Mak, masa kami kecil....hidupnya susah.
Bangun subuh, sediakan sarapan....kami ke sekolah, dan dia ke bendang.
Tengahari kami balik, mak sudah siap hidangan tengahari.
Petang kami ke sekolah agama, mak ke bendang semula.
Malam, kami belajar selepas makan masakan malam yang mak masak.
Mak mencuci pakaian malam hari, cucian tangan, kadang sampai jam 1 pagi.
Bila mencecah usia 12 tahun, cuti sekolah, barulah aku mengambil peranan mak.
Tolong mak ke bendang, masak, kemas rumah, cuci baju dan jaga adik-adik.
Mak tak pernah ke mana, hanya pekan Kuala Kurau itulah dunianya.
Juga tak pernah merasai kemewahan.
Mak berkorban segalanya demi kami lapan beradik.
Alhamdulillah, kami semua berjaya, tapi tak terbalas rasanya segala budi mak.
Hanya kasih sayang dan ingatan yang dapat aku kirimkan untuk mak.
Selamat hari Ibu Mak.....I love You....
No comments:
Post a Comment