Friday, September 23, 2011

Anak Angkat

Sudah acapkali kanda membicarakan soal ini kepadaku. Walaupun suatu masa dulu akulah yang memulakan bicara ini, tapi lantaran kesibukan urusan dunia dan juga hal anak dan cucu, maka aku sudah leka dengan kehidupan yang aku sangka "milik aku selamanya". Ya Allah sedangkan diri sendiri pun milik Allah, kita hanya hamba yang dituntut taat dan berserah kepadaNya. Inikan pula berangan-angan hendak menumpang bahagia orang lain dihari tua kelak...



Aku positif. Aku mahu bersama mereka dan di masa depan aku ingin menumpang bahagia mereka. Dan lama aku lupa soal itu. Malah malas membicarakannya meskipun emak sudah lama mendesak. Malah sibuk menanyakan anak orang lain untukku. Mak...mak...kasihan mak kerana kasihankan aku. Dan aku pula leka dengan keselesaan dunia hingga mengabaikan perkara ini. Salahkah aku?



Namun kebelakangan ini kanda mula membicarakan hasratnya supaya kami mengambil anak angkat. Ada banyak sebab sebenarnya kenapa dia tiba-tiba berubah fikiran. Kata kanda jangan mengharap pada yang tak pasti....Dan paling utama jangan harapkan anak-anaknya untuk bersama aku di hari tua kelak. Jangan mengharap pada mereka sama sekali. Berulang kali kanda menekankan perkara ini kepadaku. Kata kanda tugasku adalah memberi, maka berilah sebanyak mana kasih sayang yang aku mampu tapi jangan mengharap balasan dari mereka. Dan untuk diriku sendiri, kata kanda ambillah seorang anak angkat buat peneman dan tempat mencurah kasih sayang. Insyaallah....dialah temanku di hari tua kelak.



Meskipun tak berapa pasti dengan diriku sendiripun, tapi aku yakin keikhlasan kanda atas permintaannya ini. Dan aku yakin ada sebab kenapa tiba-tiba perkara ini menjadi suatu bicapa penting dan serius antara kami. Malah kanda secara serius menyediakan dokumen peribadinya, berjumpa doktor dan juga menghubungi seorang sahabatnya yang merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kanda memang seriuslah!



Ya, Allah...aku selalu memujuk hatiku sendiri bahawa masa hadapanku adalah milik Allah. Meskipun anak-anak dan cucu-cucu kanda kini masih sudi bersamaku tapi masa hadapan tak tahu lagi. Andai pada usia tua kelak aku bersendirian, aku pun tidak takut kerana Allah ada untuk menjaga aku. Dan aku berusaha bersangka baik sentiasa kerana itulah yang dituntut oleh Allah swt. Positif selalu!



Tapi kemudian aku berfikir semula betul ke pemikiran aku ini. Ke sekadar memujuk hati yang adakala grafnya pun tidak menentu? Bolehkah memujuk hati dan berserah pada Allah sahaja tanpa berusaha?



Usaha? Sudah kami usahakan sehinggalah pada satu tahap kami mendapat suatu keputusan yang membuat kami berhenti seketika. Mungkin sebab itulah juga kanda menyarankan kami mengambil anak angkat. Dan aku tidak sekali berputus asa. Aku masih mengharapkan keajaipan akan berlaku dan aku tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Jika Dia ingin beri, akan diberi bila sampai masanya akan "keajaipan itu". Jika tidak, mungkin sudah ditakdirkan bahawa kami bakal menimang anak angkat dan rezeki anak itu untuk membesar ditangan kami. Hanya Allah yang maha mengetahui...

4 comments:

Kaktiny said...

bila sudah terdetik di hati.. rasanya Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya di situ..

Bila sudah berbicara serius mengenainya, dokumen penting sudah disedia, rasanya inilah masa yang telah dijanjikan-Nya..

Istikharah 3 malam berturut-turut, mohon Allah permudahkan lagi dengan lebih banyak petunjuk serta dimudahkan hati menerimanya..

Mana tau.. lepas ambil anak angkat, terus lekat.. Ameen..

(ambil tahun depan, leh sama umur ngan anak aku.. pastu kita rancang sekolah diaorang sama-sama.. hihihihihi)...

- semoga Allah permudahkan segala urusan untukmu sahabatku.. Ameen.

...aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat..

Kak Long said...

Tiny, aku tahu dan yakin dengan aturan Allah, thanks for your support!

Mrs.MH said...

Insyaallah.. harap2 semua dipermudahkannya.. Dia yang tentukan segalanya.. :)

ns said...

As salam K.Long.

Mungkin itu ada hikmahnya & terbaik utk K.Long sekeluarga.