Tuesday, July 12, 2011

Sahabat

Rahmat Allah itu terlalu besar sampai aku tak terkata-kata betapa aku terlalu beruntung. Pada hari ini aku punya sahabat yang aku bisa berkongsi suka duka...Subhanallah, besar sungguh rahmat pertemuan. Meski kami pernah bertelingkah tetapi pertelingkahan itu menjadikan kami semakin akrab dan semakin memahami sesama sendiri. Hari ini kami bisa merencana kehidupan dengan berprasangka baik kepada Allah s.w.t. Kami yakin di setiap usaha kami , ada sesuatu yang telah Allah janjikan. Di samping ujian-ujian yang kami tempuhi dan bakal kami hadapi...kami percaya sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.




Sahabat, terima kasih kerana sudi mendengar, sudi ketawa dan sudi menangis bersamaku...Aku sayang padamu Lillahita'ala...

1 comment:

Kaktiny said...

Belum diuji kekuatan dan keikhlasan persahabatan itu selagi belum datangnya pertelingkahan dan mereka mencantumnya semula kerana Allah..

... dan setiap ujian Allah itu benar-benar mengandungi hikmah yang banyak.. hanya jika kita mahu berfikir dan memikir.. bersyukur dan mensyukurinya..

.. dan aku sangat bersyukur dengan ujian dan nikmat persahabatan ini... SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH... ALLAHU AKHBAR!..

Jazakillahu khairan khathira..
Semoga Allah anugerahkan kebaikan yang banyak kepadamu..

Luv U soo much.. muahss..

Kerana Allah kita dipertemukan..
Kepada Allah kita memohon harap..
Semoga Allah redhai persaudaraan ini, dan memanjangkan jodoh pertemuan ini..
Berpisah hanya apabila telah sampai detik terakhir di hentian fana ini..
Demi Allah.. Kerana Allah..