Pasangan sama-sama anak sulung dalam keluarga mempunyai banyak persamaan. Antaranya suka memerintah dan mahu semua orang dengar dan ikut cakapnya. Aku dan kanda ada persamaan itu. Bukan mudah untuk kami menyesuaikan diri tentang perkara yang satu ini. Makan tahun jugaklah. Banyak orang kata anak sulung dan anak ketiga juga tak sesuai....entahlah. Kalau dulu di awal perkahwinan kami boleh gaduh besar kerana masing-masing "keras kepala" dan nak menang tapi kata orang selepas melalui banyak fasa pembelajaran akhirnya secara sendiri penyesuaian itu berlaku dan kami pun tak sedar bila. When I order, You follow. When You order, I follow....Jarang sekali kami bercanggah dalam satu masa...selalu bila aku cakap, kanda akan dengar. Dan bila time dia cakap aku dengar....Kadang kami boleh ketawa selepas bercanggah pendapat, boleh ketawa selepas bergaduh. Bukan apa mengenangkan betapalah kami ni loving couple yang sangat berbeza. Soal bahasa yang indah-indah toksah cakaplah. Dia akan kata aku dan aku akan kata dia...mengata dulang paku serpih, mengata abang adik yang lebih. Apa taknya perangai kami sama dalam banyak perkara.....
Kata orang dalam perkahwinan itu ada pasang surutnya. Tapi hubungan aku ibarat bermula dari kosong, bermula dari sukar. Menangis dulu ketawa kemudian, dan masa depan tak tahulah apa yang akan berlaku tapi aku tahu dan jelas dengan niat aku. Tiada yang lain hanya untuk memperolehi redha Allah s.w.t.
Sebenarnya banyak juga orang yang bercinta sakan sebelum kahwin dan kemudian menemukan pelbagai cabaran setelah beberapa tahun berkahwin. Puas ketawa dan kemudian menangis. Apa pun bagi aku aku hidup ini takkan sempurna dan kita takkan jadi matang kalau tak melalui segala cabaran itu. Life is beautiful by our own definition...definisi aku mudah...masa ketawa...nikmatilah sepuasnya...masa menangis, menangislah sepuasnya. Tapi pastikan terus bangun dan mara! Meski pun jatuh dan kena bangun lagi...merangkak, bertatih...what so ever...teruslah berjuang. Life is too short....mudah-mudahan setiap usaha kita akan berhasil mengubah hidup kita dan memudahkan laluan kita ke syurga, Insyaallah!