak....apakan daya...kewajipan yang sangat banyak ketika ini memang sangat meletihkan. Aku terkadang cemburu dengan orang yang melalui hidup biasa-biasa sahaja.....tapi aku juga bersyukur....sekurang kurangnya aku mampu memandu kereta ke pejabat! Mampu beli kereta, dan alhamdulillah merasa jugak pakai kereta berjenama. Apa lagi yang kurang, sudah banyak Allah berikan..................
1 comment:
Betul tuh.. skrg ni pon aku dok tgh muhasabah diri.. berulang kali... banyak dah yang Allah bagi kat aku berbanding apa yang org lain 'TAK DAPAT' (compare dgn org yg dapat, mmg takkan cukup ler rasa hati nih..)..
Aku bukan Ulama, jauh sekali semulia Nabi.. jadi, apa istimewanya aku yg nak dapat SEMUA KEBAHAGIAAN DUNIA??.. sanggupkah aku rebut semua kebaikan dunia sehingga aku terabai akhirat??.. nehi nehi..
walaupun sesekali hati melalak mengamuk MARAH GERAM KESAL.. tapi.. BIARLAH!!.. biarlah dia (hati) melalak, menangis, merintis, mengumpat, mengata.. tu kan fitrah manusia...
TURUT HATI, MATI.. TURUT RASA, BINASA..
NAMUN.. aku nak TURUTKAN IMAN DAN AKAL.. (walaupun bukan mudah.. tapi tetap kena berusaha ke arah itu..)
"SABAR dan TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN BAHAGIA"..
Islam itu Indah.. Islam itu bahagia.. aku bangga menjadi umat islam dan aku doa semoga matiku nanti dengan "HUSNUL KHATIMAH".. amiinn..
... so, let's enjoy our life in our own way....
Post a Comment