Tuesday, September 7, 2010

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kita barangkali pernah dilukai, adakah kita juga melukai?
Kita barangkali pernah disakiti, adakah kita juga menyakiti?
Kita barangkali pernah dikhianati, adakah kita juga mengkhianati?
Memang sukar melupakan, memang sukar memaafkan....betapa egonya kita! Sedangkan nabi Muhammad yang dihina, dicerca dan disakiti, tetap memaafkan malah menolong orang yang menghina, mencerca dan menyakiti dirinya...Nabi Muhammad yang Allah s.w.t telah janjikan syurga untuknya. Kita pula siapa? Bagus sangatkah diri kita ini, mulia sangatkah diri kita ini jika begitu ego tidak mahu memohon maaf dan memaafkan. Betapa terasa rendahnya diri ini, tidak setaraf malah sungguh jauh untuk disamakan dengan Rasulullah......
Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim...kau bimbinglah aku...berikan hidayah dan rahmatmu, supaya luntur segala sombong dan egoku, supaya aku tidak mendendami sesiapa, supaya aku memaafkan semua, supaya aku redha menerima semua yang pernah melukakan diriku...kerana aku tahu...aku juga penuh kekhilafan, aku juga manusia serba tidak sempurna...Aku pohon keampunanmu Ya Allah...
Kepada semua insan yang pernah kukenali...aku pohon kemaafan dari kalian di atas segala kesalahanku yang aku sedari atau tidak sedari. Tak kira betapa aku berusaha untuk berbuat baik kepada semua tetapi masih tetap ada kekurangan membelenggu diri ini....aku tak sempurna.....dan maafkan aku di atas ketidaksempurnaan aku. Namun aku berjanji kepada diri ini tetap aku berusaha untuk melakukan yang terbaik setiap hari........

2 comments:

Kaktiny said...

Kita semua tak sempurna.. TAKKAN MAMPU UTNUK SEMPURNA...

Tapi kita semua boleh berbuat baik kepada semua.. walaupun tak semua orang nak terima 'kebaikan' kita dan tak semua orang nak berbaik dgn kita.. THAT'S FINE.. just fine..

Aku terima hang as what you are.. baik hang.. buruk hang.. I am fine with it.. that's what make you so special as who you are..

Aku juga harap hang terima aku as what I am.. even some (or a lot) of my language, behavior, attitude, are not acceptable in certain sense of your view, but, that's what make us different.. and the relationship become so special.. jalinan ukhwah yang akrab.. InsyaAllah..

Namun, dalam keperbezaan kita itu ada titik persamaan yakni kita terus mencari dan mengharap redhanya Allah.. dan sentiasa ingin berusaha memperbaiki diri menjadi umat Muhammad yang mampu memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita...

Aku bersyukur kerana Allah menemukan kita bersama.. dan semoga Allah sentiasa merahmati perhubungan dan kasih sayang di antara kita..

Selamat Hari Raya - Mohon Ampun Maaf Zahir dan Batin..

Semoga ceria sentiasa bercahaya di hati kita.. meski gerimis datang sekali sekala..

Aku sayang hang.. sangat2...

Kak Long said...

Tiny....I love u too!!! Thanks for being my friends...dalam perbezaan kita temui persamaan...dan aku sangat-sangat hargai persahabatan ini....