Wednesday, September 28, 2011

Marah

Siapalah yang tak pernah marah. Siapalah yang tak pernah kena marah. Kedua-duanya membuat hati sakit dan menggugat ketenangan jiwa, mengganggu minda dan akhirnya sumpah seranah meletus dari dalam hati, dan kalau tak dikawal lidah akan menyatakannya. Kesannya? Astaghfirullah...



Inilah ujian yang paling banyak orang gagal mengatasinya. Mula dengan marah, kemudian sakit hati dan membawa pada dendam pula. Begitulah punca asal usulnya peperangan antara manusia.



Bagi aku, rasa yang aku tanggung sekarang adalah ujian nafsu amarah yang sedikit sahaja. Pun sukar untuk dilupuskan...Mood mandom dah tiga hari. Dan barangkali akan berlarut beberapa hari...entah. Puas aku bermuhasabah .......ini kejadian yang wajar barangkali..satu, supaya aku menjadi orang yang zero defect. Dua, jangan terlalu gembira dan bangga dengan kedudukan zon selesa dan tiga, jangan percaya dan terlalu menyanjung seseorang sehingga mengenepikan pandangan orang lain kerana mungkin Allah belum tunjukkan sisi hitamnya kepadaku. Dan tatkala aku melaluinya barulah aku sedar kenapa orang lain berpandangan begitu. kadangkala aku akui aku terlalu membela dirinya dan mungkin ada sedikit angkuh bila mempertahankan hujahku bahawa dia bukan seperti yang mereka katakan! Padan muka aku..



Terima kasih Ya Allah, pengajaran yang sangat berharga....menjadikan aku rasa rendah diri, menjadikan aku lebih berhati-hati dan yang penting selepas ini aku tidak akan mudah menyokong dan mempercayai setiap perbuatannya. Aku perlu kaji dulu bagaimana sikapnya terhadap orang lain....dan bukan menyokong dirinya dan turut menyalahkan orang lain.



Banyak yang aku belajar dari ujian ini. Banyak sungguh. Kalau kejadian ini tak berlaku pasti aku pun akan lagha dan gembira saja...Allah beri ujian, itu juga sebagai kifarah buatku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku...

1 comment:

Kaktiny said...

hmmm... ooooo.... okeh..

Teringat pepatah lama:
"Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata"..


Sebab tak nampak atau kena dgn batang hidung sendiri, sebab tu kita sentiasa bersangka baik (Islam juga menganjurkan supaya berprasangka baik... kan..).. tapi, bila hijabnya dibuka Allah, sisi hitam takkan selamanya mampu ditutup dgn selembar kertas.. kebenaran pasti terserlah..

Moga ada hikmah yang diperolehi..
Moga Allah gantikan dengan hati yang lebih berwaspada dan sentiasa beringat sebelum terkena..

.... jom deting.. hihihihi...