Ada duri di hati umi.......
Dan duri ini menusuk tajam....semuanya kerna umi cuba ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja, seperti tiada apa...
Sedangkan umi sudah berjanji, bahawa inilah dunia umi
Yang umi harus jaga dan tatangi
Benar...
Tanpa berbuat apa-apa umi boleh sahaja bahagia
Dan umi takkan beruntung atau rugi apa-apa
Tetapi perhubungan ini didatangkan dengan tanggungjawab
Bolehkah umi tidak ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja ???
Duri dalam hati umi....
Sedikit sedikit memakan hati
Sakitnya buat umi tidak bahagia
Sekalipun bahagia itu seringkali melingkari hidup umi
Tetap umi tak dapat menikmatinya
Apalah makna bahagia umi
Jika dalam masa yang sama kalian tidak bahagia???
Ramadan ini...seperti ada satu kekuatan menyelinap perlahan dalam diri
Masanya akan tiba Allah memberi jalan dan melimpahi cahaya
Umi tak pernah henti-henti meminta
Doa umi sepanjang masa lewat solat
Untuk kebahagiaan dan kesenangan kalian
Doa umi agar kalian bahagia...bahagia yang sebenarnya
Semoga Allah s.w. t. memberi hidayahnya kepada kita semua
3 comments:
Ameen.
Aku tahu kau kuat..
aku tahu kau hebat..
aku tahu kau punyai kekuatan utk melakukan itu semua..
kerana kekuatan itulah maka kau di situ..
dan kekuatan itulah penyambung nadi kandamu untuk terus bersemangat meneruskan hidupnya..
kau sumber bahagia... mereka tahu itu...
cuma mereka masih tidak mahu mengakui itu..
sabar.. meski hingga hari terakhir nyawamu..
ganjaran Allah sudah ada untukmu.. tidak di sini, di sana sudah pasti..
Keep on moving.. do not stop till your dying day.. I know you can do it.. reach the level best of you for their own good, eventhou 'they' will feel not good.. but.. your intention.. NAWAITU.. LILLAHI TA'ALA..
Semoga Allah lapangkan hatimu dan mereka serta permudahkan urusanmu wahai sahabatku.. saudaraku... Ameen.
Thanks dear, I really missed your words......
" IF U WANT TO BE HAPPY...HELP SOMEONE ELSE "
A Chinese words from my late Abah.
Itu yang tokma pegang selama ini...walau terus terusan terluka dan dilukai.
SELAMAT HARI RAYA BUAT KAK LONG DAN KELUARGA.
Post a Comment