Friday, July 9, 2010

Roda

Tahun lepas best sangat. dalam hati bahagia sangat. Aku rasa hidup aku perfect pada definisi aku sendiri. Semua berjalan dengan lancar. Pelajaran, kerjaya, keluarga...seronok sangat. Tapi hidup ni macam roda. Tuhan pun marah pasal bila dah seronok mula la kita start alpa....doa pun kadang makin pendek coz nak cepat....mengaji pun bila ada mood je...nauzubillah. Dan hati aku mula keluh kesah, macam ada lompang dalam hati aku. Dan ujian-ujian baru mula dihantar dengan cara yang lembut. Pendek kata ujian kecik je, pun buat aku tak tentu hala...see...jangan berangan nak duduk dalam comfort zone saja...hidup bukan macam tu. Bila keadaan macam ni mula la aku tetiba rasa nak study balik jer...tetiba je nak sambung Phd, reason? Sama macam masa aku buat master dulu. Tapi oklah...semakin aku diuji, semakin aku berjayakan??? Pasal nak cari alternatif mengalihkan fikiran dan perasaan maka aku pun ambil jalan yang paling best, study lagi.....amacam bagus tak kaedah terapi aku nih??? Macam-macam lah yang aku fikir tapi rasanya baik aku tingkatkan ibadah aku sebab itu yang sebaiknya.

1 comment:

Kaktiny said...

Ya betul... tingkatkan ibadah.. itu pon study jugak..

study balik Al-Quran dan Al-Hadis.. tak perlu exam.. kerana peperiksaannya setiap masa.. pemeriksanya adalah Allah S.W.T.. jadinya, takleh skip skip, kena study dgn penuh iltizam dan keyakinan...

Jom sama2 baca dan hayati makna setiap bait Al-Quran dan kemudian selidiki hadis2 Rasulullah..

Mulakan dengan Al-Fatihah..
... meskipun dh tahu makna, kita terapkan pula penghayatan sehingga ke sudut hatu nurani, rohani yg paling dalam dan lontarkan faham ke segenap ruang emosi dan jiwa seterusnya pancarkan sinar bahagia yang tulus pada fizikal dan minda..

Semoga beroleh keredhaan Allah.. dunia dan akhirat.. amiin..