Thursday, December 16, 2010

New Path...A welcoming to 2011

Akhirnya aku boleh bertenang dan barulah boleh menaruk entry ini. Taruk??? Huhuhu...Pagi ini aku datang ke pejabat dengan bersemangat. Dalam perjalanan sudah merangka agenda 2011. Walaupun ada lagi 14 hari to go. Aku, memang suka merencana awal. Suka buat kerja berstrategi. Tak suka redah buta aje. Siapalah sangka pagi ini mengejutkan selepas dua hari bercuti. Maklum aku cuti tengah-tengah weekdays sebab weekend aku kerja sekarang ni. No replacement leave, OT lagilah kiram salammmm banyak-banyak. So ambiklah cuti rehat without any argument. Relakanlah la la la la....Tetiba pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang dah kecoh masa aku cuti tu, Aku kena tukar! kena posting. Ke HQ. What a surprised! Post baru aku, Setiausaha Tribunal! Luruh jantung aku, takde angin tak de ribut....why they never ask or consult me??? Tetiba dapat surat posting. OMG...3 Januari 2011...sebaik sahaja bukak sekolah maka rasmilah aku anggota baru HQ. What a welcoming hah??? Apa pun Allah pasti lebih tahu kenapa aku terpilih ke situ. Pasti ada hikmah yang baik-baik belaka. Hati sedih ingin berpisah dengan kawan2 yang sudah umpama sebuah keluarga besar di sini. Aku ada 14 hari lagi to go...counting!

Saturday, December 11, 2010

Erti Hidup

Erti hidup pada memberi....kalau baca blog saifulislam.com mesti jumpa tagline ini. Ya....barangkali hidup aku juga sudah menemukan nikmat itu. Tak banyak yang aku fikirkan kebelakangan ini melainkan menyumbang energy sahaja. Seluruh hidup aku tumpukan pada usaha membaiki diri yang rasanya tak pernah ada noktah. Sudah tak ada masa nak melayan emosi sangat. Bagus tukan? Cuma kanda ajelah kesian, lately ni banyak ujian yang harus didepani dengan bijaksana. Aku? Peranan aku bukan apa-apa, cukuplah sekadar penyejuk hati (tukang garu) huhuhu...... Bulan ni ialah bulan terakhir bagi tahun ini. Senang cakap umur aku akan melangkah ke umur 35 tahun depan ni........wow! takottttttt. Another 5 years to go to 40 huhuhu........nak cerita pasal kehidupan harian, sangatlah fullnya, kerja opis (macam orang lain juga) kerja rumah...as wife, as mother, as "wan".....dan tentunya yang paling utama, tanggungjawab terhadap yang Maha Pencipta....



********************************************************



Tahun 2011 - Aku ingin penuhi janji pada diri sendiri. Ingin hidup berbahagia, dan mendapat keredhaannya sepanjang masa. Aku mungkin tak sempurna, banyak kekhilafan. Tapi aku tahu Dia Maha Mengetahui niat aku. Itu cukup, memadai. Tak perlu bersuara, tak perlu buktikan pada sesiapa.Kebelakangan ini juga aku sudah tak kisah apa orang fikir. Sebab bagi aku nawaitu aku yang penting, tanggapan orang tak penting. Yang penting semua orang happy. Mudahkan? Bulan ini bulan penuh..maksud aku kerja ajelah weekend. Barangkali inilah hikmahnya....program umrah yang aku rancangkan dengan kanda telah ditangguhkan ke bulan Februari tahun hadapan....hanya Dia Yang maha mengetahui segala sesuatu kejadian itu.


Mood : Bersemangat untuk menghadapi 2011. Walau pun esok belum tentu terjaga!

Saturday, November 13, 2010

we can't pay for PURE LOVE







I can feel how deep is their love.

And I love them too....very much....Thanks Allah!

Friday, November 5, 2010

kanda oh kanda

Bulan ni adalah "auditing month" jadinya keraplah aku keluar meninggalkan rumah demi memenuhi tanggungjawab orang yang makan gaji....Minggu lepas aku kat Sabah...ada program pembangunan perniagaan....kira lawatan sambil belajarlah....penatnya ya Allah....maklum muka bumi Sabah yang macam gitu dan kami pulak asyik travel pagi sampai malam...tiga malam di sana, balik sehari ke rumah punggah baju, masuk baju Isnin lepas aku memandu pula ke Perak...nasib plak kena hantar balik hometown sendiri, pejabat kami di Wilayah Kerian!. Bermalam sehari kat Chalet Kuala Gula bersama team aku, sempat gak singgah jengah mak dan ayah selepas selesai kerja. Lepas tu bertolak ke Ipoh pulak untuk buat audit kat state office. Badan aku sakit2 tak kira...sebab keletihan travel di bumi Sabah pun tak abis lagi. Dua hari mengaudit di Ipoh aku terus balik KL, aku pulun buat exit meeting sebelum lunch. Pemanduan pergi balik lebih 700 km, memandu sorang pulak tu...mujur aku masih ada kekuatan. Sampai kat rumah....rumah aku "meriah". Mak mertua aku dah sampai...kanda baru ambik kat rumah adik ipar....anak cucu pun ada....dan kereta-kereta mainan pun penuh kat ruang tamu. Memang meriah! Aku terus naik kat atas, dalam bilik kanda tengah landing....demam! Dan irfan sedang menonton 613. Lepas je aku tukar baju aku pun join nak landing, tetiba Irfan nak aku mandikan dia......sendiri pegi ambik baju dan pampers dekat mama dia....peh tu dah mandi nak baring- baring plak kat sebelah aku, nak di peluk-peluk plak.......ish2...rindu jugak die dekat wan ye....maka jadila aku wan yang solehah dikepit kat tengah tengah katil oleh atuk dan cucu yang demam kedua-duanya nih.....Alhamdulillah....hilang rasa letih bila dapat balik bersama dengan keluarga. Mudah-mudahan kasih sayang ini kekal berpanjangan....Aku tahu hati kanak-kanak begitu mulus. Mereka tak pandai berpura-pura...kalau rindu tu memang rindula...kalau sayang pun memang sayangla....kan kan kan...nanti ada masa aku hapdet gambar-gambar....hari ni duti aku nak accompany hubby , mak mertua, anak dan cucu sekalian....tengah dok fikir nak masak apa ye tengahari ni....Ramai yang demam ni......lebih-lebih lagi kanda....panas betul badan dia sejak semalam....kanda oh kanda....demam rindu sebab asyik ditinggal-tinggalkan yea....kesian dia.....

Thursday, October 14, 2010

Ape ye?

Bulan Oktober yang penuh....dan aku tak sempat nak berfikir, apa nak taruk dalam entry blog aku yang dah bersawang nih....Ape cerite nak rekod dalam ni...hm...cerite best-best la kot, sebab yang tak best tu....tak payah la dikenang dan disimpan dalam diari hidup aku, sebab aku nak senyum bahagia tiap kali baca blog ni...ok kan? Okeyyy...sendiri jawab. Apa yang berlaku sepanjang bulan oktober ni ye.....
O ye aku baru balik dari kursus kat satu tempat yang best, tapi panas lah you!!!....Tiga hari kat sana, memulas perut aku asyik makan jer....cantek tak pemandangan dari balkoni bilik aku ni?

Tempat melepak lepas habis kelas...tapi malan anginnya panas.
Inilah pemandangan lebih kurang dari shoot seorang jurugambar tak profesional...Dorani Marine Park, Sg Besar Selangor.


Masa kursus kat sana tu sempat ikut salah seorang kawan balik kampung mak die....kami dijamukan mee jawa...habis tunggak terbalik mangkuk...memang best masakan mak dia yang usia dah mencecah 80 tahun tapi masih sihat....cun pulak tu....

Sehari sebelum pergi training tu sempat buat perjumpaan dengan geng2 lama masa buat master kat UPM dulu....Seronok borak sambil melantak puding dan biskut raya yang aku bawa.....


Aku juga sempat buat open house hari raya pada hari terakhir syawal iaitu pada 8 Oktober. Penutup Syawal....hari Jumaat pulak tu. Seronok sebab ramai kawan-kawan office SKM datang, termasuk geng2 lama dari KBS dan juga JBS. Staf kanda datang satu bas. Malamnya family pulak berkumpul tolong kasi habis makanan termasuklah cik tiny kita....


Nilah sebahagian staf kanda yang memang meriuh rendahkan rumah kami selepas solat Jumaat

Oh ye...Ini pemandangan dari tingkat 17 hotel tempat aku kena kursus PTK lepas hari raya tempohari....Stress sampai tak dak mood ambik gambar sendiri...ambil gambar pemandangan ajelah.......Kat bawah ni pulak gambar raya tempohari kat kampung mertua....
Okeylah....nak tulis panjang-panjang pun kepala ni tak berapa boleh nak fikir lagi sebab banyak benda nak buat. Take home assignment masa kursus PTK pun belum siap lagi, aku nak bawak bertenang kejap..pastu nak buat assignment pelan-pelan....

Sekian sahajalah catatan buat masa ini.

Tuesday, September 7, 2010

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Kita barangkali pernah dilukai, adakah kita juga melukai?
Kita barangkali pernah disakiti, adakah kita juga menyakiti?
Kita barangkali pernah dikhianati, adakah kita juga mengkhianati?
Memang sukar melupakan, memang sukar memaafkan....betapa egonya kita! Sedangkan nabi Muhammad yang dihina, dicerca dan disakiti, tetap memaafkan malah menolong orang yang menghina, mencerca dan menyakiti dirinya...Nabi Muhammad yang Allah s.w.t telah janjikan syurga untuknya. Kita pula siapa? Bagus sangatkah diri kita ini, mulia sangatkah diri kita ini jika begitu ego tidak mahu memohon maaf dan memaafkan. Betapa terasa rendahnya diri ini, tidak setaraf malah sungguh jauh untuk disamakan dengan Rasulullah......
Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim...kau bimbinglah aku...berikan hidayah dan rahmatmu, supaya luntur segala sombong dan egoku, supaya aku tidak mendendami sesiapa, supaya aku memaafkan semua, supaya aku redha menerima semua yang pernah melukakan diriku...kerana aku tahu...aku juga penuh kekhilafan, aku juga manusia serba tidak sempurna...Aku pohon keampunanmu Ya Allah...
Kepada semua insan yang pernah kukenali...aku pohon kemaafan dari kalian di atas segala kesalahanku yang aku sedari atau tidak sedari. Tak kira betapa aku berusaha untuk berbuat baik kepada semua tetapi masih tetap ada kekurangan membelenggu diri ini....aku tak sempurna.....dan maafkan aku di atas ketidaksempurnaan aku. Namun aku berjanji kepada diri ini tetap aku berusaha untuk melakukan yang terbaik setiap hari........

Tuesday, August 31, 2010

Duri di hati umi

Ada duri di hati umi.......
Dan duri ini menusuk tajam....semuanya kerna umi cuba ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja, seperti tiada apa...
Sedangkan umi sudah berjanji, bahawa inilah dunia umi
Yang umi harus jaga dan tatangi

Benar...
Tanpa berbuat apa-apa umi boleh sahaja bahagia
Dan umi takkan beruntung atau rugi apa-apa
Tetapi perhubungan ini didatangkan dengan tanggungjawab
Bolehkah umi tidak ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja ???

Duri dalam hati umi....
Sedikit sedikit memakan hati
Sakitnya buat umi tidak bahagia
Sekalipun bahagia itu seringkali melingkari hidup umi
Tetap umi tak dapat menikmatinya
Apalah makna bahagia umi
Jika dalam masa yang sama kalian tidak bahagia???

Ramadan ini...seperti ada satu kekuatan menyelinap perlahan dalam diri
Masanya akan tiba Allah memberi jalan dan melimpahi cahaya
Umi tak pernah henti-henti meminta
Doa umi sepanjang masa lewat solat
Untuk kebahagiaan dan kesenangan kalian
Doa umi agar kalian bahagia...bahagia yang sebenarnya
Semoga Allah s.w. t. memberi hidayahnya kepada kita semua

Friday, August 27, 2010

Ramadan ke 17

Hari ini ramadan ke 17, hari sambutan Nuzul Quran dan juga cuti umum bagi negeri Selangor. Keadaan di pusat bandar amatlah sesak, manusia berduyun-duyun membeli belah...memang aku agak kehairanan. Mungkin baru kali ini aku peka. Sejak dua setengah tahun bekerja di sini aku jarang menjengah tingkap dari tingkat 9 itu. apa peristiwa pun aku tak sedar... sales ke...piket ke...aku selalu terlepas peristiwa. Tahu-tahu manusia dan penuh berkerumun sekitar kawasan pejabat aku dan as usual jalan jam. Nasib baik aku tak naik kereta dah sekarang, maka sebahagian tekanan itu sudah berlalu. Lega.

********************************************

Bercerita tentang Ramadan tahun ini, aku banyak habiskan masa kat rumah dan juga mengikut kanda ke masjid. Kami belum pernah makan diluar bersama kecualilah jika ada urusan rasmi di mana kami wajib kena hadir atas nama tugas. Kanda juga sudah berpesan no baju raya. Tapi aku beli jugak sepasang buat baju basahan nak terperuk kat dapur. Beli ready made je yang murah-murah tu, sunat berbaju baru di pagi Syawalkan. Aku pun tak excited sangat nak beraya. Tapi Ramadan kali ini banyak hikmahnya untuk aku. Pertamanya aku diuji dengan ujian kecil yang dapat aku hadapi, walaupun hati ini sedikit terluka tapi tak mengapa...itu bukan hal besar yang perlu memberi efek dalam hidup aku. Ada setengah perkara kita kena think small, ada setengah perkara kita kena think big!! Aku juga semacam dapat kekuatan dan keyakinan bahawa aku tak perlu lagi risau, gusar dan takut apa-apa kerana aku percaya Allah itu ada sentiasa melihat dan memberi jalan kepadaku. Jalan yang aku sering minta di berikan iaitu jalan menuju cahaya keimanan dan ketakwaan. Meski pun aku tak dapat melakukannya dengan drastik tapi aku dah janji yang aku akan cuba, dan cuba dan cuba...at my level best every day. Hanya aku tartanya-tanya, bagaimanakah aku dapat membantu insan-insan yang menjadi sebahagian daripada kehidupanku agar kembali kepadaNya. Subahatkah aku jika membiarkan mereka terus dengan kelalaian semata-mata kerana aku takut hubungan kami kelak retak atau aku dibenci kerana cuba menasihati walaupun niat aku amat ikhlas kerana Allah s.w.t. Aku sebenarnya sudah agak bersedia,. Maksud aku aku tak kisah kalau diboikot sekali pun tetapi aku mesti memikirkan semasak-masaknya. Ya, aku sudah tidak takut dan gusar lagi. Hanya menunggu masa yang sesuai......Ya Allah, berikan aku petunjukmu agar dapat aku leraikan simpulan dalam hatiku, agar aku dapat berlapang dada dan Ya Allah bawalah mereka yang aku sayang kembali ke jalanMu Ya Allah....Permintaan aku yang sedikit ini Kau makbulkanlah Ya Allah.........Kerana hanya kepadaMu tempat aku meminta dan berserah.....AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Wednesday, August 18, 2010

Cerita Ramadan

Minggu pertama Ramadan sudah kita tempuh......bagi aku Ramadan kali ini istimewa sungguh. Setiap hari kanda akan menghantar aku ke tempat kerja, tak pernah dia buat sejak bertahun kami kawin, baiknye diekan....Bila aku tanya kenapa, jawapannya because I love u! Ok le tu, tapi balik aku kena la naik LRT, lebih baik daripada memandu merempuh jalan yang jam memanjang sepanjang bulan puasa ni. Jadinya dapatlah aku sampai awal sikit dan dapatlah siapkan lauk barang sejenis dua, yang lain beli la buat tambahan. Anakanda aku sorang tu tak makan nasi bila berbuka, dia nak kuih sahaja, jadi baik beli la....beli campur-campur dua tiga jenis kuih, siap!
Minggu pertama puasa ni agak sibuk sebab esok akan berlangsungnya satu program di mana aku yang menjadi ketua urusetianya. Dari pagi tadi aku sibuk finalised semua benda, kalau boleh esok berangkat ke hotel janganlah ada apa-apa yang tertinggal.....hai...projek baby Pak Menteri nih...
Badan aku pulak tak berapa sihat, sayang sungguh dah tertinggal sehari terawih sebab tak boleh bangun, demam....At the same time sakit akibat jatuh last Februari datang balik...dugaan...dugaan....tula hari tu excited sangat kata dah cure 100%, mana tau nak datang balik sakitnya. Nak pi massage bulan puasa ni lecehla pulak....hmm...dah time rehat..aku nak pi cari barang sikit untuk nak masak petang karang kat Sogo nun. Letih la nok.....dah la malam tadi daripada sebelum berbuka, lepas maghrib dan juga lepas solat terawih tiga peringkat kami buat operasi menyelamat anak-anak kucing yang terperangkap kat bumbung balkoni rumah aku, hi...nyaris tak panggil bomba, sudahnya aku dan kanda yang jadi bomba....Siap beli susu baby lagi masa otw balik terawih tu....nak kasi kucing minum, tapi dia tak nak minumla, dia nak breast feeding gak....Aku la paksa kanda pi kedai beli susu tu, masa kanda bagi susu tu kat aku dia panggil aku ibu....peh tu tadi pun sama bila call aku, ibu...ibu...anak-anak kucing you dah hilang, mak betul dia dah jumpa dan ambik kot...harap-harapla....pasal malam tadi kami taruk dalam kotak dan letak kat porch...cian la kucing-kucing tu menggigil ketakutan sampai hilang suara, terasa guiltynya aku, nak menyelamat tapi yela confirm dia takut dan lari masuk saluran air bumbung, nasib tak mati tersekat dalam saluran tu...kalau tak sumbatla pulak saluran air tu dengan bangkai anak kucing...hish cianya, terbayang-bayang lagi rupa anak kucing yang keluar dari saluran maha sempit tu....lembik longlai kepenatan...aku harap betullah dorang dah jumpa mak kandung dia...hm...abis susu baby nak buat apa ek???

Thursday, August 5, 2010

Sekuntum Mawar Merah

Hari ini letih benar rasanya, jam 11. 30pagi tadi aku memandu seorang ke Bukit Tinggi Klang, Jalan melalui Federal Highway jam pulak. Jam 12.45 baru sampai kat sana. Ini kali pertama aku ke sana, betul-betul pergi dengan membaca signage semata-mata. Sesat jugak akhirnya. Parking tepi highway dan on lampu emergency , dekat susur ke Jusco Bukit tinggi, aku call klien aku minta jemput, 10 minit kemudian dorang sampai dan aku ikut sahajalah kereta dorang sampai kat depan bangunan pejabat. Selesai urusan kira-kira jam 3.00 petang, aku pun bergerak balik, tapi kali ni tak mahu lagi ikut Federal Highway sebaliknya aku cuba cari jalan untuk ke Kesas Highway. Hujanlah pulak....pandu perlahan....Ni hujan ni mesti kat Pusat bandar jam kejap lagi ni....dalam hati puas berkira nak balik pejabat atau balik terus ke rumah....kalau ke pejabat, mesti sampai dah pukul 4 ptg, dan kemudian jam 5 kena gerak balik....tu pun kalau nasib baik jalan tak jam, buatnya jalan jam silap2 sampai pejabat jam 5 petang....badan pun letih sangat, agaknya kalau sampai pejabat larat lagi ke nak buat kerja? Kerja luar macam ni kena ikut disiplin macam kerja pejabat jugak ke?....Dalam berkira-kira dan hujan makin lebat akhirnya aku terus balik rumah....Allah, letihnya driving.....Aku terlelap dan hanya jaga bila kanda balik...dan surprise!!!!


Sekuntum mawar merah, tanda cinta.....ntah mimpi apa la kanda ni selalunya mawar merah hanya untuk anniversary dan birthday sahaja. katanya saja-saja nak kasi becoz i love u! alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang menikmati kebahagian ini, meski pun ia tertunda....tapi aku sangat bahagia dan mudah-mudahan catatan ini akan membuat aku tersenyum bila membacanya di masa hadapan kelak. Kerana ini blog tentang cinta aku kan.....

Sunday, August 1, 2010

Cerita Ceriti

Outstation
Minggu lepas aku ke Perlis buat audit susulan MS ISO 9001:2008. Balik jer KL terus balik kampung pada Sabtu dan Ahad outstation pula ke Alor Setar. Balik KL Isnin dan Rabu pegi pula ke Kuantan sehari. Malam tadi meeting sampai jam 11 malam kat medan tuanku, pagi ni pun sama kat wangsa maju(tapi cancel sebab tak cukup kourum). Balik kosong jela...Penatnya lahai........
Kerja
Mood swing aku ok, so aku kerja macam biasa gelak-gelak jela...tak de la macam last week, kecik hati dengan bos. Haish....tak guna kecik hati dengan bos, still kena hadap muka dia jugakan...so, aku kenalah immune kan hati aku ni, jadila orang yang tak kesah!
Bos suka aku?
Ada la mulut-mulut ikhlas kat opis aku ni yang depan-depan cakap bos suka kat aku? Tapi sebab apa ye??? Geram aku dengar statement gitu. Nak jer aku jawab, kalau korang kata dia suka kat aku just becoz dia suka bagi aku kerja, itu namanya korangla yang tak guna, sebab korang tak boleh deliver his expectation, aku jadi mangsa, pastu cakap pulak bos suka aku, ada ka???? Ikut hati nak jer aku cakap kat bos, ha lepas ni kasi kat si polan si polan ni banyak sikit kerja....jangan asyik kasi kat aku jer...boleh la aku pulang paku buah keras...bulih???? Cakap tak fikir....tapi kalau betul la dia suka aku (mana aku tau) Alhamdulillah, itu tandanya aku pekerja yang bagus. Aku tak pandai nilai diri sendiri. Aku tak macam setengah orang tu cakap depan bos sopan santun giler....aku ni jenis yang cakap jer apa aku rasa or fikir....sebab aku tahu diri aku di pihak benar nak takut apa??? kan???
Spa
Dah lama aku tak kasik ubat muka aku ni....sebenarnya bila kerja banyak, outsation sana sini dan stress muka pun mula la naik bijik2 yang aku tak suka nih....tapi tak de masa pula nak buat facial. Rindu benar aku dengan kegemaran aku ni....kalau dapat berendam dengan Cik Tiny baguih gak kan....
Masak
Walau aku suka masak tapi tengahari ni aku nak pi tapau sajalah, cakap kat kanda nak beli nasi ayam panggang yang sedap kat jalan Desa Tasik kat belakang rumah aku ni jer....penatlah....sampai makan pun tak selera, masak lagila tak selera!
Mak mertua aku datang, mujur dia sporting, nasi bungkus pun ok, tak pe la kan semalam aku dah masak.
Cau cin cau...Selamat berhari minggu!

Monday, July 26, 2010

Emosional

Dua tiga hari lepas, aku telah menulis satu catatan yang emosional. tapi tak sempat posting, terdelet semuanya....adalah rahmat kenapa catatan itu tidak berjaya dipublishkan. Selepas dua tiga hari, kepala aku pun dah rasa ringan dan aku tidak beremosi lagi. Malah rasanya aku boleh senyum sendiri bila mengingatkan kebodohan aku seminggu dua ini, iaitu emosi tak bertempat! Benarlah kata segala ustaz waima pakar motivasi, tangguhkanlah kemarahan dan segala perasaan yang beremosi itu, buatla apa cara pun say tarik nafas, istighfar, solat sunat dan segala tips2 menanguhkan kemarahan...tapi pokok pangkalnya, tangguhkan perasaan itu ibarat menangguhkan keinginan nak bershopping bak kata Suzie Orman, dengan tiga pertanyaan...adakah ia penting? adakah ia perlu? adakah ia baik? kalau salah satu soklan tu jawapannya tidak, maka jangan beli. Camtu gak dgn marah or beremosi ni...tanya balik tiga soklan tu. YANG PENTINGNYA adakah bila kita melepaskan perasaan itu serta merta, kita berada di tempat dan masa yang betul? Dan apakah yang akan kita rosakkan. Hubby aku selalu kata, once you created damage, you can't repair them anymore. Ianya takkan boleh balik seperti asal dengan mudah. Asking for an apology is not enough especially when you already hurts people....lagi pun marah dan beremosi buat kita tak bahagia. Mana ada org yang bahagia bila marah or emotional, right??? Aku ingat lagi kata sahabat aku, biarlah aku hipokrik seketika, memangla bukan senang nak jadi ikhlas time tengah sakit hati, tapi mudah-mudahan....dengan doa yang kita minta lama-lama kita sendiri akan lapang dada...dan ikhlas semula. Benci or sakit hati tu pun hilang dengan sendirinya... At least no damaged has been created, orang pun tak tau apa-apa, kita pun tak sakitkan hati sesapa dan kita menang! Mungkinlah kita sakit hati seketika, tetapi pandai-pandaila kita ubat sendiri hati yang sakit tu sebab Allah ada....
"Ada orang yang mendapat kemenangan dengan berundur dari awal.....
Ni ada lagi sambungannya tapi aku tak sempat catat la.....Lately ni aku macam suka tengok cerita desperate housewife. Aku suka closing setiap siri. Jalan cerita dia tak bagus sgt pun, yela dedah sana dedah sini...cerita barat memang mudah menyesatkan tapi...closing from the story teller dia memang best....aku rasa aku kena standby dengan buku catatan sebab aku nak ambik apa-apa yang baik tu, yang tak elok toksahla ambik...kan...
DAN YANG PENTING JUGA....kita berjaya melawan musuh yang paling bahaya iaitu diri sendiri dari sisi hitam (manusia ni ada hitam putihkan...)
Sekadar renungan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ini.........

Sunday, July 18, 2010

Happy Birthday Atuk !

Tahun ni kami celebrate birthday kanda secara sederhana saja, in advanve pulak tu. Aku fobia sebab takut lupa! hehehe....teringat kisah-kisah lalu....almaklum aku ni sometimes pelupa, apatah lagi bab-bab birthday ni......ini aku rakamkan memori hari ulang tahun kanda tahun ini...semoga ia akan jadi kenangan indah dan aku akan mampu senyum bahagia setiap kali membaca catatan ini kelak kerana ia adalah moment manis dalam hidup aku bersama insan-insan yang aku sayangi.

Tahun ini ulang tahun kanda diraikan serba sederhana. Paling penting aku tak lupa tarikh hari lahir kanda kan kan kan......Semalam aku dan kanda pergi cari hadiah....tahun ni birthday boy nak pilih hadiah sendiri, aku tukang bayar....hepi tu...tengokla gambar-gambar orang dapat pilih hadiah sendiri ni ha.....

















Friday, July 9, 2010

Roda

Tahun lepas best sangat. dalam hati bahagia sangat. Aku rasa hidup aku perfect pada definisi aku sendiri. Semua berjalan dengan lancar. Pelajaran, kerjaya, keluarga...seronok sangat. Tapi hidup ni macam roda. Tuhan pun marah pasal bila dah seronok mula la kita start alpa....doa pun kadang makin pendek coz nak cepat....mengaji pun bila ada mood je...nauzubillah. Dan hati aku mula keluh kesah, macam ada lompang dalam hati aku. Dan ujian-ujian baru mula dihantar dengan cara yang lembut. Pendek kata ujian kecik je, pun buat aku tak tentu hala...see...jangan berangan nak duduk dalam comfort zone saja...hidup bukan macam tu. Bila keadaan macam ni mula la aku tetiba rasa nak study balik jer...tetiba je nak sambung Phd, reason? Sama macam masa aku buat master dulu. Tapi oklah...semakin aku diuji, semakin aku berjayakan??? Pasal nak cari alternatif mengalihkan fikiran dan perasaan maka aku pun ambil jalan yang paling best, study lagi.....amacam bagus tak kaedah terapi aku nih??? Macam-macam lah yang aku fikir tapi rasanya baik aku tingkatkan ibadah aku sebab itu yang sebaiknya.

Saturday, July 3, 2010

Bulan Jun memang sibuk....sibuk sangat sampai setiap weekend pun kena kerja....aku happy jer....cari rezekikan....Penutup Jun ni aku kena pi kursus kat Bagan Lalang....sempat la jugak berpoya-poya dengan kawan-kawan. Ada la jugak outstation yang aku angkut kanda sekali, bukan apa buat teman berkelahi huhuhu........

Tuesday, June 22, 2010

bos tak lipat kain

Pagi tadi masa morning prayer ntah kenapa aku vocal sangat. Aku persoalkan kenapa kami tak leh dapat cuti gantian, dah sebulan kerja tak de cuti....aku bandingkan dengan state lain, awat depa dapat cuti, tapi kami tak......bos aku kata itu atas budi bicara dia, lagipon dia pun keje gak weekend, kalau ikutkan cuti gantian dia lagi banyak................aku dengan pantas menjawab (tanpa berfikir) tapi bos tak lipat kain! keh keh keh....aku caya sama aku! yes yes yes! terus bos aku cakap....dia tak suka nak dibanding-bandingkan, oklah....bulan Jun ni, sapa nak cuti ganti apply by individu, dia takkan bagi blanket approval....finally! Sebenarnya aku stress tengok kain melambak tak sempat dilipat.......yela kalu nak senarai aku boleh jer kata bos tak masak, tak kemas rumah, tak iron baju...dan banyakla lagi, tapi memadai la aku kata bos tak lipat kain, merangkumi semua la tu.........asal dia faham, kami ni banyak gak benda nak buat selain pi meeting hari minggu, ponteng kang! ehehehe....tak buat la, ini pekerja baik punya. Anyway TQ la mr richard gere....

Thursday, June 17, 2010

gigi oh gigi

Dalam zaman serba canggih ni, teknologi dah mengubah segalanya. Hari ni aku nyaris kehilangan gigi. Tapi kecanggihan perubatan sekarangkan....gigi yang sakit tak payah dicabut tapi matikan ajer akar dia....prosesnya tak sakit, tapi lepas ubat bius ni dah reduce, confirm aku akan kesakitan.....pain killer dan antibiotic dah ready dengan banyaknya untuk dihabiskan. Next week kena pegi sekali lagi nak korek dan cuci balik ubat yang ditanam kat akar gigi aku tuh...dan barulah buat tampalan yang kekal. jadinya melepek ajelah aku kat bilik dengan pipi ala kembang dan kebas. Dah tiga jam nih...but still kebas lagi. Namun aku happy sebab aku dapat MC. Dapatla rehatkan badan.....dah la weekend ni kena kerja.

Wednesday, June 16, 2010

Gaduh-gaduh manja

Adatla kan......ada masa gaduh-gaduh manja. Tak gaduh pun tak syok, gaduh sakit hati! abes??? hm...nak gaduh boleh, nak majuk....tak koser nak pujuk.....ingat, tak boleh lebih setengah hari tau...hihihi.
Mode : In a very2 good mood........boleh gitu???

Friday, June 11, 2010

HEPI 16th ANNIVERSARY

Jam 8.15 malam, bila aku masuk aje ke dalam rumah, Ifran yang menyorok di belakang rak TV tiba -tiba menjerit hepi besday wan....ifan nak tiup kek. Eh besday sapa pulak hari ni (dalam kepala mula membayangkan sesuatu) Penat bertarung dengan traffic jam lebih sejam, maka aku pun segera naik ke bilik. Bila pintu bilik dibuka aje, semerbak haruman menerjah ke hidung ...ni perfume apa la yang kanda semburkan ni....wanginyer kata aku. Dan as I expected, taraaaaaaaaaaa!!!

Inilah surprise dari kanda dengan ucapan hepi 16th anniversary......


Sebelum apa-apa posing dulu....baju kerja pun tak sempat tukar........


kena rasmikan kek strawberry tu dulu........


dan sampaikan hajat ifan nak potong kek besday.......hahaha.......rupanya tadi atuk bawa dia pegi beli kek (memang tak boleh simpan rahsia punya budak), tentula dia ingat ini kek besday......



Alhamdulillah, sudah 6 tahun, tapi kata kanda kematangan hubungan kami seumpama sudah 16 tahun hidup bersama.......I love him so much, thanks sayang....

Friday, May 28, 2010

Nama saya Raje

Malam tadi kami menyambut besday bangah dan Nor, di Satay Station, Kg. Pandan. Tapi mintak maaflah tuan punya badan yang sambut besday tak de enterframe kat sini. Wakil kanak-kanak sahaja ok. Inilah terkini lima orang cucu-cucu wan yang comei lote. Dari kiri Irfan, hafiz, haris, kamelia dan hadif (belakang).

Si kamelia, sebelum ni memang semua orang panggil dia dengan nama tulah. Tapi masuk je darjah satu kawan-kawan kat sekolah semua panggil dia Raje. cewah dengan bangga intro nama saya Raje. cerita mamanya pada suatu hari bila balik dari sekolah dengan bangganya dia memberitahu mamanya. Mama, lagu Negaraku ada sebut nama kamelia......... kenapa lagu Negaraku ada sebut nama kamelia ek??? Huhuhu.....

Wednesday, May 26, 2010

Fizikal vs mental

Mental ni kuat lagik...semangat lagi nak kerja tapi, fizikal tak fit....bukan....aku dah exhausted! Dua hari ni kerja di luar...tinggalkan kerja pejabat yang semestinya tak de orang lain nak buat. Esok aku balik tengok mertua kat ns, yay! pastu dari Gemencheh terus ke Cherating....ada meeting kat sana weekend ni. Bulan penuhla katakan! Nasib baik kanda baik hati nak jadi pemandu aku.I love U!

Monday, May 24, 2010

Bulan yang penuh

Bulan Jun kian menghampiri....aku panggil bulan Jun ini sebagai bulan penuh. Sebab setiap tahun pada bulan Jun, aku akan bekerja penuh sebulan tanpa cuti . Malah bahangnya sudah terasa mulai minggu ini. Sejak tiga minggu lepas aku outstation tiap minggu, Perlis, Kuantan, Melaka. Hujung minggu ini sekali lagi ke Cherating Kuantan...dan minggu-minggu berikutnya agenda penuh menunaikan tanggungjawab. Kesian kanda kena tinggal jer.... Tapi aku rasa guilty sebab kalau campur bulan Jun ni maknanya dah dua bulan kami tak balik jenguk mak mertua aku di kampung. Kesian mak.....apa nak buat. Sedihkan....Perasaan aku sekarang ada sikit lega. Mungkin lepas recharge esq kot. Kalau tak asyik nak kecik hati dengan Mr Richard Gere jer...apelah aku nih, sensitif tak bertempat. Kanda penah kata dia kalau nak naik angin/marah staf...kalau perempuan dan dia lawa kemarahan tu tune dowm la sikit....cih! cam gitu ek??? So aku boleh la kata, nasib baik la kau hensem, kalau tak lagi la aku naik temper....pasal kau hensem, sejuk sikit hati aku (sikit la okeh, sebab time kau marah muka kau tetap maintain hensem gitu cis cis cis) huhuhu...istighfar........

Sunday, May 16, 2010

Yang paling aku cintai

Sehari dua ni kaki sebelah kanan aku sakit (rasa sengal-sengal) sehingga aku rasa tak larat nak jalan. Mungkin aku penat memandu jauh kerana outstation atau ini juga kesan sampingan akibat jatuh tangga pada bulan Februari lepas. It can be both......sebab lepas jatuh tangga tu tiga bulan juga aku nak recover kesakitan sendi-sendi aku especially kat pinggang sebelah kanan. Aku harap ianya cuma sebab keletihan dan banyak bekerja,. Tak serius dan tak beri kesan berpanjangan. Semalam aku dan Tiny pegi recharge ESQ training. Bagusla sekali sekala aku rasa kena pegi, maklumlah manusia yang lemah iman dan kurang amal macam aku ni, banyak nak kena improve, jadi pegilah training. Training pulak tak boleh pegi sekali aje, takkan berkesan. Tak caya tanyala pakar, tak pun tanya aku pun boleh jugak huhuhu....... O ye semalam Nor menantu aku convo kat UM, tahniah. Umi dengan ayah tak dapat datang, sebab ayah sangat sibuk dalam tiga hari ni menjayakan HBN2010. Walaubagaimanapun, janji kita nak gi dinner malam ni still on ok! Oppsss tajuk dah lari dari mula lagi. Aku sedar satu perkara bila pergi recharge ni.....ini kiranya kali kedua la aku pegi, Februari 2009, as peserta, Mei 2009 pi recharge dan temankan kanda dan semalam, pegi dengan Tiny. Dalam keadaan kaki aku yg sakit-sakit tu, gagahkan diri juga drive. Aku sedar recently, oppss bukan...memang acapkali aku selalu utamakan kerja macamlah kerja tu hidup dan mati aku. Sedih rasanya bila mengenangkan aku cintai kerja aku lebih dari segalanya. Sampai sakit-sakit pun otak aku masih ligat berfikir hal kerja saja. Jadi aku nak susun semula hidup aku. Haiiii dah buat banyak kali but still need to redo...why? Sebab kita manusia biasa mudah lupa......iman kita pun sering berbolak balik, tapi kita kenalah selalu berdoa mudah-mudahan kita akan sentiasa berada di landasan yang menuju cahaya......Aku mahu buktikan menyintai DIA lebih dari segala, bukan sekadar mengaku dan percaya, tetapi dengan lidah dan perbuatan juga. Dan dengan itu mudah-mudahan aku dapat memiliki bahagia yang abadi. Dan kerana cinta itu aku mahu memberi lebih banyak berbanding meminta....Insyaallah...Doakan niat yang baik-baik ini ye! Oy ye! Aku tak nak pikir aku buat yang terbaik untuk orang lain....tapi kerana Allah itu melihat, tak kesah apa orang fikir kerana DIA Maha Mengetahui. Jadi tak timbul lagi isu penampar angin, atau arahan sesiapa yang patut aku takuti.....Tapi semuanya kerana CINTA. Alhamdulillah.....mudah-mudahan lamalah kepositifan aku ini. kalau tak next month pegi lagi, ye dak cik tiny???

Saturday, May 8, 2010

Mak

Mak, masa kami kecil....hidupnya susah.
Bangun subuh, sediakan sarapan....kami ke sekolah, dan dia ke bendang.
Tengahari kami balik, mak sudah siap hidangan tengahari.
Petang kami ke sekolah agama, mak ke bendang semula.
Malam, kami belajar selepas makan masakan malam yang mak masak.
Mak mencuci pakaian malam hari, cucian tangan, kadang sampai jam 1 pagi.
Bila mencecah usia 12 tahun, cuti sekolah, barulah aku mengambil peranan mak.
Tolong mak ke bendang, masak, kemas rumah, cuci baju dan jaga adik-adik.
Mak tak pernah ke mana, hanya pekan Kuala Kurau itulah dunianya.
Juga tak pernah merasai kemewahan.
Mak berkorban segalanya demi kami lapan beradik.
Alhamdulillah, kami semua berjaya, tapi tak terbalas rasanya segala budi mak.
Hanya kasih sayang dan ingatan yang dapat aku kirimkan untuk mak.

Selamat hari Ibu Mak.....I love You....

Thursday, April 29, 2010

Mental Fatigue

Kadang-kadang kita bukanlah sengaja. Tapi ada banyak sangat faktor persekitaran sekarang yang buat aku rasa macam nak cuti rehat aje. Tapi ianya juga tidak menyelesaikan masalah. Kerana semua tanggungjawab itu perlu diuruskan, dengan terbaik! Sungguh banyak demand kerja. Ibadah? hanya tinggal yang wajib-wajib sahaja. Sedihkan! keluar dari kepompong ini juga bukanlah satu tindakan yang bijak lagi matang, kehidupan inikan satu perjuangan. Mudah-mudahan melalui kerja aku ini juga aku beroleh pahala walau ibadah sunat sudah tak terbuat lagi.....kerja itu satu ibadah!

Wednesday, April 28, 2010

Angin kus kus

kalau saya dah kena penampar angin, saya pun lepas penampar angin jugaklah.....

takkan saya sorang nak sakit jantung, saya pun nak kongsi sakit jantung ramai-ramai

Aku: dia kena penampar angin boleh lepas balik kat kitaorang, aku pulak nak lepas kat sapa???

dia sakit jantung nak kongsi ramai-ramai...aku sakit jantung mati sorang-sorang???

hai...kalau dah pandai menjawab dalam hati....ni sah-sah hormon aku tak betul, hangin jer nih....

istighfar....istighfar....

tadi sampai je kat depan rumah

Aku : you ni apsal asyik garang sangat??? kesian kat I, 24 jam nak hadap orang garang jer...kat opis pun nak hadap si baran, balik rumah pun sama.......kesian kat I.....

mana ada I garang.........

Aku : baran-baran laki aku tak pela aku tau dia sayang kat aku, baran-baran bos aku, dia suka tak kat aku??? hehehe....tak boleh baca. Kalau laki aku dia kata: they are my tools....I need them to achieve my goals! bos aku pun sama ka???

Tak payah fikir banyak, just do your part as best as you can...berhenti bila sakit (bukan bila tak larat ok). selagi ada kudrat...usaha yang terbaik. Kata cleaner office aku: kalau penat baru berkat...see...tapi aku tambah, penat sebab buat kerja sungguh-sungguh, sepenuh hati kerana Allah telah letak aku di "situ". Dari semua sudut kehidupan aku, Allah pilih aku dan aku percaya apa pun yang aku buat, Allah melihat dan dia telah beri yang terbaik. Sedikit-sedikit ujian: penat, tak cukup masa, bos mintak macam-macam, manpower tak cukup, sistem tak well organised, adalah benda ciput, it is just a mosquito bites........

Jadi kak long, jangan naik angin.......smile dan syukur!

Oh ye....thanks Allah for the great gift!

Sunday, April 18, 2010

Ketapi yosyak

Sejak minggu lepas dialog Irfan tak dak lain. Apa pun yang kita cakap atau tanya dia akan reply dengan dialog....ketapi yosyak, yosyak ketapi atuk, atuk beli ketapi, ketapi yosyak. Kalu emaknya tengah bercakap dengan telefon pun dia akan mendesak untuk bercakap juga dengan atuknya, dialognya tak dak lain...nak bagitau atuk ketapi yosyak....hai lomah longlai la atuknyer yang garang tu....kalau siang malam cucu asyik memujuk belikan keretapi . Dengan muka kesian dia tu....huhuhu....Akhirnya tengahari tadi, sebab Irfan dah mengejar kami waktu nak balik ke rumah....sanggup dia tinggalkan mama dia semata-mata nak pujuk atuk pegi beli keretapi, akhirnya hati atuk cair juga......apa taknya, sepanjang perjalanan dia asyik sebut dialog tu je.....hehehe...kami hanya mampu gelak, itulah powernya seorang cucu....atuknye yang garang tu pun abis kalah..........





Wednesday, April 14, 2010

Anak

hati ini sedih, kenapa mereka buang-buang bayi itu, bagai sampah, bagai tak ada akal mereka itu. gila! setan! bukankah lebih baik berikan sahaja pada aku!

Tuesday, April 13, 2010

Poligami-janda-ibu tunggal

Apasal dengan tajuk aku ni? Bagi aku tajuk tiga serangkai ni sangat sinonim dengan cerita buah mulut orang, sangat sinonim dengan stigma negatif masyarakat. Sangat suka orang gunakan sebagai perumpamaan, jadi bahan jenaka kadangkala, sindiran sinis dan macam-macam.

Tak kena batang hidung sendiri boleh cakapla. Kutuk orang sanggup bermadu, ambil laki orang. Or kutuk orang yang gamak duakan or tiga empatkan bini....Kutuk janda sinonim dengan perangai dia yang tak elok semata. Ibu tunggal kerjanya tak ada lain, nak goda laki orang...sekarang lagi hebat bujang muda pula jadi sasaran. Dan aku yakin manusia hamba Allah yang suka buat ulasan dan melapor kalahkan karam singh walia ni kan....dia tak kena lagi....belum kena batang hidung dia. Tambah-tambah wanita bahagia seantero dunia....hidup sempurna (konon), lagi ringan mulut cakap topik gini, ulas hidup orang lain. Cuba la bayangkan tiba-tiba keluarga bahagia awak tu dilanda musibah.....tup tup esok laki awak mati, menjandalah kau......tak pun tetiba berubah hati pasang perempuan lain...bermadulah kau....Ada sape-sape boleh jamin hidup ini indah sepanjang masa? Berani jamin??? Doa, ya kita doakan yang baik-baik tentang hidup kita. kita bangga dan syukur kita bahagia. Tapi kita bercakap hal orang lain juga.....janganlah...jangan buat macam tu. kalau dah takdir dia berpoligami, nasib dia tak baik laki mati atau kena cerai....terpaksa jadi ibu tunggal, itu bahagian dia, uJian dia. Jangan sekali-kali nak mengkritik hidup orang tak pasal-pasal, jaga keluarga sendiri dan doakan yang baik-baik untuk orang lain. Tanyalah mana-mana wanita, ada sesiapa nak berpoligami, menjanda or jadi ibu tunggal. Takkan ada yang jawab nak......Kita semua nak bahagia dan hidup sempurna. tapi ujian setiap orang tak sama. Ingat tu. Kepada masyarakat diluar sana, jangan aniayai wanita.

p/s : Saya tak anti poligami, tapi saya tak setuju kerana yang kedua awak tinggalkan yang pertama. Sangat tak setuju. Maaf tak dapat hadir majlis resepsi awak! Protes.

Sunday, April 11, 2010

Rumah siap pahat berbunyi

Tersinggung ke aku? Ya, pada asalnya. Tapi kemudian, maksud aku bila aku tangguhkan kemarahan aku. Duduk diam-diam jangan bercakap dengan orang, balik rumah dan dinner dengan adik-adik aku, tidur dan esok pagi bila aku bangun, tak rasa tersinggung lagi! Yay. Aku telah berjaya mengatasi perasaan marah dan sakit hati aku.
Mereka itu, kaki pengkritik. Apa yang dibuat oleh bos, banyak yang tak betul daripada betul. Tak apalah, tunggu kau jadi bos besok. Aku nak tengok macamana pulak staf bawahan kau layan kau. What comes aroud goes aroundkan......Dan, kalau dia tak betul tak de nye dia dapat jadi bos. Yang kau tu....berpuluh tahun keje pangkat di situ juga.....
Okeylah....aku take it as positive comment (walaupun style komen korang cakap kat belakang atau bahasa mudah mengumpatlah!
Bercerita-cerita dengan kanda insiden ini, menyebabkan aku rasa betapa tak bagusnya aku. Benda macam ni pun kau nak ambil pot Maiza! Just ignore them. Segala perkara yang negatif, yang menyakitkan hati, yang boleh membunuh semangat kau untuk melakukan yang terbaik, walau pun kau tahu kau manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan. Tapi tak mengapalah, I will try "my level best". Biarla apa orang nak kata or komen.
Inilah ujian yang harus ditempuhi untuk menjadi orang yang berjaya. Kalau you tak diuji, you takkan jadi orang yang hebat! Ingat mudah nak berjaya??? Itulah kata-kata kanda yang selalu aku pegang. Kata kanda dia dulu menjadi seorang ketua, lebih banyak dugaan yang terpaksa dihadapi. Kakitangan berpuak-puak, ada puak penyokong, ada puak pembangkang. Yang pembangkang ni kerjanya mengkritik tak habis-habis. Semua orang buat tak betul. Yang penyokong ni pula selalu dikutuk kaki pembodek, anak emas boslah, tapi mereka inilah yang banyak membantu kanda menaikkan organisasi. Yang group pembangkang ni pulak, buat kerja jugak tapi hipokrikla.....(kat belakang suka mengkritik, sama mcm yang aku hadapi sekarang). Tapi staf kat opis aku 60 orang je, staff laki aku seribu lebih! Itu belum lagi masalah normal dalam organisasi, ada yang rajin, bagus benar, tapi tak kurang juga yang kaki mengular, yang suruh lain buat lain, yang missing in action dan macam-macam lagilah. Tapi yang lebih teruk phd melarat sana-sini sampai berbomoh-bomoh, hissshh simpang. Tapi kanda tetap jadi orang yang berjaya. Kini, walau dah tak serve that organization, dia masih diperlukan. Masih disebut-sebut sebagai KP terbaik dalam perkhidmatan. Still, masa dia jadi KP pun tak 10% orang sukakan dia. So, kandalah mentor terbaik aku. Jangan kerana gigitan nyamuk kelambu dibakar. Gigitan nyamuk kau......anggap itu semua hanya gigitan nyamuk. Yang penting berbuat baiklah kepada semua orang, walaupun ada kala kita diluar kawalan (time PMS contohnya) Tapi niat nak lakukan yang terbaik setiap masa itu sentiasa aku pegang kemas dalam hati, dalam minda. Mudah-mudahan Allah akan selalu membantu dan memberi petunjuk kepadaku, kerana aku mahu jadi hamba yang disayanginya. Amin.

Friday, April 9, 2010

Warna Garang

Dik, you kan kalau pakai color lembut-lembut....nampak lembut jer...You kena selalu pakai warna lembut camnilah.....
Apsal, I kalau I pakai color terang kenapa pulak???
You kan garang, kalau pakai color lembut dia jadi balance....
Heh! I garang???
Ye....you garang....
Itu kata kanda.....kalau dah laki aku kata aku garang, orang lain nampak aku macam mana lah agaknyer? garang, cam tak masuk akal jerr...(hehehe perasan baik la puleksss)
You lebih-lebih lagi garang bila time nak dekat tutttttttt.......
Hmmm, apa nak buat ni pun dah istighfar banyak, ingat senang jadi perempuan? Dahla tanggungjawab kat rumah banyak, kat tempat kerja lagi...dan kena pula hadapi saat-saat migrain, lemah badan dan emosi turun naik macam yo yo gini, still have to perform and compete kalau tak, mana nak boleh deliver qualiti kerja yang bagus as what our boss wish/expect. Ingat senang ke? Dalam migrain dan badan seram sejuk, kena pi gak kerja sebab ada tugasan penting menanti, yang tak boleh ditinggalkan sebab kitalah penerajunya??? lelaki takkan boleh jawab sebab depa tak rasa. Sebab depa tak period!!!
You all perempuan.......if you want to compete with man, if you want to perform at the same level with man....you kena work triple harder!!! you all ni banyak masalah, kejap-kejap anak sakit, kejap-kejap laki sakit, kejap-kejap periodlah, senggugutlah....tu tak masuk yang muda-muda tiap tahun cuti bersalin, dah tua nak menopouse....jadi bos pun orang tak suka sebab perangai dah lain macam....cerewet macam tutttttt
Work triple harder babeh!!!........itula pandangan seorang lelaki yang paling aku cintai......Aku akur, memang susah jadi wanita berkerjaya dan nak berjaya kalau tak ada sokongan suami. Sebab nak berjaya kena work triple harder. Kanda ialah tulang belakang pencapaian aku. Dia tak buat apa-apa pun, cuma dia tak kesah makan nasi bungkus bila aku balik lewat dan dia juga tak kesah jika aku kerja hujung minggu. Dan yes, kesudian dia menghulur jari jemarinya memberikan urutan ikhlas saat aku lembik longlai kerana kerjaya yang aku tatang ini. Kadang rasa bersalah, tapi kanda tetap mengatakan, dia bangga punyai isteri yang berkerjaya, yang bijak, yang rajin.....yang output kerjanya mencapai standard yang dikehendaki oleh seorang KP (cewah......ayat penaik semangat)
Sayang......u memang bagus, i tahu you pegawai yang bagus, sebab tu I "nampak" you dulu. That's why I pilih you!
Wah wah wah...what a compliment!
Kisahnyer aku dulu kawin dengan bis boss aku, sekian terima kasih. Maleh nak cerita.

Thursday, April 1, 2010

No energy

Well, I'm too tired to think right now. Nampaknya weekend ini terkorban lagi masa cuti aku.......ke pejabatlah nampaknya! Ada sesapa nak join???

Wednesday, March 31, 2010

Waktu memandu

Hari ini entah kenapa tergerak hati untuk memandu melalui jalan alternatif ke pejabat. Cadangan aku melalui terowong smart dan kemudian keluar ikut jalan Sultan Ismail, terus ke Jalan TAR. Tapi entah kenapa, khayal barangkali, aku telah terambil lorong Jalan Tun Razak. Jam sudah menunjukkan 7.40 pagi. Dengan kecekapan minda aku ambil keputusan ikut Jalan Raja Muda Abdul Aziz, terus ke Chow Kit masuk Jalan TAR semula. Lega. Aku punch in tepat jam 7.58 pagi. Apa yang aku berkhayal sampai salam jalan nih??? Sebenarnya seringkali dalam perjalanan ke pejabat aku akan bertanya diri aku, apa erti hidup ini? Bagaimana aku lebih dapat memaknakan kehidupan berbanding melalui rutin yang sama sahaja tiap hari? Keluar rumah matahari belum terbit, balik rumah matahari sudah tenggelam. Kadangkala keletihan melayan karenah di pejabat yang non-stop dengan pelbagai isu dan cabaran, aku akhirnya lembik keletihan mental dan fizikal. Aku tertanya-tanya adakah kalau balik rumah, ada si kecil yang menanti hati akan terubat sedikit, hidup lebih ceria dan bahagia? Tapi ada anak pastikah bahagia? Pastikah bahagia? Aku sudah melihat ramai orang yang ada anak tetapi terpaksa menempuhi cabaran dan kesakitan yang luar biasa. Anak sakit, anak cacat, anak terlibat dengan jenayah dan keruntuhan moral, anak tak boleh berdikari dan membebankan ibubapa yang sudah tua (terbalik pula ,sepatutnya dah tua-tua dapatlah bergantung hidup dengan anak-anak) . Pun ramai pula yang bahagia dikurniakan anak cantik dan cerdik tetapi suami pula buat hal, mertua buat hal dan silap-silap diri sendiri buah hal kerana mencari kebahagiaan yang lain. Dan ada orang yang dikurnia anak, tanpa hubungan yang sah pastinya, tega membuang bayi seperti membuang sampah.....tidak ada hati perutkah mereka? Jadi hidup yang mana yang bererti bagi aku? Aku mahu menjalani hidup yang diredhai Allah s.w.t. Hidup inikan cuma sementara. Tak apalah, hidup rutin pun boleh mendapat banyak pahala.....kerja dengan ikhlas dan niat bantu orang, layan suami baik-baik, jujur dan ikhlas bila berkawan, selalu bantu dan gembirakan hati ibu bapa, berbaik-baik dengan anak-anak tiri dan ibadah wajib jangan sekali diabaikan meskipun kadang hati teringin ingin melakukan ibadah sunat lebih banyak....apakan daya...kewajipan yang sangat banyak ketika ini memang sangat meletihkan. Aku terkadang cemburu dengan orang yang melalui hidup biasa-biasa sahaja.....tapi aku juga bersyukur....sekurang kurangnya aku mampu memandu kereta ke pejabat! Mampu beli kereta, dan alhamdulillah merasa jugak pakai kereta berjenama. Apa lagi yang kurang, sudah banyak Allah berikan..................

Thursday, March 25, 2010

Mr. Richard Gere

Malam tadi, lagi 10 minit jam 10 aku terima sms dari dia.
Salam, jangan lupa teks ucapan YB Menteri dan CEO perlu disediakan. Thanks.
Nak jer aku jawab, dah malam la bos, tak boleh tunggu esok baru kasitau ke??? Tapi last sekali aku ubah....ok bos good night...sweet dream....hehehe aku delete balik perkataan dua yang terakhir tuh.....pastu aku gelak kuat-kuat....send! Aku bukanla gelak kat dia atau diri aku, tapi aku gelak sebab aku teringat kat kekanda cinta hati aku.....ini perangai dia.....suka sms staf dia tak kira masa, pembalasan ke apa ni???. Sapa suruh kacau staf dia tak kira tengah malam, hari cuti or subuh sepi'e??? Asal teringat sesuatu jer terus sms. Tapi kira okla depa wajib jawab, kalau tak elaun tetap telefon kena potong plak kang....Aku ada elaun telefon ker??? Kalau tak jawab pun tak pa kan......tapi dek kerana kesetiaan aku kepada chenta hati aku sorang nih...jawab jelah...malam-malam pun rindu kat akuke??? hehehe......nasib baik kau hensem Mr Richard Gere....teringat-ingat kata kanda, jaga-jaga, kau kacau bini aku, aku cantas uban kau!!! hehehe.....Ala bang....dia tu alim ulamak la....Heiiiii, orang alim lagi tak boleh percaya, setan berkeliling kat kepala.......Wah kanda jeles kat aku ni yang aku suka ni....suka sangat.....
Alah...malasnya nak google bahan untuk speech minister nih....aku kalau buat speech suka sertakan dengan fakta dan statistik, dan quote kata-kata falsafah orang bijak pandai....baru la nampak macam orang sekolah tinggi buat speech kan???? Nak dapat mood mengarang ni bukan boleh paksa-paksa....harap-harap malam ni dapatlah idea....

Wednesday, March 24, 2010

Tentang Cinta Aku

You tau tak I ni king scout......campak la kat mana pun I boleh hidup.

I tak sanggup nak sakiti binatang....pengakap kan sayang binatang. Sebab tu I tak berani sembelih ayam. Lagi pun kalau I yang sembelih, confirm I tak makan ayam tu.....

I nikan orang baik-baik, kan pengakap kena berbuat baik setiap masa dan menolong orang.

I tak heranlah....I boleh berdikari, I have been trained as a king scout

Apa you ingat I tak tau masak ke? I ni dah biasa tau masak...masak dalam hutan dalam serba kekurangan pun I boleh....I dah dilatih as a king scout! Masak nasik dalam tanah...dalam batang buluh, inikan pulak dalam periuk letrik!


Lauk pauk ni rasanya ....memang macam lauk camping pengakap hehehe...tapi aku bertambah 2 pinggan!!! maklumlah dah lembik kene kerjakan dek Richard Gere kat opis, sesekali balik rumah matahari dah tenggelam, kanda buat surprise lagilah melimpah ruah kasih sayang aku.......


I memang pentingkan punctuality! Disiplin.....sebab I ni king scout.....
Mana checklist you? Apsal you selalu lupa....I cannot accept benda penting pun you lupa, I cannot accept lupa lupa ni tau tak........


You tau tak kenapa I boleh berjaya, sebab I ni dah dilatih sejak kecik lagi...I ni pengakap....pengakap yang tertinggi dalam hierarki pengakap tau tak.........you ingat senang ke nak capai level king scout!

dan banyak lagilah.................


Ngeh...ngeh...ngeh...aku dialog-dialong cengini memang dah hafal...khatam seluruh juzuk. Itu baru hal kepengakapan, belum lagi dia dok dialog dengan aku dia state runner....lah, state football player....lah....head boy of the school...lah, belum lagi masuk hal pekerjaan dia....last-last sekali aku akan kata oklah, oklah...apa-apa pun I love youlah! tak koser.....(ayat pemati kata)

Tapi dalam satu perkara dia akan mengalah dengan aku....I ni budak B+ jerrr, you budak A+, you memang budak pandai (itu jela pun yang dia mengalah).....I tak pandai tapi.....(ni yang aku tak tahan) budak pandai macam you cannot be a leader, pasal you ulat buku. I tak jadi best student kat sekolah, tapi I head boy, I runner and football player...I king scout. Budak pandai mana ada time sebab sibuk baca buku jer....anyway, walaupun I bukan scorer....but I'm the most popular, ramai peminat.... (cissssssssss.....) Cuba you kaji balik berapa ramai top leader yang best student or scorer???? Sebab tu budak B+ yang banyak jadi leader, budak pandai macam you all cuma boleh jadi follower, to served budak B+ macam I dalam organisasi...??? ngeh...ngeh...ngeh.....hampeh.....

Sebenarnya aku dengar pasal benda ni (king scout) bertahun-tahun dah....dialog sepanjang zaman kanda kesayangan aku. Surprise masak untuk aku pun, lauk ala pengakap.....rase....hm...memang sebijik lauk camping....tapi kan yang aku sayang tu bukanlah pasal lauk tu, but keikhlasan.....tu pasal aku cinta dia. Pasal dia selalu puji diri sendiri that he is a king scout.....actually walaupun tak larat dengar dah...... tapi aku bangga, why he can be so independent, so responsible, so punctual so kind and so helpful. I believed that values come from kepengakapan itu, and that has helped him a lot in his career development, up to this level. Belum lagi all the dugaan dan ujian yang didatangkan secara pakej silih berganti, sehinggalah Allah temukan kami. As I always said, he is a gift from Allah, and he replied the same about me. Inilah tentang cinta aku.....tak caya tengoklah






Benar, aku yang kali pertama melihat sijil ini akhirnya memahami inilah sebabnya kanda sangat appreciate dan menghayati kepengakapannya. Walaupun ini hanya pencapaian dunia tapi, still aku bangga dengan kanda...tetibe jer aku menyanyi-nyanyi lagu ni...


"taat pada perintah tuhan, raja dan negara...membantu tiap masa, patuh undang-undangnya...kami ahli pengakap muda...buat sehabis baik!!!" (ini lagu pengakap yang aku belajar masa masuk pengakap form 1 kat sekolah dulu)

Aku sayang kanda, he is a great gift....thanks Allah!

Monday, March 22, 2010

Kahwin Lagi

Semalam aku dapat cerita sahabat aku seorang ini sudah kahwin satu lagi (berpoligamilah!). Tapi berita itu taklah mengejutkan aku, nak kesian kat bini dia pun tak jugak, nak marah kat sahabat aku sorang nih pasal tambah bini pun tak jugak....I just can say, itulah takdir dia......jodoh dia. Dalam hati aku rasa dia memang patut kahwin lagi pasal aku kesian! Tapi harap2 dia adillah....kalau tak nanti sia-sia je beramal soleh, tak adil dalam berpoligami, tak selesai urusan dunia, tak lepas pintu syurga! Jam 7.00 petang masa otw balik kerja akupun telefon la sorang lagi sahabat aku, mentioning the story...bukan nak ngumpat ok, just to tell the latest perkembangan of our another friend....hehehe. Tau ape kawan aku kate? Hari ni semua cerita yang dia dengar is about orang kawen satu lagi hik hik hik.....Anak sultan tu kawen satu lagi, orang besar polis tu kawen satu lagi...hahaha...tak pelah jodoh deme dapat kawen lagi...Aku kata kat kawan aku, now the story of kawen satu lagi should be accepted as part of our life becos.....satu hari nanti kita mungkin akan terjerumus, ada sapa boleh deny or predict about their future??? La la la la.....So kawan aku ni pun reply....aku ni mungkin la kot, macam hang laki hang takkan nak cari lain dah dapat bini muda macam hang....lagi pun....dot...dot...dot....hahaha....maleh nak cerita sebab panjang sangat syarahan dia (lawyer kalau bercakap kat luar court lagi dashat...segala istilah dan perumpamaan keluar oooo... Tapi aku suka dengan rumusan terakhir sahabat aku ni.....Cewah....ni aku quote pakai ayat akulah okeh.
"Kadang-kadang Allah hantar ujian kat kita, kerana Dia kasihankan kita. Cuba muhasabah diri, dalam keadaan senang lenang dan berseronok serta bergembira berapa panjang doa kita lepas solat? Berapa muka surat kita mengaji? Ada dak kita bangun tahajut tiap-tiap malam? Ingat balik masa-masa kita susah...sedih....kecewa....Panjang tak doa kita? Rajin tak kita mengaji? Rajin tak bangun tahajut tengah malam? Cuba renung balik diri saudara-saudari, tuan-tuan, puan-puan, dato'-dato', datin-datin (ikut protokol yang ada gelaran kena sebut dulu ok, tapi ni bukan draf ucapan menteri atau ceo aku, jadi suka hati aku nak address sapa dulu). Betul tak kita time susah ibadah lebih???? (ni tuju soalan kat diri aku sebenarnya) Jadi Allah kesian kat kita, amalan kita kurang, buat yang wajib-wajib sahaja, yang sunat jauh benar, duniawi jugak yang dikejar. Sibuk nak jaga hati laki, hati bos, hati kawan...sibuk nak gembirakan diri sendiri dan mencapai tahap kejayaan duniawi, hingga kita yang mengaku beriman ini (masuk lif tekan sendiri) tapi sebenarnya sangat kurang mendampingiNya, amalan kita sangat kurang jadi Allah hantarlah ujian yang sepadan dengan kemampuan kita.....pasal dia tau kalau nak bagi kita pahala lebih kena hantar ujian, supaya kita pun beramal lebih lepastu....."
Lagi pun sayang....hidupkan macam roda (ini aku tambah). Rasanya macam aku nikan dah merasa putaran roda di bawah...di atas dan di bawah....sekarang di atas...ni tengah dok stanby apa plak nak jadi lepas ni....Masa kat bawah tu tok sah ceritalah betapa hidup aku puas dilanyak penyek menyek....bukan sekali beb berkali-kali, tapi kan dunia ni segalanya dijadikan ada pasangannya, ada lelaki ada perempuan, ada sayang ada benci, ada bahagia ada derita, ada senang ada susah, ada baik ada buruk.....so??? That is life, hadapilah segala ujian kesusahan itu dengan tabah.......tapi harus diingat ujian senang itu lebih dashat sebenarnya, tak percaya tanyalah aku!!! Tanya orang lain pun boleh jugak kalau ada yang kalian kenal....kalau tidak idaknyer anak-anak sultan kome tu kawen lagi satu, permaisurinya cantik bagai bidadari......dan pak polisi itu kawen satu lagi.....pangkatnya sudah besar kok.....dan aku...haishhhh....jauhkanlah ujian-ujian yang bisa menggugat keimananku......dalam apa juga, ujian senang lagi susah.....

Friday, March 19, 2010

Peristiwa yang berulang

Mungkin aku terlalu banyak berfikir dan kuat bekerja kebelakangan ini. Malamnya saat mata lelap minda aku masih bekerja. Apa tidaknya aku bermimpi mengharungi sehari di waktu siang pada waktu tidur aku. Peristiwa berulang...pagi2 pergi kerja...morning prayer...bersalam-salaman dan berkejar ke sana sini menyiapkan assignment....jaga2 jer dah pagi...dan seluruh badan aku rasa sengal, mata rasa pedih tak boleh buka........ Hidung aku sumbat tak boleh bernafas, badan rasa nak demam....dan akhirnya aku putuskan nak cuti dan pi klinik lorr....tetiba jer teringat janji dengan event manager jam 11.00 pagi, terpaksalah datang gak opis jam 11.00 pagi tadi, selesai bincang....buka blog! hehehe....aku kena balik dan makan ubat then tido....barulah kedemaman aku ni boleh beransur pulih dengan cepat.............
p/s : Teringin nak nonton Seri Mersing kat IB. Ada sesapa dah pegi tengok???

Tuesday, March 16, 2010

Rindu hobby.....

Hobby aku ada banyak....masak bera-ia....baca novel.....tengok CD cite korea sampai subuh....dan jugak pegi swimming.....tapi satu pun hobby ni tak dapat aku buat.....Aku rindu sangat dengan hobbies aku nie.....hua...hua...Malam ni pun plan nak pegi swimming, tapi tak pegi.....dah berbulan aku tak pi swimming...badan aku pun dah rasa berat semacam. Macam gini je ke hidup aku sampai pencen???? kerja...kerja dan kerja....Aku betul-betul need some space for my hobbies.....gagalkah aku mengurus masa dengan baik??? Apa pun family come first, kalau family terabai...tak de makne nyer hobby2 ni semua btui dak???

Saturday, March 13, 2010

Bekerja di hari minggu

Sekarang ni aku berada di Genting Highlands, menyelaras kursus wajib ALK. Inilah kali pertama aku dapat satu pakej untuk semua ALK di bawah seliaan aku. Peserta-pesertanya? Hm....tahu2 sahajalah. Team Malay College Old Boys pun sudah hantar satu dozen board mereka. YB. Senator pun ada....juga a few medical doctors and permanent head damage doctors! Semuanya lebih kurang 80 orang. Disebabkan peserta aku dah terlebih bajet...asalnya plan nak buat untuk 50 orang jer, akhirnya kena buat dua kelas. Maka jadilah kursus ini ada kelas A dan B, macam sekolah plak. Setiap kelas ada dua pensyarah. Sewaktu aku menyerahkan senarai nama pada pensyarah kami.....mereka kata a little bit ketaq lutut......yang kelakar tu ada la satu Tan Sri, dia ni pernah present his own paper on corporative good governance dalam satu seminar organized by kite2 jugaklah.....Jadi hari ni Tan Sri datang as peserta, dah diorang tolak menolak nak letak Tan Sri dalam kelas A atau B, pasal tak nak mengajar orang yang pernah mengajar mereka..on the same topic! Hehehehe, kelakar tak? Anyway aku sangat appreciate semua board yang datang. Yela kalau tak dinamakan kursus wajib takut tak datang la gamaknya........apa pun harapan aku lepas kursus ni lebih mudahlah segala urusan dan akan maju dan berjayalah organisasi yang mereka terajui....pasai depa dah faham.....amin......

Sunday, March 7, 2010

DEMI CINTA

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.....
Sewaktu aku menulis entry ini aku ada di pejabat. Bukan nak beritahu betapa rajinnya aku hari Ahad pun datang ke pejabat, tapi aku terasa betapa tak efisyennya aku kerana tak berupaya siapkan kerja during office hour....Aku sudah cuba, but still I cant manage to finish everyhing on Friday. As usual, samada bawa balik rumah atau datang pejabat on weekend. Depend on kanda juga...if dia ada rumah sehari suntuk, tak tergamak pulak aku tinggalkan dia, but if kanda pun ada event...maka dapatlah aku pergi pejabat, di sini lebih tenang. Emosi aku, macam biasalah bila bulan seperdua mengambang tukan.....Tapi dah ok dah nih...awal minggu ni je aku rasa macam nak menjerit, yelah dengan dua tangan ni mana satu aku nak capai....tapi teringat kata kanda, choose the priority.....and remember, how to eat an elephant? Bite by bite right? Cehhhh...pujuk la diri sendiri Kak Long....hati teringat nak pergi bercuti....tapi apakan daya sampai akhir Jun aku sibuk....Jadual dah penuh dengan aturcara kerja yang sampai mati pun tak habis rasanya. Apa pun aku masih sempat mencelah-celahkan masa aku dengan bermanja-manja di spa...tu jela yang aku boleh buat pun....kira ok la tu berbanding orang yang tak mampu nak pi spa....betul tak? Syukur Alhamdulillah. Oklah.....elok aku teruskan niat aku sebenar datang pejabat hari ni, nak siapkan kerja kan? Jumpa lagi........

Tuesday, February 16, 2010

Mencari cinta

Recently I feel like I've lost something. Semangat? Motivasi? Kekuatan? Rasa hilang sesuatu tapi tak tau apa bendanya....for sure aku rasa dimotivated. Aku tiba-tiba jadi slow and malas nak rajin-rajin dan terkejar-kerjar sampai semput cam dulu-dulu. What happen to me? I missed myself. Really. Barangkali beginilah yang berlaku pada segelintir super senior aku, yang di awal perkhidmatan mereka, superb brilliant....tapi akhirnya.....tak payah la aku sebutkan....tapi aku percaya ada sebab kenapa mereka jadi begitu....AKU TAK NAK JADI MACAM TU. BIARPUN SISTEM YANG ADA TIDAK MENYOKONG AKU. AKU TETAP MAHU JADI KAK LONG YANG SELALU MENGINGATKAN DIRINYA TO DO THE BEST EVERY DAY, SO THAT IF TOMORROW IS NOT FOR ME, I'LL NOT REGRET! Mencari cinta yang makin kelam...untuk aku gilap agar gemerlap semula. Aku cuma mahu buat yang terbaik kerana Allah tahu, itu sahaja. Dan aku tak kesah kalau orang lain tak tahu, tapi kerana aku manusia ada masa aku juga bisa kecewa. Hai...ni memang confirm nak kena pi refresh ESQ nih....cik Tiny jom kita!!!

Monday, February 8, 2010

Rakyat didahulukan....

Yalah....itu kempen politik, tapi yang sedihnya sudah puas memberikan servis terbaik dengan sistem yang masih belum sempurna.....masih ada aduan bertulis kepada pihak atasan....kali ni sapa pulak???? PM beb......Aku dah tau last week. Tapi aku tak peduli sebab bagi aku nak takut apa kalau kita di pihak yang betul dan dah pun memberikan yang terbaik semampu aku. Pagi ni bos aku meletuplah sikit bila salinan surat tu sampai kat meja dia. Sistem ini bukan aku yang create. Adakah aku terpaksa bergaduh dengan pihak atasan untuk satu sistem yang aku sendiri tak suka? Aku siapa? Dan sistem ini hanya pihak yang berhadapan dengan pelanggan yang tahu cacat celanya.....Tapi as what our CEO said, I dont want to know the problem, I want the result only.....lets the manager managed. Wahahaha.....dan bila surat complaint sampai ke pejabat PM, aku juga nak kena menyediakan surat jawapan berkronologi.......kesian bos aku.....tapi lagi kesian kat aku kan kan kan.....Oklah kerja ni memang dah start buat aku jatuh sakit.....Hari ni lepas kena pong pang pasal isu surat aduan tu....still aku gagahkan diri bagi runding cara sejam lebih! Lepas tu terkejar ke Sri Hartamas kerana ada satu temujanji lagi di sana....balik je opis, parking penuh! Dapatla aku landing kejap 30 minit tunggu kot-kot ada kereta keluar, sampai minit ke 45 aku dah fed up. Badan dah seram sejuk demam nih....last-last aku tepon staf aku kata aku terus balik! Tak dak parking! Aku minta dia turun hantar satu dokumen supaya sementelah aku nak balik awal nih bolehlah drop by (sempat gak tu cisss!) kat opis satu client aku sebab nak suruh dia sain jer.....dokumen yang dah kami buatkan pembetulannya, print semula dan tolong binding lagi tiga copy. Which is servis ni tak masuk dalam SKT aku!!!! Tapi kerana rakyat nak didahulukan, sakit pening diketepikan...amin.....Yang best tu dalam masa nak keluar, dah sampai exit gate...tetiba kat kiri aku ada satu parking kosong. Maka tetiba semangat kerja aku menaik semula dan terus aku kona maut masuk parking. 5 minit jer aku dah ada kat tingkat 9. Staf aku dah stand by nak turun hantar dokumen kat aku pun terkejut. Apa aku kata...???? hahaha.....tak pa lah nanti jam 4.30 saya pergi. Dalam sejam dapat gak buat satu dua benda.....surat kepada Minister bos tak sain lagikan? Mungkin ada correction kot....ciss...cisss...ciss. Kau demam la tolonglah......As target kerja siap, dah fax pun kat pejabat Minister....sempat bincang dengan bos aku camana nak buat surat jawapan berkronologi pasal aduan ke pejabat PM! 4.30 aku pun cabut....sampai kat opis client aku 5.00 petang....dan selamatlah menyerahkan dokumen untuk disain mereka rakyatku yang manja itu....Aku kan mak angkat dorang...itulah yang aku selalu kata....from the womb to the tomb....aku jaga...tatang...dorang. Dan malam ni.....kat klinik, aku kena marah dengan doktor....apsal awak tak nak MC? Awak nak demam sehari ke sebulan???? Tapi esok aku kena kerja kat Ministry seharian, hari bertemu pelanggan, malam-malam ni nak mintak sapa ganti??? Mana nak cari ganti???? Kesian....teruk sangat ke kerja dengan kerajaan??? Sapa nak percaya, orang gomen kan lembab, pemalas.....tulah komen public. Tapi percayalah masih ramai lagi yang menduhukan rakyat macam aku! Bukan nak bangga diri tapi aku memang sedih dengan pakcik tua yang mengaku dirinya Dr (phd ka dr homopaty ka) yang bukan main baik jumpa aku, tapi dia jugak yang tulis surat kat PM! Dan dia tak cerita pun dokumen dia tiga kali kena pulangkan pasal kena buat pembetulan! Dan dia ambik masa berbulan untuk buat correction dia tak cerita tak PM pun, Abis kalau dah tiga empat kali ding dong pulang antar....memang la lambat proses final! Alhamdulillah.....adak gak kerja kan??? Aku dibayar untuk ini rupanya....untuk melayan rakyat dan bermain dengan emosi.....Ingat senang kerja gomen????

Wednesday, February 3, 2010

Penatnya minggu ni............kesian kanda asyik makan nasi bungkus

Friday, January 29, 2010

Semalam buat pertama kali aku hadir satu mesyuarat non-stop dari jam 10.30 pagi hingga jam 5 petang. Tiada break dan sewaktu makan tengahari, ada pekerja yang meletakkan sekotak KFC di hadapan kami dan makanlah sambil bermesyuarat. Yang aku pelik sampai jam 2.30 masih tak ada tanda-tanda nak berhenti. Hai....diorang ni tak sembahyang ke? Bos aku pun nampaknya gelisah. Maklumlah kami berdua pertama kali hadir ke mesyuarat board client ini yang sebenarnya dalam proses pemulihan. Jadi semuanya kena di pantau, termasuk mesyuarat board setiap bulan, serta keputusan-keputusan yang mereka ambil dalam mesyuarat tersebut. Ini arahan HQ. Sapalah percaya organisasi sebesar ini, yang asetnya puluhan juta dengan anggota lebih 80,000 orang boleh jadi hampir2 insolven. Kami hampir-hampir mengambil alih dan membubarkan board yang dilantik, tapi...sebab menjaga integriti dan nama baik organisasi tersebut yang diterajui "orang-orang besar" serta rayuan "kepala paling besar" yang menaungi organisasi tersebut sehingga merendah diri berjumpa dengan CEO kami maka.........tiada pengambilalihan berlaku sebaliknya satu Jawatankuasa Pemulihan telah dibentuk. Salah satu tugas ialah memantau board meeting. Hati aku tertanya-tanya beginikah setiap bulan mesyuarat? Ke saja nak psiko aku dan bos aku? Supaya kami tak datang dah? Dek kerana kelam kabut berlari-lari nak keluar sebentar kerana hendak bersolat, aku jatuh tangga. Sakit habis satu badan. Sebaik aku sampai di bilik mesyuarat, bos aku pula keluar untuk bersolat, dan mesyuarat berjalan berterusan.......tanpa henti. kata bos aku, kita datang lainlah dialog diorang. Kata aku pulak, agaknya kalau kita takde dalam tu, kita jadi bahan kutukan tak? Bos aku senyum jelah....Sapa suka kalau ada pihak luar datang memerhatikan mesyuarat yang sebegitu P&C? hehehe...nasiblah...aku jalankan tugas dan diorang dah lama kaya dengan kedudukan mereka, sampai rugi pelaburan ratusan juta, duit siapa tu? Bukanlah duit diorang.....duit members. Itu yang kami nak jaga, bukan kebulur sangat nak attend meeting diorang. Aku pun tak hinginlah nak attend meeting yang tak peduli waktu solat nih.....badan aku pun masih sakit-sakit akibat jatuh tangga. Nasib tak de patah atau terseliuh.....syukurlah.

Monday, January 25, 2010

Rasa kosong

Rasa kosong, tak dak idea. Hidup aku penuh dengan komitmen kebelakangan ni sampai nak taruk entry pun tak tau nak cerita apa. Banyak sangat nak cerita akhirnya tak tau nak taruk apa. Hm....hari ni aku masuk kerja semula selepas outstation sejak 7 Januari lepas. Dari training kat Cameron Highland, then sambung ke Melaka kemudian minggu lepas di Shah Alam. Rasa bengkak urat saraf aku nak menginput segala maklumat. Anyway masuk pejabat hari ni rasa tenang semacam walaupun banyak kerja menanti. Seakan pergi training ni macam bercuti free plak. Cuti berfikir dan menghadap segala masalah kat tempat kerja yang tentunya menanti untuk aku selesaikan satu-satu. Oklah, aku nak layan drama kegemaran aku kat mysoju.com. Esok ada tugasan penting di luar. Tadi jam 6.15 petang my director sudah telefon minta aku wakilkan dia ke sana sebab CEO kami turun. Jadi aku nak chow dulu and............


PEACE!!!!



Thursday, January 21, 2010

Mr Jan Gan Risau

Esok hari terakhir training. Dah 2 minggu menghadiri 3 training berturut-turut, rindu plak kat opis. Walaupun asalnya separuh hati je aku pergi training ni (sebab aku tau dah jadi lead auditor, bermakna kerja tambahan dgn gaji yg sama) tapi akhir nya aku sedar, semua ni takdir. Ini adalah rezeki. Ini adalah ilmu. Bukan murah fee yg dibayar oleh hr department. Dan paling penting, aku yang terpilih. Kata bos aku ini utk kebaikan dan masa depan kerjaya aku. Memanglah blur sikit, tapi ia ilmu baru yg dtg bergolek. Tapi yg aku tak boleh lupa dan akan ingat sampai bila2 ialah Mr Scott Fraser @ Mr Jan Gan Risau. Hehehe.....

Tuesday, January 5, 2010

Lima hari

Sudah lima hari tahun 2010. Sejak 1 Januari aku memenuhi setiap hari yang aku lalui dengan perkara-perkara yang bermakna. Lima hari bercuti, mengikut kanda menjenguk emak mertua di kampung, kemudian ke PD berehat-rehat seketika dan kembali ke KL semalam. Sepanjang di kampung dan saat jauh dari rumah kami, fikiran aku benar-benar kosong dan direhatkan dari berfikir tentang kerja mahupun sebarang komitmen. We really enjoy.......but sesampai di KL, sebaik masuk ke rumah dan malam tadi tatkala mahu melelap mata fikiran aku mula menerawang kepada segala hal. Sukar hendak tidur. Sebetulnya hati aku sedang sarat dengan pelbagai perasaan yang aku tinggalkan di sini seketika. Perasaan yang tak dapat aku buang atau kikiskan, tapi hanya dapat aku tinggalkan semasa jauh dari sini. Wah....complicated betul. Why should I put myself in this complicated situation? Kan hidup ni mudah je.......Alhamdulillah, terapi aku di rumah, mengemas sampai penat.....lepas tu carilah bahan bacaan yang boleh membangkitkan perasaan....Senang jer nak baja hati ini. Selain istighfar dan ingat tuhan, the rest baca la apa-apa yang patut. Akhbar Utusan semalam (pasal semalam tak baca paper) dalam sisipan Mega muka surat 6, hati aku tersentuh tatkala membaca pengorbanan seorang isteri, ibu dan juga nenek yang menghabiskan usianya sehingga ketika ni 68 tahun, menjaga dan menanggung 18 ahli keluarganya yang tinggal serumah dalam sebuah flat sempit di ibu kota, sebahagian ahli keluarganya tidak berupaya disebabkan sakit jantung berlubang, sakit saraf dan sawan. Pasa usia 68 tahu nenek ini masih bekerja di sebuah kilang bagi menyara keluarga besar ini. Jadi jika kita merasakan bahawa ketika ini kita sedang diuji dengan beban kerja, rumah tangga atau kewangan atau perasaan yang entah apa-apa ni.....bayangkanlah nasib sekeluarga yang diuji Allah dengan kelahiran anak-anak kurang upaya, hidup serba kekurangan dan tempat tinggal yang tidak sempurna seperti orang lain..............menitis air mata aku membaca artikel ini, dan aku rasa bersukur sangat-sangat..............aku ada CINTA, ada KERJAYA dan hampir segala yang aku impikan........yang tak de cuma sedikit kekuatan mengatasi beberapa kelemahan diri yang menjadi azam aku tahun 2010 ini. KakLong mahu lebih "tak kesah". Bak kata Kak Tiny...ada aku kesah!!!! ESQ! Buat yang terbaik setiap hari........