Sunday, April 11, 2010

Rumah siap pahat berbunyi

Tersinggung ke aku? Ya, pada asalnya. Tapi kemudian, maksud aku bila aku tangguhkan kemarahan aku. Duduk diam-diam jangan bercakap dengan orang, balik rumah dan dinner dengan adik-adik aku, tidur dan esok pagi bila aku bangun, tak rasa tersinggung lagi! Yay. Aku telah berjaya mengatasi perasaan marah dan sakit hati aku.
Mereka itu, kaki pengkritik. Apa yang dibuat oleh bos, banyak yang tak betul daripada betul. Tak apalah, tunggu kau jadi bos besok. Aku nak tengok macamana pulak staf bawahan kau layan kau. What comes aroud goes aroundkan......Dan, kalau dia tak betul tak de nye dia dapat jadi bos. Yang kau tu....berpuluh tahun keje pangkat di situ juga.....
Okeylah....aku take it as positive comment (walaupun style komen korang cakap kat belakang atau bahasa mudah mengumpatlah!
Bercerita-cerita dengan kanda insiden ini, menyebabkan aku rasa betapa tak bagusnya aku. Benda macam ni pun kau nak ambil pot Maiza! Just ignore them. Segala perkara yang negatif, yang menyakitkan hati, yang boleh membunuh semangat kau untuk melakukan yang terbaik, walau pun kau tahu kau manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan. Tapi tak mengapalah, I will try "my level best". Biarla apa orang nak kata or komen.
Inilah ujian yang harus ditempuhi untuk menjadi orang yang berjaya. Kalau you tak diuji, you takkan jadi orang yang hebat! Ingat mudah nak berjaya??? Itulah kata-kata kanda yang selalu aku pegang. Kata kanda dia dulu menjadi seorang ketua, lebih banyak dugaan yang terpaksa dihadapi. Kakitangan berpuak-puak, ada puak penyokong, ada puak pembangkang. Yang pembangkang ni kerjanya mengkritik tak habis-habis. Semua orang buat tak betul. Yang penyokong ni pula selalu dikutuk kaki pembodek, anak emas boslah, tapi mereka inilah yang banyak membantu kanda menaikkan organisasi. Yang group pembangkang ni pulak, buat kerja jugak tapi hipokrikla.....(kat belakang suka mengkritik, sama mcm yang aku hadapi sekarang). Tapi staf kat opis aku 60 orang je, staff laki aku seribu lebih! Itu belum lagi masalah normal dalam organisasi, ada yang rajin, bagus benar, tapi tak kurang juga yang kaki mengular, yang suruh lain buat lain, yang missing in action dan macam-macam lagilah. Tapi yang lebih teruk phd melarat sana-sini sampai berbomoh-bomoh, hissshh simpang. Tapi kanda tetap jadi orang yang berjaya. Kini, walau dah tak serve that organization, dia masih diperlukan. Masih disebut-sebut sebagai KP terbaik dalam perkhidmatan. Still, masa dia jadi KP pun tak 10% orang sukakan dia. So, kandalah mentor terbaik aku. Jangan kerana gigitan nyamuk kelambu dibakar. Gigitan nyamuk kau......anggap itu semua hanya gigitan nyamuk. Yang penting berbuat baiklah kepada semua orang, walaupun ada kala kita diluar kawalan (time PMS contohnya) Tapi niat nak lakukan yang terbaik setiap masa itu sentiasa aku pegang kemas dalam hati, dalam minda. Mudah-mudahan Allah akan selalu membantu dan memberi petunjuk kepadaku, kerana aku mahu jadi hamba yang disayanginya. Amin.

2 comments:

Kaktiny said...

YOU ARE THE BEST.. dan yang the best tu mmg akan ada org tak suka (yg tak suka ni sbb diorang tak leh capai level THE BEST jugak. kehkehkeh)...

relaks la.. jgn tensi tensi... yg penting org sekeliling hang yang sayang hang tau yang hang IS THE BEST CREATION OF GOD!!... so, pedehal yg langau2 semua tuh.. depa tu nak meracun makanan yg hang hidang ja..

syuh syuh syuh.. buang jauh2 langau2 tuh.. serve your best dishes to your love one.. they will really appreaciate it!!..

jom pi spaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ !!!!!!!!!

ns said...

dah lama xberkunjung kesini. byk dh sy ketinggalan ghupanya:)