Tuesday, August 23, 2011

Yang Aku Cintai

Kanda...



Setiap kali menatap wajahnya kasih sayangku melimpah ruah. Terasa ingin aku berikan seluruh hidupku ini terhadapnya. Pun aku kadangkala diburu serba salah dan rasa ragu bisikan syaitan. Benar-benarkah aku ikhlas menyintai dan menyayanginya. Tulinkah perasaanku ini? Mampukah aku berbakti kepadanya sehingga ke akhir usia kanda, atau sehingga ke akhir hayatku sendiri???


Siapalah sangka sudah lebih 7 tahun kami bersama. Tapi sehingga ke hari ini aku masih merasakan seolah kami masih baru bercinta. Kami baru berjumpa. Rasa itu masih terasa sangat segar.


Bahagia benarkah kami? Apakah kami tidak pernah teruji? Tipulah kalau kami tak pernah diuji. Malah ujian besar juga telah acapkali kami tempuhi. Dan membina hubungan itu patut bemula dari 0 kemudian meningkat dan meningkat seumpama kita mendaki puncak gunung yang tinggi....semakin didaki, semakin tinggi. Dalam proses pendakian itu adakalahnya kita akan tergelincir, kita akan cedera, kita akan tersesat arah dan kita kepenatan seakan mahu berputus asa. Kita rasa seperti ingin berpatah balik juga ada!


Kanda, belajar menyintainya seperti suatu eksplorasi yang penuh kejutan dan mengujakan, adakala memenatkan. Aku sebenarnya bukan semakin mengenali dirinya semata, tapi aku lebih-lebih lagi telah dapat mengenali diriku sendiri! Aku lebih-lebih lagi menyintai tuhan!


Manusia berubah seiring dengan perjalanan masa. Hendak mengubah orang yang kita cinta bukanlah boleh dalam sekelip mata. Kadangkala aku jua tertanya banyak sungguh doaku yang telah Allah makbulkan, termasuklah doa melihat kanda berubah, menjadi hamba yang bertakwa dan menjadi murabbi kepada aku isteri yang dilindunginya. Tapi doa yang satu itu, kenapa tidak dimakbulkan sehingga kini? Aku redha dan berusaha melihat banyak hikmahnya...



Kanda, kini menyaksikan dirinya yang tidak pernah gagal walau seharipun bangun sepertiga malam sujud padaMu Ya Allah...sungguh betapa banyak kasih dan rahmatMu kepada kami Ya Allah...Aku akur, bahawa hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah...kerana Engkaulah yang lebih mengetahui segala sesuatu, termasuklah segala keperluanku melebihi daripada diriku sendiri.....


Ya Allah, lindungilah dan rahmatilah insan-insan yang aku cintai di dunia ini dan permudahkanlah kehidupan kami memacu hidup menuju ke syurgaMu yang abadi...Ameen Ya Rabbal Alamin...

2 comments:

Kaktiny said...

... ya.. tidak mudah mengubah orang.. tetapi
adalah lebih mudah rupanya mengubah diri sendiri.. andai ada kemahuan utk menjadi yg lebih baik.. dgn meletakkan kepentingan diri ke tepi, keinginan ke belakang, dan tanggungjawab di hadapan.. yg penting... meletakkan Allah sbg nawaitu teratas..

Benarlah... perjalanan hidup ini sgt indah... kan..

<3

Kak Long said...

Tiny, apa jua rasa harus dimulai dari dalam diri, dari dalam hati sendiri...demikian juga cinta. Jika kita meletakkan syarat untuk menyinta, maka cinta itupun akan hilang bilamana syarat tersebut tidak dapat dipenuhi. Tetapi menyintai demi Ilahi, insyaalalh membawa ke syurga