Erti hidup pada memberi....kalau baca blog saifulislam.com mesti jumpa tagline ini. Ya....barangkali hidup aku juga sudah menemukan nikmat itu. Tak banyak yang aku fikirkan kebelakangan ini melainkan menyumbang energy sahaja. Seluruh hidup aku tumpukan pada usaha membaiki diri yang rasanya tak pernah ada noktah. Sudah tak ada masa nak melayan emosi sangat. Bagus tukan? Cuma kanda ajelah kesian, lately ni banyak ujian yang harus didepani dengan bijaksana. Aku? Peranan aku bukan apa-apa, cukuplah sekadar penyejuk hati (tukang garu) huhuhu...... Bulan ni ialah bulan terakhir bagi tahun ini. Senang cakap umur aku akan melangkah ke umur 35 tahun depan ni........wow! takottttttt. Another 5 years to go to 40 huhuhu........nak cerita pasal kehidupan harian, sangatlah fullnya, kerja opis (macam orang lain juga) kerja rumah...as wife, as mother, as "wan".....dan tentunya yang paling utama, tanggungjawab terhadap yang Maha Pencipta....
********************************************************
Tahun 2011 - Aku ingin penuhi janji pada diri sendiri. Ingin hidup berbahagia, dan mendapat keredhaannya sepanjang masa. Aku mungkin tak sempurna, banyak kekhilafan. Tapi aku tahu Dia Maha Mengetahui niat aku. Itu cukup, memadai. Tak perlu bersuara, tak perlu buktikan pada sesiapa.Kebelakangan ini juga aku sudah tak kisah apa orang fikir. Sebab bagi aku nawaitu aku yang penting, tanggapan orang tak penting. Yang penting semua orang happy. Mudahkan? Bulan ini bulan penuh..maksud aku kerja ajelah weekend. Barangkali inilah hikmahnya....program umrah yang aku rancangkan dengan kanda telah ditangguhkan ke bulan Februari tahun hadapan....hanya Dia Yang maha mengetahui segala sesuatu kejadian itu.
Mood : Bersemangat untuk menghadapi 2011. Walau pun esok belum tentu terjaga!
2 comments:
salam kak long..baru nak 35..tahun depan muda sangat lagi tu..jauh beza umur kita..
insyaallah..dengan izain allah.dapatla kak long tunaikan janji pada diri sendiri tu..
owh.. tangguh eh.. aku baru nk tanya bila hang nk pi.. ingat nak jumpa hang before hang pi and before aku balik muar..
if tak jadi, jemput meh, dtg muar, kenduri adik rizal on the 18th.. santu nih.. hihihi...
pasti bersebab kenapa penangguhan itu berlaku.. nanti kita akan tahu jugak kenapa dan mengapa.. aturan Allah terlalu sempurna..
yang penting niat tu dh ada, seru Allah dah sampai, cuma menantikan masa dan izin Allah je.. kan..
Post a Comment