Tuesday, August 16, 2011

CINTA RAMADAN INI

Ramadan ini CINTA kami semakin kukuh dan semakin berseri...segala-galanya menjadi begitu indah dan membahagiakan. Ibadah yang dilakukan bersama-sama sungguh menyeronokkan. Tidak bergaduhkah lagi kami? Oh silaplah kalau tak bergaduh bukan namanya Kak Long dan Bang Long. Tapi segala yang kami argue tak lebih sekadar berbalah atau tak sependapat tentang sesuatu isu. Ianya just on that event. Lepas tu kita boleh bercinta balik macam biasa. Takde kecil hati atau rajuk berpanjangan. Except for kanda yang memang ngada-ngada suka merajuk sebab nak aku pujuk!






Ya Allah, benarlah. Dengan menyintaimu, maka CINTA sesama manusia akan menjadi lebih bermakna. CINTA padamu Ya Allah membuatkan CINTA kami bermatlamatkan mencari redha semata-mata. Dan kami sungguh bahagia Ya Allah...






CINTA. Entahlah kalau orang bercakap tentang CINTA monyet, atau CINTA pandang pertama, atau CINTA sejati or what so ever. Semua tu pernah aku andaikan dulu.... Tapi kini bagi ku CINTA itu akan menjadi lebih mantap setelah teruji. Malah apa juga epilog duka serta musibah yang melanda semuanya berhikmah. Termasuklah jika kita melakukan kesilapan, ianya bertujuan supaya kita belajar serta lebih menghayati pemberian Allah s.w.t.






CINTA itu rahmat serta kasih Allah. Tapi cinta juga ujian. CINTA sepatutnya dapat membawa kita ke syurga. CINTA buat kita rasa ingin banyak memberi daripada menerima. CINTA buat kita rela melepaskan apa jua demi memberi bahagia.






dan CINTA, jangan sampai menyesatkan dan diperhambakan olehnya, jangan sampai buat kita rasa mahu memiliki semua, jangan sampai kita rasa CINTA itulah segala-galanya seperti tiada Allah bersama-sama kita. Jangan takut kehilangan cinta kerana CINTA Allah sentiasa ada...






CINTA boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Berdoalah agar CINTA kita dirahmati, kekal sampai ke syurga...Insyaallah.




CINTA RAMADAN INI ANUGERAH ILAHI YANG TAK TERPERI!

1 comment:

Kaktiny said...

SETUJU...

... dan CINTA itu membuatkan kita lebih bersemangat dan lebih mencari rahmat dan redha-Nya.. kan!. hihihi..

Musibah kerana cinta itu satu anugerah berharga.. dengannya, kita lebih mengenali erti CINTA-NYA!.

Semoga semakin berseri bak morning glory.. cheeesseee.... hihihihi..

Luv U a lot..