Sehari dua ni kaki sebelah kanan aku sakit (rasa sengal-sengal) sehingga aku rasa tak larat nak jalan. Mungkin aku penat memandu jauh kerana outstation atau ini juga kesan sampingan akibat jatuh tangga pada bulan Februari lepas. It can be both......sebab lepas jatuh tangga tu tiga bulan juga aku nak recover kesakitan sendi-sendi aku especially kat pinggang sebelah kanan. Aku harap ianya cuma sebab keletihan dan banyak bekerja,. Tak serius dan tak beri kesan berpanjangan. Semalam aku dan Tiny pegi recharge ESQ training. Bagusla sekali sekala aku rasa kena pegi, maklumlah manusia yang lemah iman dan kurang amal macam aku ni, banyak nak kena improve, jadi pegilah training. Training pulak tak boleh pegi sekali aje, takkan berkesan. Tak caya tanyala pakar, tak pun tanya aku pun boleh jugak huhuhu....... O ye semalam Nor menantu aku convo kat UM, tahniah. Umi dengan ayah tak dapat datang, sebab ayah sangat sibuk dalam tiga hari ni menjayakan HBN2010. Walaubagaimanapun, janji kita nak gi dinner malam ni still on ok! Oppsss tajuk dah lari dari mula lagi. Aku sedar satu perkara bila pergi recharge ni.....ini kiranya kali kedua la aku pegi, Februari 2009, as peserta, Mei 2009 pi recharge dan temankan kanda dan semalam, pegi dengan Tiny. Dalam keadaan kaki aku yg sakit-sakit tu, gagahkan diri juga drive. Aku sedar recently, oppss bukan...memang acapkali aku selalu utamakan kerja macamlah kerja tu hidup dan mati aku. Sedih rasanya bila mengenangkan aku cintai kerja aku lebih dari segalanya. Sampai sakit-sakit pun otak aku masih ligat berfikir hal kerja saja. Jadi aku nak susun semula hidup aku. Haiiii dah buat banyak kali but still need to redo...why? Sebab kita manusia biasa mudah lupa......iman kita pun sering berbolak balik, tapi kita kenalah selalu berdoa mudah-mudahan kita akan sentiasa berada di landasan yang menuju cahaya......Aku mahu buktikan menyintai DIA lebih dari segala, bukan sekadar mengaku dan percaya, tetapi dengan lidah dan perbuatan juga. Dan dengan itu mudah-mudahan aku dapat memiliki bahagia yang abadi. Dan kerana cinta itu aku mahu memberi lebih banyak berbanding meminta....Insyaallah...Doakan niat yang baik-baik ini ye! Oy ye! Aku tak nak pikir aku buat yang terbaik untuk orang lain....tapi kerana Allah itu melihat, tak kesah apa orang fikir kerana DIA Maha Mengetahui. Jadi tak timbul lagi isu penampar angin, atau arahan sesiapa yang patut aku takuti.....Tapi semuanya kerana CINTA. Alhamdulillah.....mudah-mudahan lamalah kepositifan aku ini. kalau tak next month pegi lagi, ye dak cik tiny???
3 comments:
teringin nak rcharge esq. mungkin akan recharge di indonesia aja. sbb di sini lebih gampang terus dgn pak ary.
ye ye.. sangat betul nya...
aku pon ingat lepas ni nak pegi tiap2 bulan (kalau x clash dgn balik kampung)... at least sehari pun jadila (either sat or sun or fri ker... depends..)
betul.. mmg nak kena recharge.. sbb, bila terleka disebabkan 'tersenang' atau terasa mentari bersinar cerah.. mula lah aku ni nk TERSASAR!!.. huhuhuhu...
next month, bulan yg sama, tarikh yang sama.. genap setahun aku alumni... (hang senior aku.. hihihi)..
tapi.. betulkah aku dh baiki diri?.. (persoalan tu aku dok bersoal jawab lagi.. huhuhuhuhuhu...)
rudy > kami pon teringin nak gi next course kat sane....kamu jadik pemandu pelancong kami boleh??? huhuhu
tiny > banyak bende lagi nak kena baiki...hati sudah mula berbicara...itu pun hidayah. Sebab ada orang yang hatinya tak pernah berbicara atau terdetik pun nak berubah, itu lagi sedih...bersyukurlah kita dah tyerpelih untuk berdetik hatinya...mahal hadiah tu
Post a Comment