Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Yang Aku Cintai

Kanda...



Setiap kali menatap wajahnya kasih sayangku melimpah ruah. Terasa ingin aku berikan seluruh hidupku ini terhadapnya. Pun aku kadangkala diburu serba salah dan rasa ragu bisikan syaitan. Benar-benarkah aku ikhlas menyintai dan menyayanginya. Tulinkah perasaanku ini? Mampukah aku berbakti kepadanya sehingga ke akhir usia kanda, atau sehingga ke akhir hayatku sendiri???


Siapalah sangka sudah lebih 7 tahun kami bersama. Tapi sehingga ke hari ini aku masih merasakan seolah kami masih baru bercinta. Kami baru berjumpa. Rasa itu masih terasa sangat segar.


Bahagia benarkah kami? Apakah kami tidak pernah teruji? Tipulah kalau kami tak pernah diuji. Malah ujian besar juga telah acapkali kami tempuhi. Dan membina hubungan itu patut bemula dari 0 kemudian meningkat dan meningkat seumpama kita mendaki puncak gunung yang tinggi....semakin didaki, semakin tinggi. Dalam proses pendakian itu adakalahnya kita akan tergelincir, kita akan cedera, kita akan tersesat arah dan kita kepenatan seakan mahu berputus asa. Kita rasa seperti ingin berpatah balik juga ada!


Kanda, belajar menyintainya seperti suatu eksplorasi yang penuh kejutan dan mengujakan, adakala memenatkan. Aku sebenarnya bukan semakin mengenali dirinya semata, tapi aku lebih-lebih lagi telah dapat mengenali diriku sendiri! Aku lebih-lebih lagi menyintai tuhan!


Manusia berubah seiring dengan perjalanan masa. Hendak mengubah orang yang kita cinta bukanlah boleh dalam sekelip mata. Kadangkala aku jua tertanya banyak sungguh doaku yang telah Allah makbulkan, termasuklah doa melihat kanda berubah, menjadi hamba yang bertakwa dan menjadi murabbi kepada aku isteri yang dilindunginya. Tapi doa yang satu itu, kenapa tidak dimakbulkan sehingga kini? Aku redha dan berusaha melihat banyak hikmahnya...



Kanda, kini menyaksikan dirinya yang tidak pernah gagal walau seharipun bangun sepertiga malam sujud padaMu Ya Allah...sungguh betapa banyak kasih dan rahmatMu kepada kami Ya Allah...Aku akur, bahawa hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah...kerana Engkaulah yang lebih mengetahui segala sesuatu, termasuklah segala keperluanku melebihi daripada diriku sendiri.....


Ya Allah, lindungilah dan rahmatilah insan-insan yang aku cintai di dunia ini dan permudahkanlah kehidupan kami memacu hidup menuju ke syurgaMu yang abadi...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, August 16, 2011

CINTA RAMADAN INI

Ramadan ini CINTA kami semakin kukuh dan semakin berseri...segala-galanya menjadi begitu indah dan membahagiakan. Ibadah yang dilakukan bersama-sama sungguh menyeronokkan. Tidak bergaduhkah lagi kami? Oh silaplah kalau tak bergaduh bukan namanya Kak Long dan Bang Long. Tapi segala yang kami argue tak lebih sekadar berbalah atau tak sependapat tentang sesuatu isu. Ianya just on that event. Lepas tu kita boleh bercinta balik macam biasa. Takde kecil hati atau rajuk berpanjangan. Except for kanda yang memang ngada-ngada suka merajuk sebab nak aku pujuk!






Ya Allah, benarlah. Dengan menyintaimu, maka CINTA sesama manusia akan menjadi lebih bermakna. CINTA padamu Ya Allah membuatkan CINTA kami bermatlamatkan mencari redha semata-mata. Dan kami sungguh bahagia Ya Allah...






CINTA. Entahlah kalau orang bercakap tentang CINTA monyet, atau CINTA pandang pertama, atau CINTA sejati or what so ever. Semua tu pernah aku andaikan dulu.... Tapi kini bagi ku CINTA itu akan menjadi lebih mantap setelah teruji. Malah apa juga epilog duka serta musibah yang melanda semuanya berhikmah. Termasuklah jika kita melakukan kesilapan, ianya bertujuan supaya kita belajar serta lebih menghayati pemberian Allah s.w.t.






CINTA itu rahmat serta kasih Allah. Tapi cinta juga ujian. CINTA sepatutnya dapat membawa kita ke syurga. CINTA buat kita rasa ingin banyak memberi daripada menerima. CINTA buat kita rela melepaskan apa jua demi memberi bahagia.






dan CINTA, jangan sampai menyesatkan dan diperhambakan olehnya, jangan sampai buat kita rasa mahu memiliki semua, jangan sampai kita rasa CINTA itulah segala-galanya seperti tiada Allah bersama-sama kita. Jangan takut kehilangan cinta kerana CINTA Allah sentiasa ada...






CINTA boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Berdoalah agar CINTA kita dirahmati, kekal sampai ke syurga...Insyaallah.




CINTA RAMADAN INI ANUGERAH ILAHI YANG TAK TERPERI!

Saturday, August 6, 2011

Air tangan emak

Aku sangat ingat suatu masa emak saudaraku yang masih muda bertanya pada emak. Anak Kak Kiah pandai-pandai, Kak Kiah bagi makan apa? Jawab emak ikan kering...sambil berseloroh.




Entah kenapa hati aku hari ini rasa semacam, melankolik. Aku teringat juadah air tangan emak! Menulis ini pun air mata aku menitis...Ya Allah, rindunya aku pada emak!




Emak bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa. Emak seorang petani yang turun ke bendang membanting tulang empat kerat membantu ayah. Waktu kecil dulu, aku masih ingat kadangkala aku akan ikut emak ke bendang, emak bekerja, aku berkubang! Waktu kerja emak sama waktu pejabat. Jam 8 pagi emak sudah berselut dalam sawah. Jam 12 atau jam 1 tengahari baru emak balik untuk masak tengahari, nanti usai solat zuhur, sekitar jam 2 petang emak pergi lagi. Lewat jam 5 atau 6 petang barulah emak balik bersama-sama ayah. Bayangkan betapa penatnya emak berselut, berpanas dan berhujan di bendang demi mengerjakan tanah untuk mencari rezeki buat kami adik beradik. Waktu itu arwah atuk masih sihat, jadi atuklah yang menjaga aku dan adik-adikku. Dan bila atuk mula jatuh sakit sekitar aku berumur 13 tahun, tugas menjaga adik-adik dan mengurus rumahtangga beralih ke bahuku tatkala emak ke bendang. Akulah yang menjaga adik-adik, mengemas rumah, memasak dan membasuh kain-baju. Itupun cuma ketika musim cuti sekolah!




Walau penat ke bendang, emak tidak pernah gagal menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk kami sekeluarga walaupun menunya barangkali hanya ikan kering yang divariasikan dengan pelbagai resipi masakan seperti masak lemak, masak asam, sambal tumis dan juga gulai. Malah ikan kering bakar! Ikan kering yang dibuat dari ikan sepat, ikan puyu dan juga ikan haruan disimpan dengan banyak sekali untuk musim sawah kering. Waktu ini iaitu waktu musim menuai, sawah kering kontang dan pada masa inilah kami tak akan dapat makan "ikan darat". Jadinya stok yang disimpan berbulan-bulan itulah yang akan jadi menu harian kami. Hampir setiap hari! Hanya jika ada duit extra sedikit barulah ayah akan ke pekan Kurau membeli ikan termenung atau ikan gelama. Sesekali dapatlah merasa udang kertas atau sotong cumit. Ayam dan daging? Hari raya atau pergi kenduri rumah orang sahajalah baru kami merasa.




Aku terkadang malu dengan diriku sendiri. Emak bekerja dengan tulang empat kerat, berpanas berhujan tapi tak pernah gagal memasak dan mengurus rumah tangga serta mendidik kami adik-beradik dengan sempurna. Malahan kesemua kami lapan beradik belajar mengaji Al-Quran dengan emak, dan kerja sekolah juga disiapkan dengan bantuan emak. Kain baju yang berbakul, khasnya baju berdaki kanak-kanak lelaki lasak emak basuh dengan tangan...Pernah aku terjaga jam 1 pagi hendak buang air kecil, aku terserempak emak sedang bertinggung menghadap sebesen besar baju. Ya Allah, emakku... Kau kurniakanlah syurga untuknya. Kerana khidmatnya terhadap suami, anak-anak dan ibubapa dan mertuanya....




Emakku, beribu tiri. Tapi khidmat baktinya kepada ibu tiri sangat aku kagumi. Walau pun jarak usia mereka sekitar 10 tahun sahaja.... Emak yang menjaga ibu tirinya saat dalam berpantang. Malah mereka silih berganti menjaga di antara satu sama lain kerana bersalin bergilir berselang tahun. Adik-adik emak, yang dilahirkan ibu tirinya dijaga bagai menjaga anak sendiri. Aku sendiri bila sudah melangkah alam sekolah, seingat aku 12 tahun...barulah tahu insan yang kupanggil atuk itu adalah ibu tiri emak! Tak pernah aku tahu yang emak beribu tiri kerana layanannya terhadap ibu tirinya seperti ibu kandung sendiri! Dan sampai hari ini atuk itulah atukku dunia akhirat!




Emak, apakah ada wanita lain dalam hidupku yang lebih layak untuk aku banggakan???




Emak, aku rindu air tangan emak!

Tuesday, July 12, 2011

Sahabat

Rahmat Allah itu terlalu besar sampai aku tak terkata-kata betapa aku terlalu beruntung. Pada hari ini aku punya sahabat yang aku bisa berkongsi suka duka...Subhanallah, besar sungguh rahmat pertemuan. Meski kami pernah bertelingkah tetapi pertelingkahan itu menjadikan kami semakin akrab dan semakin memahami sesama sendiri. Hari ini kami bisa merencana kehidupan dengan berprasangka baik kepada Allah s.w.t. Kami yakin di setiap usaha kami , ada sesuatu yang telah Allah janjikan. Di samping ujian-ujian yang kami tempuhi dan bakal kami hadapi...kami percaya sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.




Sahabat, terima kasih kerana sudi mendengar, sudi ketawa dan sudi menangis bersamaku...Aku sayang padamu Lillahita'ala...

Friday, June 24, 2011

Mati

aku - hati yang hidup ialah hati yang sentiasa mengingati mati...



kanda - dia mula dah tazkirah dia.....



aku- sape lagi nak tazkirahkan abang......



kanda - betullah tu....


Huhuhu...maka setiap malam sessi pillow talk kami menjadi sangat harmoni, sambil aku membacakan apa-apa yang sedang aku baca, perlahan-lahan ke telinga kanda....matanya pejam, tapi bila aku tanya dengar tak...adalah suara menyahut...dengar...(tak tido lagilah tu)



Sebenarnya, aku pun hairan sebab kebelakangan ni aku banyak benar cakap pasal mati dan alam selepas mati...



Sampaikan aku kata tahun depan, aku tak nak renew tenancy agreement apartment , sebab aku nak renovate rumah tu dan duduk, even weekend pun tak pe. Boleh juga dijadikan rumah percutian atau rumah belajar aku dan ciktiny kelak. Ewah!!! Sebabnya, aku bukan jenis orang yang nak simpan duit banyak-banyak, dan tengok saja angka dalam buku bank aku sambil senyum bahagia. Oh tidak, itu bukan aku. Aku nak rasa duit hasil titik peluh aku. Lagi pun aku menyimpan impian itu sejak di zaman sekolah lagi. Aku hanya nak rasa...kalau aku hidup lagi la time tu...kalau aku dijemput dulu, aku tinggalkan rumah tu pada kanda atau sesapa saja, yang berhak sebab aku dah pun pergi jumpa tuhan (malas nak fikir apa jadi dengan harta aku)



kanda - you nikan! kan abang dah kata, abang yang pergi dulu!!!



aku - yalah, abang pergi dulu bukan maiza, sebab Allah sayang abang jadi maiza kena mati kemudian sebab nak jaga abang sampai abang matikan???



kanda - ye tahu pun...adik kena jaga abang, kalau adik pegi dulu, sape nak jaga abang..



Sebenarnya perbualan ini biasa bagi kami, soal antara kami sape pergi dulu. Walau pada hakikatnya, tak mungkin kita boleh memilih bila kita akan mati tapi sebab nak sedapkan hati kanda aku selalu mengalah diakhirnya...



Alamak, dah lewat, aku kena balik sebab kanda dah tunggu kat rumah. Assalamualaikum!

Wednesday, April 27, 2011

cucu wan

suatu ketika
wan - lepas makan jangan lupa letak pinggan dalam singki ye
cucu - ok
seketika kemudian
cucu- dah habis makan
wan -dah basuh tangan cuci mulut?
cucu
- dah
wan - letak pinggan kat singki tak?
cucu - letak
wan - bagus
cucu - bagus cucu wan...
wan - (terdiam)

suatu ketika yang lain
wan- kan wan dah kata jangan prong prang prong prang prong prang (nada marah)
cucu - wan sedap wan masak, pandai wan masak
wan - (terdiam)

hari ini
cucu - wan baca apa?
wan - baca quran....
cucu - ifan pun pandai baca....(terus membacakan surah fatihah yang bunyinya lebih kurang sampai habis....diikuti doa makan. Bagi budak empat setengah tahun aku kasi A la....
wan - pandai ifan baca ye....(sambil teruskan pembacaan)
cucu - (masa wan tengah mengaji) ok ikut cikgu baca ni....(kat tangan pegang hanger dan menunjuk pada cermin (konon papan putih la tu) alif ba ta, tha, jin ha.....(sebutan lebih kurang)
wan - hurm dia pon nak tunjuk skill jugak....

teringat kisah semalam, pada waktu yang sama lepas zohor, saat aku mengaji dia duduk di sebelah dan mengikut bait-bait bacaan aku walaupun yang terdengar bunyi dihujung ayat sahaja, dan akhirnya tertidur di lantai.......cian cucu wan....

cucu - (sambil pegang hanger) sape nak mamee? kamu nak? diam! (sambil pukul hanger kat iron table) sape diam cikgu bagi mamee.
-
alkisahnya.....patutlah hari ni balik je dari taska dalam beg dia ada mamee...........
cucu - sape buat dia???? oh dia buat.....nanti cikgu rotan dia (sekali lagi pukul hanger kat iron table).
- hahaha...patutla masa aku ambil tadi, dia mengadu ada kawan buat dia, menangis sampai meleleh hingus....

Sebenarnya kanak-kanak sangat mudah ingat, bayangkan dia boleh lakonkan balik dialog cikgu dia di sekolah, dan aku yakin kalau sebutan tak tepat pun tapi confirm itulah yang berlaku kat sekolah hari ni. Dia mengikut watak cikgunya dan berlakon sorang-sorang tanpa sedar wan sedang memerhati dalam senyap...

ifan yang comel yang cerdik yang nakal buah hati wan....kadang buat wan marah, kadang buat hati wan berbunga....

Friday, March 25, 2011

TETAMU ALLAH



Sudah lebih dua minggu kembali dari Tanah Suci, menyambut jemputan sebagai tetamu Allah. Sekembali ke sini aku demam beberapa hari, diikuti kanda pula. Deman reda beberapa hari kemudian demam lagi. Kanda juga hampir pengsan kerana dehidrate setelah seminggu kembali ke sini. Urusan kerja di pejabat, urusan di rumah lagi sementelah anakanda yang bakal bersalin April ini sudah tinggal di rumah kami sejak sebulan lalu. Jadi aku tak sempat melihat diri sendiri, sehinggalah semalam.....aku lari sebentar ke seberang jalan, menyinggahkan diri di Spa Ledang waktu lunch...dan tubuh badan aku serahkan...lega....


Malam ini sudah bertemujanji dengan ciktiny, special dinner (dah kecur air liur membayangkan) dan esok aku akan berkemas sakan sebelum outstation Ahadnya, memandu sendirian ke Kuala Kurau, dan kemudian ke Ipoh....Selasa baru balik ke KL.


Perjalanan sebagai tetamu Allah, tak dapat aku ceritakan bagaimana perasaan aku. Terharu, keliru, terpinga-pinga, malahan pelbagai perasaan bermain di minda. Tambahan ini adalah ziarah pertama kali. Pengurusan masa yang kurang mahir kerana tiada pengalaman juga menjadi sebab agaknya kami berdua jatuh sakit bila kembali ke sini. Di sana, kami seperti mendapat kekuatan luar biasa. Berulang alik hotel ke masjid setiap kali waktu solat, dengan cuaca terik tak dihiraukan. Malahan berjalan beberapa kilometer sehari kerana menunaikan umrah dua kali dalam satu hari, masih...kekuatan Allah berikan, yang aku yakin kalau di Malaysia aku takkan larat berjalan sejauh itu. Dan kanda, tentulah kerana dia aku beroleh stamina begini. Mengikut staminanya yang sebelum ini tak terikut oleh aku. Maha suci Allah, dikurniakan kami segala kekuatan dan kesihatan untuk beribadah....Syukur Ya Allah.


Aku tahu, perjalanan kali ini belum sempurna. Malah aku ingin ke sana lagi. Perasaan di benakku sering mengatakan bahawa tidak cukup apa yang telah aku lakukan untuk beroleh keampunan dan redhamu Ya Allah. Dan hari-hari yang kulalui di sini kini lebih bermakna kerana aku sedar Kau sebenarnya sentiasa ada di mana-mana, Kau Maha Mendengar. Tak kira samada aku berdoa di sini atau di Multazam, atau di Hijir Ismail atau di Jabal Rahmah....tak kira di mana, selangkah aku kepadamu, beribu langkah Kau berlari kepadaku. Dan aku tahu, Kau sentiasa memerhati aku, hambamu ini yang sangat kecil, lebih kecil dari debu. Aku mohon Ya Allah, agar semua ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan umatmu yang tidak mampu dan tidak dapat sampai ke Tanah Haram sebagai tetamumu Ya Allah, Kau ampuni dan redhai juga mereka, kau makbulkan doa mereka kerana Engkau Ya Allah, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Terima kasih Ya Allah di atas kuniamu menerima aku sebagai tetamu....

Saturday, January 1, 2011

Kita kawan


Kita dah jadi kawan ke? Haah...........Betul ni kita dah jadi kawan semula? Haah kita dah jadi kawan....Kawan? aku hulurkan tangan..........ye kawan...dan dia menyambut tanganku dan kami pun jalan berpimpinan.........CINTA MEMANG UNIK. ALLAH TELAH MENGANUGERAHKAN CINTA YANG TERBAIK DAN PALING SESUAI UNTUK KITA SEMUA.



Bersyukurlah dan hargailah CINTA




SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

Saturday, November 13, 2010

we can't pay for PURE LOVE







I can feel how deep is their love.

And I love them too....very much....Thanks Allah!

Friday, November 5, 2010

kanda oh kanda

Bulan ni adalah "auditing month" jadinya keraplah aku keluar meninggalkan rumah demi memenuhi tanggungjawab orang yang makan gaji....Minggu lepas aku kat Sabah...ada program pembangunan perniagaan....kira lawatan sambil belajarlah....penatnya ya Allah....maklum muka bumi Sabah yang macam gitu dan kami pulak asyik travel pagi sampai malam...tiga malam di sana, balik sehari ke rumah punggah baju, masuk baju Isnin lepas aku memandu pula ke Perak...nasib plak kena hantar balik hometown sendiri, pejabat kami di Wilayah Kerian!. Bermalam sehari kat Chalet Kuala Gula bersama team aku, sempat gak singgah jengah mak dan ayah selepas selesai kerja. Lepas tu bertolak ke Ipoh pulak untuk buat audit kat state office. Badan aku sakit2 tak kira...sebab keletihan travel di bumi Sabah pun tak abis lagi. Dua hari mengaudit di Ipoh aku terus balik KL, aku pulun buat exit meeting sebelum lunch. Pemanduan pergi balik lebih 700 km, memandu sorang pulak tu...mujur aku masih ada kekuatan. Sampai kat rumah....rumah aku "meriah". Mak mertua aku dah sampai...kanda baru ambik kat rumah adik ipar....anak cucu pun ada....dan kereta-kereta mainan pun penuh kat ruang tamu. Memang meriah! Aku terus naik kat atas, dalam bilik kanda tengah landing....demam! Dan irfan sedang menonton 613. Lepas je aku tukar baju aku pun join nak landing, tetiba Irfan nak aku mandikan dia......sendiri pegi ambik baju dan pampers dekat mama dia....peh tu dah mandi nak baring- baring plak kat sebelah aku, nak di peluk-peluk plak.......ish2...rindu jugak die dekat wan ye....maka jadila aku wan yang solehah dikepit kat tengah tengah katil oleh atuk dan cucu yang demam kedua-duanya nih.....Alhamdulillah....hilang rasa letih bila dapat balik bersama dengan keluarga. Mudah-mudahan kasih sayang ini kekal berpanjangan....Aku tahu hati kanak-kanak begitu mulus. Mereka tak pandai berpura-pura...kalau rindu tu memang rindula...kalau sayang pun memang sayangla....kan kan kan...nanti ada masa aku hapdet gambar-gambar....hari ni duti aku nak accompany hubby , mak mertua, anak dan cucu sekalian....tengah dok fikir nak masak apa ye tengahari ni....Ramai yang demam ni......lebih-lebih lagi kanda....panas betul badan dia sejak semalam....kanda oh kanda....demam rindu sebab asyik ditinggal-tinggalkan yea....kesian dia.....

Tuesday, August 31, 2010

Duri di hati umi

Ada duri di hati umi.......
Dan duri ini menusuk tajam....semuanya kerna umi cuba ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja, seperti tiada apa...
Sedangkan umi sudah berjanji, bahawa inilah dunia umi
Yang umi harus jaga dan tatangi

Benar...
Tanpa berbuat apa-apa umi boleh sahaja bahagia
Dan umi takkan beruntung atau rugi apa-apa
Tetapi perhubungan ini didatangkan dengan tanggungjawab
Bolehkah umi tidak ambil peduli
Bolehkah umi membiarkan sahaja ???

Duri dalam hati umi....
Sedikit sedikit memakan hati
Sakitnya buat umi tidak bahagia
Sekalipun bahagia itu seringkali melingkari hidup umi
Tetap umi tak dapat menikmatinya
Apalah makna bahagia umi
Jika dalam masa yang sama kalian tidak bahagia???

Ramadan ini...seperti ada satu kekuatan menyelinap perlahan dalam diri
Masanya akan tiba Allah memberi jalan dan melimpahi cahaya
Umi tak pernah henti-henti meminta
Doa umi sepanjang masa lewat solat
Untuk kebahagiaan dan kesenangan kalian
Doa umi agar kalian bahagia...bahagia yang sebenarnya
Semoga Allah s.w. t. memberi hidayahnya kepada kita semua

Thursday, August 5, 2010

Sekuntum Mawar Merah

Hari ini letih benar rasanya, jam 11. 30pagi tadi aku memandu seorang ke Bukit Tinggi Klang, Jalan melalui Federal Highway jam pulak. Jam 12.45 baru sampai kat sana. Ini kali pertama aku ke sana, betul-betul pergi dengan membaca signage semata-mata. Sesat jugak akhirnya. Parking tepi highway dan on lampu emergency , dekat susur ke Jusco Bukit tinggi, aku call klien aku minta jemput, 10 minit kemudian dorang sampai dan aku ikut sahajalah kereta dorang sampai kat depan bangunan pejabat. Selesai urusan kira-kira jam 3.00 petang, aku pun bergerak balik, tapi kali ni tak mahu lagi ikut Federal Highway sebaliknya aku cuba cari jalan untuk ke Kesas Highway. Hujanlah pulak....pandu perlahan....Ni hujan ni mesti kat Pusat bandar jam kejap lagi ni....dalam hati puas berkira nak balik pejabat atau balik terus ke rumah....kalau ke pejabat, mesti sampai dah pukul 4 ptg, dan kemudian jam 5 kena gerak balik....tu pun kalau nasib baik jalan tak jam, buatnya jalan jam silap2 sampai pejabat jam 5 petang....badan pun letih sangat, agaknya kalau sampai pejabat larat lagi ke nak buat kerja? Kerja luar macam ni kena ikut disiplin macam kerja pejabat jugak ke?....Dalam berkira-kira dan hujan makin lebat akhirnya aku terus balik rumah....Allah, letihnya driving.....Aku terlelap dan hanya jaga bila kanda balik...dan surprise!!!!


Sekuntum mawar merah, tanda cinta.....ntah mimpi apa la kanda ni selalunya mawar merah hanya untuk anniversary dan birthday sahaja. katanya saja-saja nak kasi becoz i love u! alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang menikmati kebahagian ini, meski pun ia tertunda....tapi aku sangat bahagia dan mudah-mudahan catatan ini akan membuat aku tersenyum bila membacanya di masa hadapan kelak. Kerana ini blog tentang cinta aku kan.....

Sunday, July 18, 2010

Happy Birthday Atuk !

Tahun ni kami celebrate birthday kanda secara sederhana saja, in advanve pulak tu. Aku fobia sebab takut lupa! hehehe....teringat kisah-kisah lalu....almaklum aku ni sometimes pelupa, apatah lagi bab-bab birthday ni......ini aku rakamkan memori hari ulang tahun kanda tahun ini...semoga ia akan jadi kenangan indah dan aku akan mampu senyum bahagia setiap kali membaca catatan ini kelak kerana ia adalah moment manis dalam hidup aku bersama insan-insan yang aku sayangi.

Tahun ini ulang tahun kanda diraikan serba sederhana. Paling penting aku tak lupa tarikh hari lahir kanda kan kan kan......Semalam aku dan kanda pergi cari hadiah....tahun ni birthday boy nak pilih hadiah sendiri, aku tukang bayar....hepi tu...tengokla gambar-gambar orang dapat pilih hadiah sendiri ni ha.....

















Wednesday, June 16, 2010

Gaduh-gaduh manja

Adatla kan......ada masa gaduh-gaduh manja. Tak gaduh pun tak syok, gaduh sakit hati! abes??? hm...nak gaduh boleh, nak majuk....tak koser nak pujuk.....ingat, tak boleh lebih setengah hari tau...hihihi.
Mode : In a very2 good mood........boleh gitu???

Friday, June 11, 2010

HEPI 16th ANNIVERSARY

Jam 8.15 malam, bila aku masuk aje ke dalam rumah, Ifran yang menyorok di belakang rak TV tiba -tiba menjerit hepi besday wan....ifan nak tiup kek. Eh besday sapa pulak hari ni (dalam kepala mula membayangkan sesuatu) Penat bertarung dengan traffic jam lebih sejam, maka aku pun segera naik ke bilik. Bila pintu bilik dibuka aje, semerbak haruman menerjah ke hidung ...ni perfume apa la yang kanda semburkan ni....wanginyer kata aku. Dan as I expected, taraaaaaaaaaaa!!!

Inilah surprise dari kanda dengan ucapan hepi 16th anniversary......


Sebelum apa-apa posing dulu....baju kerja pun tak sempat tukar........


kena rasmikan kek strawberry tu dulu........


dan sampaikan hajat ifan nak potong kek besday.......hahaha.......rupanya tadi atuk bawa dia pegi beli kek (memang tak boleh simpan rahsia punya budak), tentula dia ingat ini kek besday......



Alhamdulillah, sudah 6 tahun, tapi kata kanda kematangan hubungan kami seumpama sudah 16 tahun hidup bersama.......I love him so much, thanks sayang....

Friday, May 28, 2010

Nama saya Raje

Malam tadi kami menyambut besday bangah dan Nor, di Satay Station, Kg. Pandan. Tapi mintak maaflah tuan punya badan yang sambut besday tak de enterframe kat sini. Wakil kanak-kanak sahaja ok. Inilah terkini lima orang cucu-cucu wan yang comei lote. Dari kiri Irfan, hafiz, haris, kamelia dan hadif (belakang).

Si kamelia, sebelum ni memang semua orang panggil dia dengan nama tulah. Tapi masuk je darjah satu kawan-kawan kat sekolah semua panggil dia Raje. cewah dengan bangga intro nama saya Raje. cerita mamanya pada suatu hari bila balik dari sekolah dengan bangganya dia memberitahu mamanya. Mama, lagu Negaraku ada sebut nama kamelia......... kenapa lagu Negaraku ada sebut nama kamelia ek??? Huhuhu.....

Saturday, May 8, 2010

Mak

Mak, masa kami kecil....hidupnya susah.
Bangun subuh, sediakan sarapan....kami ke sekolah, dan dia ke bendang.
Tengahari kami balik, mak sudah siap hidangan tengahari.
Petang kami ke sekolah agama, mak ke bendang semula.
Malam, kami belajar selepas makan masakan malam yang mak masak.
Mak mencuci pakaian malam hari, cucian tangan, kadang sampai jam 1 pagi.
Bila mencecah usia 12 tahun, cuti sekolah, barulah aku mengambil peranan mak.
Tolong mak ke bendang, masak, kemas rumah, cuci baju dan jaga adik-adik.
Mak tak pernah ke mana, hanya pekan Kuala Kurau itulah dunianya.
Juga tak pernah merasai kemewahan.
Mak berkorban segalanya demi kami lapan beradik.
Alhamdulillah, kami semua berjaya, tapi tak terbalas rasanya segala budi mak.
Hanya kasih sayang dan ingatan yang dapat aku kirimkan untuk mak.

Selamat hari Ibu Mak.....I love You....

Wednesday, March 24, 2010

Tentang Cinta Aku

You tau tak I ni king scout......campak la kat mana pun I boleh hidup.

I tak sanggup nak sakiti binatang....pengakap kan sayang binatang. Sebab tu I tak berani sembelih ayam. Lagi pun kalau I yang sembelih, confirm I tak makan ayam tu.....

I nikan orang baik-baik, kan pengakap kena berbuat baik setiap masa dan menolong orang.

I tak heranlah....I boleh berdikari, I have been trained as a king scout

Apa you ingat I tak tau masak ke? I ni dah biasa tau masak...masak dalam hutan dalam serba kekurangan pun I boleh....I dah dilatih as a king scout! Masak nasik dalam tanah...dalam batang buluh, inikan pulak dalam periuk letrik!


Lauk pauk ni rasanya ....memang macam lauk camping pengakap hehehe...tapi aku bertambah 2 pinggan!!! maklumlah dah lembik kene kerjakan dek Richard Gere kat opis, sesekali balik rumah matahari dah tenggelam, kanda buat surprise lagilah melimpah ruah kasih sayang aku.......


I memang pentingkan punctuality! Disiplin.....sebab I ni king scout.....
Mana checklist you? Apsal you selalu lupa....I cannot accept benda penting pun you lupa, I cannot accept lupa lupa ni tau tak........


You tau tak kenapa I boleh berjaya, sebab I ni dah dilatih sejak kecik lagi...I ni pengakap....pengakap yang tertinggi dalam hierarki pengakap tau tak.........you ingat senang ke nak capai level king scout!

dan banyak lagilah.................


Ngeh...ngeh...ngeh...aku dialog-dialong cengini memang dah hafal...khatam seluruh juzuk. Itu baru hal kepengakapan, belum lagi dia dok dialog dengan aku dia state runner....lah, state football player....lah....head boy of the school...lah, belum lagi masuk hal pekerjaan dia....last-last sekali aku akan kata oklah, oklah...apa-apa pun I love youlah! tak koser.....(ayat pemati kata)

Tapi dalam satu perkara dia akan mengalah dengan aku....I ni budak B+ jerrr, you budak A+, you memang budak pandai (itu jela pun yang dia mengalah).....I tak pandai tapi.....(ni yang aku tak tahan) budak pandai macam you cannot be a leader, pasal you ulat buku. I tak jadi best student kat sekolah, tapi I head boy, I runner and football player...I king scout. Budak pandai mana ada time sebab sibuk baca buku jer....anyway, walaupun I bukan scorer....but I'm the most popular, ramai peminat.... (cissssssssss.....) Cuba you kaji balik berapa ramai top leader yang best student or scorer???? Sebab tu budak B+ yang banyak jadi leader, budak pandai macam you all cuma boleh jadi follower, to served budak B+ macam I dalam organisasi...??? ngeh...ngeh...ngeh.....hampeh.....

Sebenarnya aku dengar pasal benda ni (king scout) bertahun-tahun dah....dialog sepanjang zaman kanda kesayangan aku. Surprise masak untuk aku pun, lauk ala pengakap.....rase....hm...memang sebijik lauk camping....tapi kan yang aku sayang tu bukanlah pasal lauk tu, but keikhlasan.....tu pasal aku cinta dia. Pasal dia selalu puji diri sendiri that he is a king scout.....actually walaupun tak larat dengar dah...... tapi aku bangga, why he can be so independent, so responsible, so punctual so kind and so helpful. I believed that values come from kepengakapan itu, and that has helped him a lot in his career development, up to this level. Belum lagi all the dugaan dan ujian yang didatangkan secara pakej silih berganti, sehinggalah Allah temukan kami. As I always said, he is a gift from Allah, and he replied the same about me. Inilah tentang cinta aku.....tak caya tengoklah






Benar, aku yang kali pertama melihat sijil ini akhirnya memahami inilah sebabnya kanda sangat appreciate dan menghayati kepengakapannya. Walaupun ini hanya pencapaian dunia tapi, still aku bangga dengan kanda...tetibe jer aku menyanyi-nyanyi lagu ni...


"taat pada perintah tuhan, raja dan negara...membantu tiap masa, patuh undang-undangnya...kami ahli pengakap muda...buat sehabis baik!!!" (ini lagu pengakap yang aku belajar masa masuk pengakap form 1 kat sekolah dulu)

Aku sayang kanda, he is a great gift....thanks Allah!