Monday, October 3, 2011

Berdua

Bulan ini, Oktober, dengan rasminya bangah dan puan menantu akan pindah. Meskipun mereka sudah memindahkan barangan secara berperingkat sejak awal September lalu. Maka aku dan kanda dengan rasminya tinggal berdua. Sejak kahwin, kami tak pernah tinggal berduaan. Maklumlah aku kahwin dengan seorang bapa tunggal tiga anak. Dan selama tujuh tahun ini seorang demi seorang anak berkahwin dan berpindah. Boleh dikatakan anak yang baru berkahwin akan tinggal dengan kami dulu. Lepas dua tahun baru pindah....Jadi kesimpulannya kami tak pernah tinggal berduaan selama ini. Pun begitu hari minggu anak cucu masih bertandang...taklah sunyi sangat pun. Hari kerja rumah ni macam hotel. Balik rumah untuk dinner dan kemudian tidur...


Kanda sudahpun submit borang anak angkat. Oh bukan submit tapi borang tersebut diambil sendiri oleh Dato' SUPOL di pejabat kanda. Malah beliau berjanji kami akan diberi priority dan diberi peluang memilih sendiri anak angkat kami kelak. Kanda yang menyiapkan segala dokumen lampirannya, termasuk menaip surat iringan. Aku cuma sediakan dokumen aku jer...Bersungguh-sungguh benar kanda kali ini. Ya Allah, inikah saatnya??? Seperti lorong itu menjadi lurus dan terang untuk kami lalui....


Ya Allah, kau permudahkan segalanya bila tiba saatnya...aku bersyukur dan berserah kepadamu. Dan kanda, diapun turut teruja...kami bercakap mengenainya setiap hari sekarang...seperti satu topik wajib sebelum tidur...yang tak sengaja dibangkitkan. Kami mula fikirkan beberapa masalah yang harus kami hadapi bersama (bukan fikir yang seronok sahaja tau). Bila bersedia menerima komitmen baru maka dua-dua pihak mesti sedia berkorban. Contohnya kataku...garuan mungkin kurang sikit kot hahaha....


Insyaallah... mudah-mudahan menjadi kebaikan kepada kami bertiga!

Wednesday, September 28, 2011

Marah

Siapalah yang tak pernah marah. Siapalah yang tak pernah kena marah. Kedua-duanya membuat hati sakit dan menggugat ketenangan jiwa, mengganggu minda dan akhirnya sumpah seranah meletus dari dalam hati, dan kalau tak dikawal lidah akan menyatakannya. Kesannya? Astaghfirullah...



Inilah ujian yang paling banyak orang gagal mengatasinya. Mula dengan marah, kemudian sakit hati dan membawa pada dendam pula. Begitulah punca asal usulnya peperangan antara manusia.



Bagi aku, rasa yang aku tanggung sekarang adalah ujian nafsu amarah yang sedikit sahaja. Pun sukar untuk dilupuskan...Mood mandom dah tiga hari. Dan barangkali akan berlarut beberapa hari...entah. Puas aku bermuhasabah .......ini kejadian yang wajar barangkali..satu, supaya aku menjadi orang yang zero defect. Dua, jangan terlalu gembira dan bangga dengan kedudukan zon selesa dan tiga, jangan percaya dan terlalu menyanjung seseorang sehingga mengenepikan pandangan orang lain kerana mungkin Allah belum tunjukkan sisi hitamnya kepadaku. Dan tatkala aku melaluinya barulah aku sedar kenapa orang lain berpandangan begitu. kadangkala aku akui aku terlalu membela dirinya dan mungkin ada sedikit angkuh bila mempertahankan hujahku bahawa dia bukan seperti yang mereka katakan! Padan muka aku..



Terima kasih Ya Allah, pengajaran yang sangat berharga....menjadikan aku rasa rendah diri, menjadikan aku lebih berhati-hati dan yang penting selepas ini aku tidak akan mudah menyokong dan mempercayai setiap perbuatannya. Aku perlu kaji dulu bagaimana sikapnya terhadap orang lain....dan bukan menyokong dirinya dan turut menyalahkan orang lain.



Banyak yang aku belajar dari ujian ini. Banyak sungguh. Kalau kejadian ini tak berlaku pasti aku pun akan lagha dan gembira saja...Allah beri ujian, itu juga sebagai kifarah buatku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku...

Friday, September 23, 2011

Anak Angkat

Sudah acapkali kanda membicarakan soal ini kepadaku. Walaupun suatu masa dulu akulah yang memulakan bicara ini, tapi lantaran kesibukan urusan dunia dan juga hal anak dan cucu, maka aku sudah leka dengan kehidupan yang aku sangka "milik aku selamanya". Ya Allah sedangkan diri sendiri pun milik Allah, kita hanya hamba yang dituntut taat dan berserah kepadaNya. Inikan pula berangan-angan hendak menumpang bahagia orang lain dihari tua kelak...



Aku positif. Aku mahu bersama mereka dan di masa depan aku ingin menumpang bahagia mereka. Dan lama aku lupa soal itu. Malah malas membicarakannya meskipun emak sudah lama mendesak. Malah sibuk menanyakan anak orang lain untukku. Mak...mak...kasihan mak kerana kasihankan aku. Dan aku pula leka dengan keselesaan dunia hingga mengabaikan perkara ini. Salahkah aku?



Namun kebelakangan ini kanda mula membicarakan hasratnya supaya kami mengambil anak angkat. Ada banyak sebab sebenarnya kenapa dia tiba-tiba berubah fikiran. Kata kanda jangan mengharap pada yang tak pasti....Dan paling utama jangan harapkan anak-anaknya untuk bersama aku di hari tua kelak. Jangan mengharap pada mereka sama sekali. Berulang kali kanda menekankan perkara ini kepadaku. Kata kanda tugasku adalah memberi, maka berilah sebanyak mana kasih sayang yang aku mampu tapi jangan mengharap balasan dari mereka. Dan untuk diriku sendiri, kata kanda ambillah seorang anak angkat buat peneman dan tempat mencurah kasih sayang. Insyaallah....dialah temanku di hari tua kelak.



Meskipun tak berapa pasti dengan diriku sendiripun, tapi aku yakin keikhlasan kanda atas permintaannya ini. Dan aku yakin ada sebab kenapa tiba-tiba perkara ini menjadi suatu bicapa penting dan serius antara kami. Malah kanda secara serius menyediakan dokumen peribadinya, berjumpa doktor dan juga menghubungi seorang sahabatnya yang merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kanda memang seriuslah!



Ya, Allah...aku selalu memujuk hatiku sendiri bahawa masa hadapanku adalah milik Allah. Meskipun anak-anak dan cucu-cucu kanda kini masih sudi bersamaku tapi masa hadapan tak tahu lagi. Andai pada usia tua kelak aku bersendirian, aku pun tidak takut kerana Allah ada untuk menjaga aku. Dan aku berusaha bersangka baik sentiasa kerana itulah yang dituntut oleh Allah swt. Positif selalu!



Tapi kemudian aku berfikir semula betul ke pemikiran aku ini. Ke sekadar memujuk hati yang adakala grafnya pun tidak menentu? Bolehkah memujuk hati dan berserah pada Allah sahaja tanpa berusaha?



Usaha? Sudah kami usahakan sehinggalah pada satu tahap kami mendapat suatu keputusan yang membuat kami berhenti seketika. Mungkin sebab itulah juga kanda menyarankan kami mengambil anak angkat. Dan aku tidak sekali berputus asa. Aku masih mengharapkan keajaipan akan berlaku dan aku tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Jika Dia ingin beri, akan diberi bila sampai masanya akan "keajaipan itu". Jika tidak, mungkin sudah ditakdirkan bahawa kami bakal menimang anak angkat dan rezeki anak itu untuk membesar ditangan kami. Hanya Allah yang maha mengetahui...

Monday, September 19, 2011

Selembut hatimu

Satu proses yang bukan mudah, perlukan kesabaran dan ketabahan. Membujuk dan berdoa, tawakal kepada Allah. Dan kini hatiku diusik shahdu. Benarlah janjimu Ya Allah, pada mereka yang berusaha dan tak putus asa untuk meraih rahmat dan redhamu...


Hari ini, kami bangun sahur bersama. Pertama kali buat kanda!


Selembut hatimu, setulus kasihmu dan aku tahu dan yakin ia adalah kerana cintamu padaNYA...Allahuakbar!


Dan hari ini menyemak emel, ada perkhabaran gembira, apakah dapat kugapai cita-cita ini? Ya Allah permudahkanlah urusanku....

Monday, September 12, 2011

Reunion


Semalam kami berkumpul lagi setelah sekian lama tak berkumpul, sekadar telefon dan FB platform berhubung. Kali terakhir kami berkumpul 5 tahun dulu, waktu itu Sikin dalam pantang anak ke3, Siti masih berdua dan aku juga sama. Semalam, baby Sikin yang ketiga sudah 5 tahun, Siti kini bersendirian semula dan aku pula kekal berdua. Begitu pantas masa berlalu dan alangkah ruginya setiap masa yang terlepas itu jika tidak dimanfaatkan dengan perkara yang baik dan berfaedah. Esok, lusa dan tahun-tahun berikutnya entah bagaimana rupa kehidupan kami. Apa pun aku mendoakan yang terbaik untuk kami semua, semoga kami semua berbahagia tak kira bagaimana rupa kehidupan kami pada masa hadapan....owh! ada satu uban di dahi aku...alamak, apakah???

Friday, September 9, 2011

Kenapa aku berada di sini

Semasa sarapan pagi ini, kami bersembang tentang kenapa kita berada di sini. Dia menceritakan tentang ramai rakan-rakannya semasa di universiti hairan apabila dia memilih untuk berkhidmat dengan kerajaan. Knowing her as "who she is", memanglah dia patut berada dalam firma dan mungkin dah jadi salah seorang peguam yang hebat sealiran dengan Karpal Singh pada ketika ini. Katanya ada tanggapan diberi kepadanya dengan statement yang agak negatif ....."ohh you must be trying to avoid stress. Anyway...working with private sector is very stressful..." What kinda???


So, working with government is more relax? (Ye ke??)

Cepat aje aku menjawab, aku tak setuju...kerja sangat banyak kalau nak buat kerja...orang yang relax dan tak stress tu mungkin tak buat kerja! Kalau ada orang beri pandangan skeptikal tentang pegawai kerajaan yang malas dan lembab...aku pun tak salahkan orang tu kerana memang perangai sebilangan pegawai kerajaan ini telah memburukkan seluruh sistem...akibatnya orang awam melibat perkhidmatan jabatan kerajaan ini memang lembab dan pegawainya malas!


Kataku lagi...kalau ada orang mengata macam tu kat aku, aku tentu akan menjawab, you mungkin telah berurusan dengan orang yang salah, jadi you buat persepsi secara menyeluruh. Sedangkan jika you berurusan dengan pegawai yang cekap...you akan impressed!


So, she told me her answer to her friends that she has good intention...to do the changes on what "they feel unhappy about government agency's services". So that public will appreciate us...our services! That is my intention from the beginning....katenyer..


Me too, I want to change people's perception towards government services. I want to make them happy dealing with government agencies. But because I'm a "small" person and nobody will listen to my idea, so I've started the changes within my room, on my table! With the peoples I'm dealing with!


I know I cannot change the whole system, and change my organization! But I believed a good intention will give good return. May Allah bless me, and I'll get HIS redha...that's all I wanted. So, I'm happy...enough???


And yes, I've heard people commented on me before, they impressed and never thought that our agency has such good officers...and the proof is... they're still looking for me to get my advice even though I' not incharge that "territory" anymore.


Aku harap grammar aku betui kui kui kui...pasal kena komen dengan bos aku so I need an exercise.


You need to improve...for your own good...betul aku setuju...


Itulah sebab kenapa aku berada di sini...memperbaiki diri, memperbaiki kerja, memperbaiki sistem, memperbaiki organisasi! Boleh ke??? Insyaallah.


Semalam bos aku tanya, why do you choose to work here? belum sempat aku jawab, dia sendiri jawab...sudah takdirlah, kalau tidak kita pun takkan jumpa! hahaha...Setiap titik dalam kehidupan, ada pertemuan, dan setiap pertemuan ada "makna". Bukan saja-saja Allah nak create sesesuatu pertemuankan?


So satu lagi jawapan...aku berada di sini sebab kat sinilah kami kenal dan mesra! Masa depan tak tau berapa ramai lagi yang aku akan jumpa dan berapa banyak lagi hubungan akan terbina. Hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu...


"makna" - hubungan itu adalah satu pembelajaran dalam kehidupan. Mungkin in future orang tu akan tolong kita, akan mengajar kita, atau kita mengajar dia, menolong dia, what ever it is bersangka baiklah dengan setiap pertemuan....dan bersangka baiklah dengan Allah!


dan cerita ini mengingatkan aku tentang pandangan sahabat aku suatu masa dulu...Orang macam aku memang sudah dipilih untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walaupun aku boleh pergi lebih jauh jika bekhidmat dalam sektor korporat tapi kehadiran aku dalam sistem ini sudah ditentukan Allah s.w.t. dan pasti ada hikmahnya.

Thursday, September 8, 2011

Syawal

Syawal sudah 8 hari berlalu. Aku pula sudah mula sibuk dengan amanah harian yang tak pernah usai. Hari-hari kulalui dengan semangat untuk memberi yang terbaik kepada semua. Diri aku sendiri tak banyak perkembangan terbaru. Semakin relax (matang kata kanda) dan tentulah makin sayang kat aku kan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anugerah kasih sayang ini. Terima kasih atas segala anugerahmu. Terima kasih juga di atas segala ujianmu...yang pernuh berhikmah. Syukur Alhamdulillah....Moga akan ada Ramadan lagi untukku, dan ada Syawal lagi untukku kelak.....

Ramadan yang Indah,
Syawal yang meriah,
Syukur Ya Allah!!!

Tuesday, August 23, 2011

Yang Aku Cintai

Kanda...



Setiap kali menatap wajahnya kasih sayangku melimpah ruah. Terasa ingin aku berikan seluruh hidupku ini terhadapnya. Pun aku kadangkala diburu serba salah dan rasa ragu bisikan syaitan. Benar-benarkah aku ikhlas menyintai dan menyayanginya. Tulinkah perasaanku ini? Mampukah aku berbakti kepadanya sehingga ke akhir usia kanda, atau sehingga ke akhir hayatku sendiri???


Siapalah sangka sudah lebih 7 tahun kami bersama. Tapi sehingga ke hari ini aku masih merasakan seolah kami masih baru bercinta. Kami baru berjumpa. Rasa itu masih terasa sangat segar.


Bahagia benarkah kami? Apakah kami tidak pernah teruji? Tipulah kalau kami tak pernah diuji. Malah ujian besar juga telah acapkali kami tempuhi. Dan membina hubungan itu patut bemula dari 0 kemudian meningkat dan meningkat seumpama kita mendaki puncak gunung yang tinggi....semakin didaki, semakin tinggi. Dalam proses pendakian itu adakalahnya kita akan tergelincir, kita akan cedera, kita akan tersesat arah dan kita kepenatan seakan mahu berputus asa. Kita rasa seperti ingin berpatah balik juga ada!


Kanda, belajar menyintainya seperti suatu eksplorasi yang penuh kejutan dan mengujakan, adakala memenatkan. Aku sebenarnya bukan semakin mengenali dirinya semata, tapi aku lebih-lebih lagi telah dapat mengenali diriku sendiri! Aku lebih-lebih lagi menyintai tuhan!


Manusia berubah seiring dengan perjalanan masa. Hendak mengubah orang yang kita cinta bukanlah boleh dalam sekelip mata. Kadangkala aku jua tertanya banyak sungguh doaku yang telah Allah makbulkan, termasuklah doa melihat kanda berubah, menjadi hamba yang bertakwa dan menjadi murabbi kepada aku isteri yang dilindunginya. Tapi doa yang satu itu, kenapa tidak dimakbulkan sehingga kini? Aku redha dan berusaha melihat banyak hikmahnya...



Kanda, kini menyaksikan dirinya yang tidak pernah gagal walau seharipun bangun sepertiga malam sujud padaMu Ya Allah...sungguh betapa banyak kasih dan rahmatMu kepada kami Ya Allah...Aku akur, bahawa hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah...kerana Engkaulah yang lebih mengetahui segala sesuatu, termasuklah segala keperluanku melebihi daripada diriku sendiri.....


Ya Allah, lindungilah dan rahmatilah insan-insan yang aku cintai di dunia ini dan permudahkanlah kehidupan kami memacu hidup menuju ke syurgaMu yang abadi...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Monday, August 22, 2011

Menangislah

Sepuluh malam terakhir......seakan tidak cukup tempoh masa yang dikurniakan. Seakan tidak puas mengecap rahmatNya. Seakan sedikit sangat ibadahku bagi mencuci dosa dan memperolehi redhaNya.




Entah kenapa, malam tadi saat rakaat terakhir solat witir, hati aku diserbu perasaan pilu. Mengenang diri yang adakala berdukacita lantaran rasa tidak cukup. Malu sungguh rasanya. Aku, hamba yang lemah iman, yang sedikit amat ibadahnya sedang berusaha membina takwa, kadangkala goyah dengan godaan dunia, kadangkala memikir perkara yang tidak sepatutnya...




Dan air mataku bercucuran kerana sungguh aku takutkan tuhan. Aku takut dan aku malu untuk menghadapMu sedangkan hatiku pun belum mampu aku sucikan 100%. Ya Allah perkukuhkanlah kecintaanku terhadapmu setiap hari biar tak pernah padam, biar melimpah ruah dalam hatiku akan rasa cintaku terhadapMu...




Cintaku padaMu yang menjadikan aku tidak takut apa-apa lagi. Cintaku padaMu yang menjadikan aku insan yang berbahagia di dunia ini menuju ke alammu yang abadi....terimalah cintaku, terimalah aku!

Tuesday, August 16, 2011

CINTA RAMADAN INI

Ramadan ini CINTA kami semakin kukuh dan semakin berseri...segala-galanya menjadi begitu indah dan membahagiakan. Ibadah yang dilakukan bersama-sama sungguh menyeronokkan. Tidak bergaduhkah lagi kami? Oh silaplah kalau tak bergaduh bukan namanya Kak Long dan Bang Long. Tapi segala yang kami argue tak lebih sekadar berbalah atau tak sependapat tentang sesuatu isu. Ianya just on that event. Lepas tu kita boleh bercinta balik macam biasa. Takde kecil hati atau rajuk berpanjangan. Except for kanda yang memang ngada-ngada suka merajuk sebab nak aku pujuk!






Ya Allah, benarlah. Dengan menyintaimu, maka CINTA sesama manusia akan menjadi lebih bermakna. CINTA padamu Ya Allah membuatkan CINTA kami bermatlamatkan mencari redha semata-mata. Dan kami sungguh bahagia Ya Allah...






CINTA. Entahlah kalau orang bercakap tentang CINTA monyet, atau CINTA pandang pertama, atau CINTA sejati or what so ever. Semua tu pernah aku andaikan dulu.... Tapi kini bagi ku CINTA itu akan menjadi lebih mantap setelah teruji. Malah apa juga epilog duka serta musibah yang melanda semuanya berhikmah. Termasuklah jika kita melakukan kesilapan, ianya bertujuan supaya kita belajar serta lebih menghayati pemberian Allah s.w.t.






CINTA itu rahmat serta kasih Allah. Tapi cinta juga ujian. CINTA sepatutnya dapat membawa kita ke syurga. CINTA buat kita rasa ingin banyak memberi daripada menerima. CINTA buat kita rela melepaskan apa jua demi memberi bahagia.






dan CINTA, jangan sampai menyesatkan dan diperhambakan olehnya, jangan sampai buat kita rasa mahu memiliki semua, jangan sampai kita rasa CINTA itulah segala-galanya seperti tiada Allah bersama-sama kita. Jangan takut kehilangan cinta kerana CINTA Allah sentiasa ada...






CINTA boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Berdoalah agar CINTA kita dirahmati, kekal sampai ke syurga...Insyaallah.




CINTA RAMADAN INI ANUGERAH ILAHI YANG TAK TERPERI!

Saturday, August 6, 2011

Air tangan emak

Aku sangat ingat suatu masa emak saudaraku yang masih muda bertanya pada emak. Anak Kak Kiah pandai-pandai, Kak Kiah bagi makan apa? Jawab emak ikan kering...sambil berseloroh.




Entah kenapa hati aku hari ini rasa semacam, melankolik. Aku teringat juadah air tangan emak! Menulis ini pun air mata aku menitis...Ya Allah, rindunya aku pada emak!




Emak bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa. Emak seorang petani yang turun ke bendang membanting tulang empat kerat membantu ayah. Waktu kecil dulu, aku masih ingat kadangkala aku akan ikut emak ke bendang, emak bekerja, aku berkubang! Waktu kerja emak sama waktu pejabat. Jam 8 pagi emak sudah berselut dalam sawah. Jam 12 atau jam 1 tengahari baru emak balik untuk masak tengahari, nanti usai solat zuhur, sekitar jam 2 petang emak pergi lagi. Lewat jam 5 atau 6 petang barulah emak balik bersama-sama ayah. Bayangkan betapa penatnya emak berselut, berpanas dan berhujan di bendang demi mengerjakan tanah untuk mencari rezeki buat kami adik beradik. Waktu itu arwah atuk masih sihat, jadi atuklah yang menjaga aku dan adik-adikku. Dan bila atuk mula jatuh sakit sekitar aku berumur 13 tahun, tugas menjaga adik-adik dan mengurus rumahtangga beralih ke bahuku tatkala emak ke bendang. Akulah yang menjaga adik-adik, mengemas rumah, memasak dan membasuh kain-baju. Itupun cuma ketika musim cuti sekolah!




Walau penat ke bendang, emak tidak pernah gagal menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk kami sekeluarga walaupun menunya barangkali hanya ikan kering yang divariasikan dengan pelbagai resipi masakan seperti masak lemak, masak asam, sambal tumis dan juga gulai. Malah ikan kering bakar! Ikan kering yang dibuat dari ikan sepat, ikan puyu dan juga ikan haruan disimpan dengan banyak sekali untuk musim sawah kering. Waktu ini iaitu waktu musim menuai, sawah kering kontang dan pada masa inilah kami tak akan dapat makan "ikan darat". Jadinya stok yang disimpan berbulan-bulan itulah yang akan jadi menu harian kami. Hampir setiap hari! Hanya jika ada duit extra sedikit barulah ayah akan ke pekan Kurau membeli ikan termenung atau ikan gelama. Sesekali dapatlah merasa udang kertas atau sotong cumit. Ayam dan daging? Hari raya atau pergi kenduri rumah orang sahajalah baru kami merasa.




Aku terkadang malu dengan diriku sendiri. Emak bekerja dengan tulang empat kerat, berpanas berhujan tapi tak pernah gagal memasak dan mengurus rumah tangga serta mendidik kami adik-beradik dengan sempurna. Malahan kesemua kami lapan beradik belajar mengaji Al-Quran dengan emak, dan kerja sekolah juga disiapkan dengan bantuan emak. Kain baju yang berbakul, khasnya baju berdaki kanak-kanak lelaki lasak emak basuh dengan tangan...Pernah aku terjaga jam 1 pagi hendak buang air kecil, aku terserempak emak sedang bertinggung menghadap sebesen besar baju. Ya Allah, emakku... Kau kurniakanlah syurga untuknya. Kerana khidmatnya terhadap suami, anak-anak dan ibubapa dan mertuanya....




Emakku, beribu tiri. Tapi khidmat baktinya kepada ibu tiri sangat aku kagumi. Walau pun jarak usia mereka sekitar 10 tahun sahaja.... Emak yang menjaga ibu tirinya saat dalam berpantang. Malah mereka silih berganti menjaga di antara satu sama lain kerana bersalin bergilir berselang tahun. Adik-adik emak, yang dilahirkan ibu tirinya dijaga bagai menjaga anak sendiri. Aku sendiri bila sudah melangkah alam sekolah, seingat aku 12 tahun...barulah tahu insan yang kupanggil atuk itu adalah ibu tiri emak! Tak pernah aku tahu yang emak beribu tiri kerana layanannya terhadap ibu tirinya seperti ibu kandung sendiri! Dan sampai hari ini atuk itulah atukku dunia akhirat!




Emak, apakah ada wanita lain dalam hidupku yang lebih layak untuk aku banggakan???




Emak, aku rindu air tangan emak!

Friday, August 5, 2011

Wahai hati-hati yang lara

Wahai hati-hati yang lara. Entah kenapa ingin sekali saya katakan ini kepada kamu. Barangkali kamu sedang dirahmati. Barangkali Allah s.w.t sedang menunjukkan jalan kepada kamu. Barangkali Dia sedang menunjukkan tanda-tanda untuk kamu membuat keputusan. Istikharahlah...


Wahai hati-hati yang lara. Apakah kamu masih dilema dalam memilih keputusan yang terbaik? Apakah kamu masih dilema untuk memilih keutamaan dalam hidup kamu? Jalannya mudah sahaja, utamakan hubungan kamu dengan Tuhanmu. Utamakan hubungan kamu dengan Tuhanmu terlebih dahulu dan kemudian segala-galanya akan menjadi baik, Insyaallah. Bersangka baiklah dengan Allah dan senantiasalah memikirkan hikmah....



Wahai hati-hati yang lara, berbaloikah kita berduka dan takut dengan dunia berbanding alam selepas nyawa kita diambil olehNya. Kenapakah kita takut dengan keberterusan hidup di dunia ini sedangkan kita tahu Allah itu ada begitu hampir denganmu. Sedekat urat pada lehermu....


"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 )


Yakinlah dengan langkahmu. Selangkah kamu hampir kepadanya beribu langkah Allah akan berlari kepadamu....Betapalah kamu dicintaiNya...Betapalah kamu dicintainya.......tapi berapa banyakkah pula kamu membalas balik cinta Tuhanmu...Nilailah hatimu yang lara itu, berbaloikah berduka-lara untuk cinta manusia yang bersifat sementara ini???


Wahai hati-hati yang lara, yakinlah dengan pilihanmu, dan pilihanmu itu adalah jihadmu demi mencapai redha Allah. Berhenti takut akan dunia kerana dunia ini mungkin juga bisa menghantarmu ke pintu neraka. Alihkan hatimu, alihkan niatmu...teruskan langkahmu dengan yakin. Katakan bahawa Allah ada bersamaku, aku tidak takut apa-apa lagi.



Wahai hati-hati yang lara. Aku tidak pandai menasihat tetapi inilah cara aku memujuk hatiku sendiri tatkala aku diuji. Aku hanya memberi jalan...tetapi terpulanglah kamu memilih jalan apa yang kamu mahu. Kerana kebahagiaanmu terletak di dalam genggamanmu sendiri...


Bersediakan kamu merubah dirimu??? Kenapa perlu bertangguh esok? Andai ini Ramadanmu yang terakhir bagaimana???

Thursday, August 4, 2011

REZEKI

Ujian itu juga merupakan rezeki pada kita. Tanpa kita sedar rupa-rupanya kerana ujian itulah maka kita telah mencapai sesuatu dalam hidup kita. Kerana satu ujian dalam hidup kita, telah merubah diri kita menjadi lebih berjaya dari sebelum ini. Malah ujian tersebut juga telah mengkayakan karakter kita.

Aku, tanpa sedar kerana banyak ujian sejak kecil, sejak alam sekolah telah menjadikan diri aku seperti hari ini. Pencapaian aku dalam hidup adalah kerana aku diuji. Ujian menjadi faktor penolak kepada aku untuk berusaha membaiki diri dari segala segi.

Dan usahaku sekarang bukan sekadar membaiki diri dari aspek pencapaian material. Yang penting sekali ialah membaiki diri untuk berjumpa dengan tuhan. Cukupkah amalanku? Cukupkah taubatku? Cukupkah segala kebaikan yang aku berikan kepada orang lain?

Benar, aku cuba melatih diri bahawa, kebanggaan dan keegoan adalah sesuatu yang tidak perlu aku pertahankan lagi. Biarpun apa dan bagaimana aku diperlakukan, yang penting adalah apa yang telah aku lakukan. Aku takkan boleh menghalang perlakuan orang kepada diriku tetapi aku boleh menghalang diriku dari memperlakukan yang tidak elok terhadap orang lain waima bersangka buruk sekalipun...

Aku, yang tak sempurna ini hanya berharap supaya aku tabah menghadapi apa jua rintangan dan cabaran kehidupan. Tabah mempertahankan janjiku bahawa, yang penting ialah apa yang aku lakukan. Melakukan yang terbaik setiap hari...

Kata kanda, takkan hilang bisa ular yang menjalar di akar. Dan takkan rendah diriku di mata tuhan andai dalam segala hal aku yang beralah dulu. Apatah lagi memulakan huluran kemaafan. Membuang ego bukanlah suatu kehinaan...kate kandaku!

Aku, Kak Long yang keras sedikit-sedikit sedang mencairkan hatinya...dan kanda adalah mentor utama! Oh, itu juga rezeki!

Monday, August 1, 2011

Ramadan kali ini

Ramadan tiba, hati berbunga ria. Segala gundah berlalu pergi. Yang tinggal perasaan tulus suci. Pergilah amarah, pergilah benci, pergilah sakit hati. Pergilah....




Ramadan kali ini, tiada apa yang kupinta, melainkan redhamu Ya Allah. Terimalah setiap ibadahku, ampunkan dosaku dan makbulkanlah doaku. Amin Ya Rabbal Alamin...




Buat kanda tersayang, moga Ramadan ini memantapkan lagi kasih sayang antara kita dan memacu kita ke syurga...

Monday, July 25, 2011

Yang Aku Mahu

Kalau ditanya ketika ini apa perasaan aku. Pastilah aku sangat ingin tahu, di manakah silapku? Apakah kekurangan aku. Masyaallah......kenapa dengan aku ini???




Dalam masa yang sama aku bertanya diriku sendiri, apa yang sebenarnya aku mahu? Ohh banyak sekali. Barangkali kalau boleh seluruh isi dunia ini ingin aku pinta untuk memenuhi nafsuku. Ya, kita manusia yang serba lemah, rasanya semua yang kita dapat tak akan pernah menyempurnakan hidup kita. Semua serba tak cukup!




Aku, kalau ditanya apakah sebabnya mahukan kedudukan itu. Jawapannya hanya satu. Demi Allah, aku jujur dengan jawapan ini. Iaitu kebanggaan diri. Kerana aku tak ada sebab lain buat masa ini. Semua sudah cukup Allah beri. Kalau dari segi material..... Tapi dengan segera aku bermuhasabah diri. Yang aku mahu ialah hati yang bahagia...itu sahaja. Aku mahu redha Allah. Bilamana hati bahagia semua jadi sempurna! Insyaallah!




Ujian, satu lagi ujian mengunjungiku ketika ini. Iaitu ujian keikhlasan. Ya Allah, kau sedang mengujiku dengan ujian keikhlasan. Ujian kecil....yang pasti sangat mencabar buatku. Kalaulah ujian ini pun aku gagal, kalaulah ujian sekecil ini pun buat aku berkira dan menyesal...maka mana lagi bahagian pahala yang dapat aku kaut ketika ini? Mana???




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...tetapkanlah niatku, kuatkanlah azamku, untuk terus berbuat yang terbaik kepada sesiapa pun....meski kebaikanku tak dilihat, tak dinilai dan tak dihargai. Rendahkanlah hatiku supaya aku tidak marah dan sakit hati kepada mereka yang menghampakanku. Jauhkanlah aku dari sesalan di atas segala yang pernah aku berikan. Ya Allah, aku ini hamba yang lemah...hamba yang daif dari segala segi, maka aku pohon kau berikanlah segala kebaikanmu kepadaku.....




Aku, sedang mendidik hati agar tidak kecil hati kepada manusia yang ego dan sombong kepadaku...Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka....

Sunday, July 24, 2011

Pemberian, Ganjaran dan Anugerah

Sebaik-baik pemberian ialah barang yang paling kamu sayang. Berapa banyak dari kita sanggup memberikan barang yang paling kita sayang kepada orang lain???





Dan bagaimana jika barang yang kita beri itu yang kita sedikit sayang (bukan yang paling disayangi). Jawapannya, jangan kecewa jika ganjaran yang kita perolehi pun ganjaran yang sedikit juga....





Benar, setiap yang kita lakukan hanya Allah sahaja yang tahu sejauhmana ikhlasnya. Dan setiap pemberianNya juga hanya Dia yang lebih mengetahui sebanyak mana kita memerlukannya...dan hari ini aku dapat satu lagi konklusi tentang hidup ini. Yela jenis suka fikir banyakkan....





Aku ingat lagi suatu masa apabila sahabatku mengatakan yang dia cemburu akan 4.00 flat yang aku perolehi, dan betapa sedihnya dia tak dapat memperolehi result yang sama memandangkan kami sama-sama belajar dan berjuang. Lama kemudian dia berfikir semula, dia cuba meletakkan dirinya di dalam kasutku, kalaulah boleh ditukarkan 4.00 flat itu dengan kebahagiaannya yang mempunyai 2 anak comel, aku pasti mahu. Ambillah 4.00 flat ini, sanggup aku tukarkan. Dia mula berfikir bahawa dirinya juga telah menerima banyak pemberian dalam kehidupan ini. Untuk apa cemburu pada pencapaian orang lain. Sahabatku, ingatkah akan ceritera antara kita ini di suatu waktu dahulu? Demikianlah yang sewajarnya kita menerima akan aturan hidup ini. Berusaha, bertawakal, redha dan bersyukur...





Aku gembira dengan kejayaannya. Sungguh. Walaupun pada asalnya aku juga mempersoalkan kenapa dia yang super junior, pengalaman kerja setahun jagung kata orang, malah sangat muda untuk mendapat jawatan itu. Tapi akhirnya aku akur akan rahmat Allah kepada setiap dari kita semua. Aku tahu dia tertekan kerana dikritik. Dia sendiri tak percaya akan kejayaannya itu, dan ramai orang mempersoalkan. Sepatutnya kita gembira dengan pencapaiannya. Sepatutnya kita gembira dengan kejayaan rakan-rakan kita. Dan dengan itu kita pun akan bahagia. Aku percaya bahawa kalaulah dia dapat menukarkan pangkat yang dia perolehi itu dengan kesempurnaan tubuh badan yang aku ada ini, aku pasti dia akan begging untuk itu. Kepada orang-orang yang cemburu dan tak sudah-sudah tidak puas hati itu aku hanya ingin tanya satu soalan, kalian mahu tukarkan tubuh badan kalian yang sempurna itu dengan jawatan yang diberi padanya??? Mahu??? Kalian mahu jadi OKU??? Mahu???

"Maka nikmat tuhanmu yang mana lagikah yang kamu dustakan..."

Tuesday, July 19, 2011

If all malays work like you...

Aku bekerja untuk meneruskan kehidupanku.

Aku bekerja kerana mendapat izin suamiku.

Aku bekerja untuk menjadi compliment kepada suamiku

Aku bekerja untuk kepuasan diriku sendiri dan bukan to satisfy others!


DAN YANG PALING UTAMA SEKALI

AKU BEKERJA KERANA INI JIHADKU, INI KEBOLEHANKU, INI BAKATKU YANG ALLAH S.W.T. ANUGERAHKAN KEPADAKU. AKU GEMBIRA BILA BEKERJA DAN DAPAT MENGHASILKAN RESULT YANG BAIK. IA UMPAMA TERAPI KEPADA DIRIKU SENDIRI. I FEEL ALIVE!


Semalam...


"if every malays work like him..and like you (perlahan-mungkin tak plan nak cakap atau tak sengaja tercakap) then everythings will be ok (good)" dan aku terkasima...


Mungkin betul telahanku, bangsa ini memang tak mudah percaya pada bangsaku, mereka ada persepsi yang kurang baik tentang attitude bekerja orang melayu! Sekurang-kurangnya aku dapat membuktikan bukan semua melayu seperti yang dia fikirkan!


Sepanjang perjalanan balik masih terngiang kata-kata itu. Benarlah, bekerja untuk mencari redha Allah, buatlah yang terbaik setiap hari. Yang lain akan datang kemudian, dengan sendirinya! Rezeki, anugerah dan jugak ujian! Tiba-tiba aku tersebut nama sifu-sifu aku yang terdahulu..all my lady bosses.


Dan benarlah, kalau dengan sepuluh orang kita berguru, maka secara tak langsung 10 orang itu akan memindahkan kepada kita jika tak banyak pun tapi sikit, karakter mereka ke dalam diri kita (baik waima buruk!). Dan aku bersyukur aku telah ditemukan dengan guru-guru yang banyak mengajar aku dan menjadikan aku seperti hari ini.


Alhamdulillah, mudah-mudahan niat aku tak tersasar dan aku tak akan mudah lupa...Mimpi sehari dua ini buat aku suspen! Entah apa tandanya, tapi itulah mainan tidur barangkali.

Tuesday, July 12, 2011

Sahabat

Rahmat Allah itu terlalu besar sampai aku tak terkata-kata betapa aku terlalu beruntung. Pada hari ini aku punya sahabat yang aku bisa berkongsi suka duka...Subhanallah, besar sungguh rahmat pertemuan. Meski kami pernah bertelingkah tetapi pertelingkahan itu menjadikan kami semakin akrab dan semakin memahami sesama sendiri. Hari ini kami bisa merencana kehidupan dengan berprasangka baik kepada Allah s.w.t. Kami yakin di setiap usaha kami , ada sesuatu yang telah Allah janjikan. Di samping ujian-ujian yang kami tempuhi dan bakal kami hadapi...kami percaya sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.




Sahabat, terima kasih kerana sudi mendengar, sudi ketawa dan sudi menangis bersamaku...Aku sayang padamu Lillahita'ala...

Sunday, July 10, 2011

Perjuanganku

Berjaya juga aku menyiapkannya. Dalam damai, dalam tenang dan dalam keadaan yang aku percaya telah Allah aturkan untuk aku. Aku masih ingat suatu masa aku dan Tiny pernah bercerita tentang diri sendiri. Berapa banyak manusia macam kita yang diberi peluang untuk belajar? Berapa banyak manusia macam kita yang diberi ruang masa, ruang meneroka minda dan juga ruang ekonomi yang memudahkan kita untuk terus menuntut ilmu. Ya, benar sejak akhir-akhir ini (sejak awal tahun lagi pun) kami asyik berbicara tentang harapan dan cita-cita kami. Bagiku menuntut ilmu itu suatu penjuangan. Jika orang lain tidak mahu, aku mahu. Jika orang lain tidak boleh, aku boleh, insyaallah. Bukan kerana mengejar nama, pangkat atau material tapi aku mahu menjadi sebahagian umat Islam yang dapat mengangkat darjat agamaku kerana ramai umatnya yang cintakan ilmu dan dapat pula berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Kalau ada sekali sekala aku bercakap tentang pengajian atau cita-citaku ianya lebih kepada motivasi diri, dan jika aku kongsikan dengan orang lain juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menceritakan pencapaian aku, tak pernah begitu. Tapi aku mungkin tak sedar ada orang tak suka dengar dan merasa rendah hati atau cemburu atau menganggap aku ini macam tunjuk bagus. Tapi tak mengapalah, aku sering bertegas kepada diriku bahawa, apa pun yang orang lain katakan atau buat kepadaku...tidaklah penting melainkan yang dihisab oleh Allah adalah sikapku sendiri tergadap orang lain, fikiranku sendiri terhadap orang lain, Itulah yang dihisab. Dan sungguh aku takut aku tak sekuat yang aku katakan tapi siang malam aku berusaha mendidik hati bahawa, apa juga yang dihisab Allah, itulah yang penting bagiku. Kerana hanya dia yang mengetahui apa yang ada di dalam hatiku melebihi dari diriku sendiri. jadi ya Allah, aku pulangkan segalanya kepadamu...Ameen Ya Rabbal Alameen...




Untuk suamiku, aku rakamkan terima kasih sepenuh kasih sayang untukmu kerana selalu yakin dan percaya kepadaku akan kebolehanku, kerana selalu menjadi penyokong kuatku dalam setiap apa yang aku usahakan...dan terima kasih kerana selalu mengatakan aku boleh!

Wednesday, July 6, 2011

Letihkah Aku???

Benar, jika kita think big, maka ia jadi big!!! Bagus untuk menjayakan sesuatu wawasan atau cita-cita. Hancus untuk menghadapi masalah! lebih-lebih lagi kalau ia tak penting tapi sebab kita think big maka tiba-tiba ia jadi penting dan menguasai minda. I hate this.




Dan juga benar, jika kita think small, maka ia jadi small!!! Sangat bagus bila kita hadapi masalah dan dengan itu kita akan cepat selesaikan atau atasinya. Sangat tak bagus dalam hal cita-cita dan wawasan. Takkan ke mana kalau hati kecik.




Tapi janganlah perasan besar (kecuali jika badan besar is different story). Atau perasan pandai. Allah tidak suka itu. Dan jangan juga terlalu rasa kecil (sama jugak kalau badan kecil is different story). Kecil makna hati kecil, rasa diri tak pandai, bodoh, tak boleh buat sehingga timbul perasaan lain yang negatif dan melalut-lalut.




Ok tak nak melalut. Prinsipnya mudah. Aku mungkin letih sebab banyak fikir sekarang ni. Atau aku yang tak reti nak segmenkan minda aku, dan letak portion yang melebih-lebih pada benda yang tak patut aku fikir.




Wahai Kak Long. Di mana kredibilitimu ketika ini??? Bukankah kau telah banyak diuji. Bukankah kau juga telah berjaya menghadapi banyak perkara. Tapi kenapa kini kau jadi begini??? dah lupa ke teknik-teknik itu semua??? (lost somewhere kot sebab lama dok kat zon selesa)




Kerana aku cinta dia, aku sayang dia, maka aku sentiasa memikir bagaimana untuk buat dia bahagia dan tak mengguris perasaannya. dalam masa yang sama aku kasihan dia dan tak mahu dia dilayan sedemikian rupa. Dan aku tidak dapat membantu mengatasinya. Dan sungguh, aku akur ketentuan ini. Bahawa setiap hubungan itu diwujudkan oleh Allah swt dengan disertakan amanah atau tanggugjawab. Maka aku ada tanggugjawab untuk hubungan ini. Aku mahu memberi...dan memberi....Dan aku akan fikir besar untuk perkara baik, fikir kecil untuk hal tidak baik yang diperlakukan kepada aku.




Disayangi, kemudian dibenci, disayangi balik, dibenci lagi, disayangi balik...macam bola buang dan kutip dan buang dan kutip balik...penah korang rasa macam tu? kenapa biarkan??? kerana kalian baik hatikan????




barangkali sesuatu yang amat kamu sukai itu tidak baik untuk kamu, dan sesuatu yang kamu amat benci itu, baik untuk kamu...




Hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui...




Sekian, terima kasih. Aku mahu teruskan tugas aku menaip banyak benda ni...lepak lepuk lepak lepuk (kata kanda aku ini buat kerja rumah bunyi bising! Dia tak tau aku tekan button menaip ni pun kuat bunyinya. Belum lagi bunyi basuh pinggan, potong ikan atau berus bilik air! Hahaha...but yang best kerja aku cepat siap! dan aku KakLong si lipas kudung yang sudah terbiasa macam tu akan cubalah berubah...buat kerja senyap-senyap...sopan santun gitu...)


Monday, July 4, 2011

Sabarlah sayang

Dua tiga hari ini aku dan kanda agak mandom kerana satu lagi peristiwa kecil yang menggugat hati kami. Wahai sayang marilah kita kongsikan kekuatan ini.



Malam tadi, ceramah ustaz dimula dengan dua kisah yang terasa dekat dengan kami. Betul-betul terkena batang hidung kami berdua. Aku dan kanda.

Kisah Rasulullah yang berduka kerana sehingga ke akhir hayat bapa saudaranya Abu Talib, beliau tidak mahu mengucap dua kalimah syahadah. Tidak menerima dakwah Baginda. Hingga ke nafas terakhirnya Rasulullah masih berusaha mengajak beliau mengucap, tapi akhirnya beliau menghembus nafas terakhir sebagai seorang kafir! Dan Rasulullah sungguh berduka...Kemudian duka itu berganda kerana pada tahun yang sama isteri tercinta juga turut pergi iaitu Saidatina Khadijah, membawa sebahagian kekuatan Baginda. Itulah tahun kesedihan bagi Rasulullah sebelum terjadinya peristiwa Isra' Mikraj. Ya Allah...Dia itu Rasul kekasihmu, juga tidak berjaya mendakwahkan semua insan yang dikasihinya. Itulah ujian kepada kekasihmu....



Kisah Nabi Noh a.s yang tidak dapat mendakwahkan anaknya sendiri. Dan anaknya mati ditenggelamkan oleh bah lantaran tidak mahu beriman dan menurut kata-kata ayahandanya supaya naik bahtera bersama-sama....Ya Allah, seorang nabi juga kau uji dengan kegagalan dalam usaha dakwahnya, malahan kepada anaknya sendiri!



Jadi sayang, janganlah bersedih. Kita sudah mendengar cerita ini bukan??? Bahawa tugas dakwah itu bukan mudah. Bahawa tidak semestinya kita akan berjaya mengajak orang lain untuk turut serta bersama-sama kita. Memadai kita berusaha mendakwahkan diri kita sendiri terlebih dahulu. Dan pada orang-orang yang kita kasihi itu, jika lidah ini tak berupaya menuturkan kata, maka berdakwahlah dengan hati. Marilah kita mendakwahkan mereka dengan hati...dengan doa.

Bukanlah besar sangat ujian kita berbanding ujian berdakwah untuk membetulkan aqidah manusia seperti yang dihadapi oleh para Rasul, para Nabi dan para Sahabat. Inilah salah satu ujian pada akhir zaman, di mana ramai umat muslim tetapi sangat sedikit mukmin. Umat muslim yang melupakan tikar sembahyang, malah ada yang yang tidak tahu bersolat....



Dan kita sendiri, meski menghadapNya setiap waktu, khusyukkah solat kita??? Setiap rakaat itu benar-benar khusyukkah kita menghadap Ilahi???



Dan aku sendiri??? Inilah ujian yang lebih besar barangkali....



Hanya Allah Yang Maha mengetahui akan diriku, melebihi dari diriku sendiri....berikan kami petunjuk, permudahkan perjalanan kami...menuju kepadaMu...hampir kepadaMu...

Sunday, June 26, 2011

Kisah lalu

Kata orang tak guna dikenang kisah yang lalu. Tapi kalau kisah lalu itu penuh inspirasi, bisa membangkitkan semangat, kekuatan dan memberi peringatan, elok dikenang-kenang selalu!



Mengulang baca catatan blog dulu-dulu. tak percaya sungguh aku pernah sekuat itu. Ya Allah, telah berjaya aku lalui ujian itu, tapi tentu tak cukupkan??? Ujian takkan pernah habis....

Kak Long, bergembiralah menikmati saat-saat ini. Senyum membaca sambil menanam azam untuk menggunakan masa keemasan ini sebaiknya! Contohnya spend quality time with kanda! Minggu ni aku akan outstation ke Penang, dan kanda akan ikut sama. yay!

Friday, June 24, 2011

Mati

aku - hati yang hidup ialah hati yang sentiasa mengingati mati...



kanda - dia mula dah tazkirah dia.....



aku- sape lagi nak tazkirahkan abang......



kanda - betullah tu....


Huhuhu...maka setiap malam sessi pillow talk kami menjadi sangat harmoni, sambil aku membacakan apa-apa yang sedang aku baca, perlahan-lahan ke telinga kanda....matanya pejam, tapi bila aku tanya dengar tak...adalah suara menyahut...dengar...(tak tido lagilah tu)



Sebenarnya, aku pun hairan sebab kebelakangan ni aku banyak benar cakap pasal mati dan alam selepas mati...



Sampaikan aku kata tahun depan, aku tak nak renew tenancy agreement apartment , sebab aku nak renovate rumah tu dan duduk, even weekend pun tak pe. Boleh juga dijadikan rumah percutian atau rumah belajar aku dan ciktiny kelak. Ewah!!! Sebabnya, aku bukan jenis orang yang nak simpan duit banyak-banyak, dan tengok saja angka dalam buku bank aku sambil senyum bahagia. Oh tidak, itu bukan aku. Aku nak rasa duit hasil titik peluh aku. Lagi pun aku menyimpan impian itu sejak di zaman sekolah lagi. Aku hanya nak rasa...kalau aku hidup lagi la time tu...kalau aku dijemput dulu, aku tinggalkan rumah tu pada kanda atau sesapa saja, yang berhak sebab aku dah pun pergi jumpa tuhan (malas nak fikir apa jadi dengan harta aku)



kanda - you nikan! kan abang dah kata, abang yang pergi dulu!!!



aku - yalah, abang pergi dulu bukan maiza, sebab Allah sayang abang jadi maiza kena mati kemudian sebab nak jaga abang sampai abang matikan???



kanda - ye tahu pun...adik kena jaga abang, kalau adik pegi dulu, sape nak jaga abang..



Sebenarnya perbualan ini biasa bagi kami, soal antara kami sape pergi dulu. Walau pada hakikatnya, tak mungkin kita boleh memilih bila kita akan mati tapi sebab nak sedapkan hati kanda aku selalu mengalah diakhirnya...



Alamak, dah lewat, aku kena balik sebab kanda dah tunggu kat rumah. Assalamualaikum!

Wednesday, June 22, 2011

Akhir cerita

Pada suatu hari bila aku pulang dari kerja, kubuka pintu dan masuk selangkah ke dalam rumah, perasaanku diterpa satu kenyamanan yang tak dapat aku katakan bagaimana. Hurm, bagaimana ya, seperti sesuatu yang lama telah tidak aku nikmati. Nyaman, tenang dan rasa selesa. Inikah hikmahnya??? Kepulangan yang merehatkan. Mengenang kembali apa yang berlaku beberapa hari yang lalu, aku memang sangat sedih tapi rupanya baru aku sedari, mungkin Allah sedang memakbulkan apa yang sering aku fikirkan....






Aku masih ingat perkara yang sama berlaku kepada aku kira-kira dua tahun yang lalu, 2007-2008. Aku telah berjaya melalui fasa itu dan siapa sangka aku berjaya score CGPA 3.8 kerananya. Itulah yang dikatakan hikmah. Allah mungkin sedang memudahkan laluan aku untuk ke peringkat seterusnya, jadi dilapangkan hidup aku. Puas juga aku memujuk hati ini dan cuba mencari hikmah yang tersembunyi. Pada ketika itu tidaklah aku nampak hikmah itu tetapi aku merasakan apa yang sedang berlaku lebih kepada ujian dan juga persiapan kepada aku. Kupujuk hati ini, belajarlah hidup sendiri, bagai orang yang tidak dikenang atau dihargai. Kerana mungkin, ya mungkin pada masa hadapan aku akan ditinggalkan juga, aku akan bersendirian juga akhirnya. Kalau umur panjanglah. Siapa tahu pengakhiran hidup kita??? Kan??? Jadi inilah namanya latihan bagi membiasakan diri. Satu demi satu orang yang aku sayang menjauh diri, berlalu pergi. Dan aku sudah boleh tersenyum bila memikirkannya. Tak apa, Allahkan ada. lagipun ramai lagi orang yang sayang aku dan "bakal" sayangkan aku di masa hadapan. Contohnya aku pun tak sangka nak kenal Tiny tahun 2007, masa umur aku 33 tahun lagitu, pertemuan yang Allah aturkan dan dia jadi kawan baik aku, kan.......Alahai apa nak kesah, mati nanti masuk dalam kubur sorang-sorang juga bukan??? Apa ada sesapa ke nak ikut kena kambus sama ???






Oklah, berbalik kepada cerita pengakhiran kehidupan ini ni aku nak catatkan di sini peristiwa ini. Actually it is so sweet, a pillow talk story mory. Resently my hubby always call me penghulu bidadari. Cik penghulu, o cik penghulu...Katanya tak kira dia tetap mahukan aku, penghulu bidadari syurga. Dia tak nak 70 bidadari yang diberi padanya. Nak aku sahaja!!! hahaha...itu kalau masuk syurga sayang.....






Kataku wanita seperti aku, hanya perlu taat perintah Allah iaitu solat, puasa, memelihara kehormatan diri dan taat perintah suami, confirm masuk syurga. Dan wanita yang solehah serta mendapat redha suaminya itu akan menjadi penghulu bidadari yang lebih cantik dari bidadari di syurga. Dan sudah tentulah tugas bidadari syurga itu ialah untuk melayan penghuni syurga. Jadi jangan perasanlah aku akan layan dia sorang jer.....(gurau manja) kandaku tarik muka...






So sayang kalau dah memang kita ni sama-sama masuk syurga, abang pasti ke abang hanya akan bersama seorang bidadari sahaja??? Kan ke di syurga itu keseronokan dapat dinikmati tanpa batasan malahan tiada rasa cemburu atau sakit hati. Come on lah , be realistic, kalau ada orang claim kat dunia ni di nak bersama sorang bidadari je di syurga kelak, kat syurga nanti agak-agak kalau dah 70 bidadari datang menawarkan khidmatnya, nak tolak ke??? helloooo...(aku bercakap nada bergurau tapi penuh berhikmah) sambil menggosok-gosok belakangnya...






Nak aku sorang jer konon.....hahaha...ini memang gurauan antara kami tapi bicaranya penuh rasa cinta. Sebab suasana pillow talk lah katakan....






Kataku lagi, tok sahlah nak cerita pasal syurga sebab di padang mahsyar nanti kita semua membawa diri masing-masing, tak de nak ingat cari sesape kat sana. Kita semua berjalan pelbagai gaya dan rupa menuju ke muka pengadilan untuk ditimbang dosa pahalanya. Ntah masuk syurga ke neraka pun tak tahu. Tapi tentulah semua orang nak masuk syurga, sebab tulah kena tingkatkan amalan walaupun perkara kecil tapi kalau dihimpun jadilah banyak....yang wajib ditinggal jangan sekali, yang sunat cubalah diperbanyakkan...aku bisikkan ke ketelinga kanda (ni namanya tazkirah sebelum tido).






So, sayang tak payah la kita argue pasal cinta sampai ke syurga sebab kat syurga kita ada banyak pilihan. Kok ye pun kita masuk sama-sama ke sana, tapi banyak pilihan bang....hahahah aku ketawa lagi dan kanda mula buat muka.






Katanya kalau macam ni it's like the ending is very "open". Sedangkan dia mengharapkan closing cerita yang pasti iaitu abang nak adik jugak kat syurga nanti! hahaha...Akhirnya nak pujuk kanda yang a litle bit emo (maklumlah bukan senang nak jaga old grown baby yang manja sorang ni) aku katakan, marilah tido bang, maiza akan layan abang je kat syurga nanti. Tapi kalau nak pegi syurga sama-sama kita kenalah tingkatkan AMALAN kita kat dunia ni bagi melayakkan kita ke sana......dosa kita pun banyak, tak terhingga, hari-hari ada dosa, harap-harap bila ditimbang nanti lebih beratlah pahala kita dan disambut kanda dengan Insyaallah......... hah baru boleh tido lena...(cerita tu tak abis kat sini je tau).






A few days later masa aku dating dengan ciktiny, bila aku story kat dia punya la akak tu gelak sakan, agaknya suara kami jer bergema kat situ...ahaha...






Dan pada hari yang sama masa aku jumpa kanda sebelah malamnya dia masih buat muka tak puas hati. Dik, abang nak adik saja tau! penghulu bidadariku..........Amen Ya Rabbalalamin, aku segera mengaminkan kata-katanya itu...






Sejak hari tu adakalanya kanda akan mengusik aku, penghulu..o penghulu tolong buat air, penghulu tolong garu!



Friday, June 17, 2011

Ke mana rasa ini hendak kubawa???

Memang hidup ini satu ujian. Dan ujian itu sudah tentu adakala buat kita sangat bahagia dan gembira dan adakala ujian itu buat kita sedih dan menderita. Tetapi ke mana hendak kubawa rasa itu. Apakah berbaloi untuk merasa bahagia dan gembira jika natijahnya kelak kita dimurkai Allah. Dan Apakah berbaloi untuk meratap bersedih atas derita sengsara yang akhirnya juga membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t.

Biarlah kita berbahagia atas redha dan rahmatNya. Dan jika kita derita sengsara juga biarlah dalam redha dan rahmatNya.

Kenapa aku menulis begini ya? Kerana dalam hidup aku sudah melalui banyak ujian pelbagai bentuk yang Allah hantarkan kepadaku. Tetapi merenung kembali semalam yang telah aku tinggalkan, adakah aku benar-benar menghadapi setiap ujian itu dengan penuh bermakna, dengan penuh berhikmah. Meski kini cara berfikir aku sudah jauh berbeza tetapi adakala hati aku goyah juga. Tidak kira betapa aku berkata aku menerima dengan positif segala ujian dan beban tanggugjawab yang tergalas dipundakku di dunia ini, tapi adakala hatiku goyah, aku mengeluh juga. Perasaan-perasaan negatif mulai meraja di hati. Dan sungguh, rasa yang paling aku takut ialah rasa give up. Aku sudah give up untuk memberi. Sudah penat. Aku lelah bermain dengan perasaan yang merasa tidak diri dihargai, kebaikanku tidak dibalas sewajarnya dan aku tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dari orang-orang yang telah aku tumpahkan seluruh hidupku untuk mengembirakan dan menjaga perasaan mereka sahaja. Ya Allah ke mana hendak ku bawa rasa itu? Ke syurga??? Ke neraka mungkinlah….dan aku bermohon padamu Ya Allah, Aku tahu aku tidak layak masuk syurgaMu, tapi aku tak sanggup menghadapi api nerakaMu….

Ya, Syurga. Memikir esok belum tentu lagi aku masih di dunia ini, aku cepat tersedar dan tersentak. Bagiku memohon maaf bukan lagi satu perkara yang berat dan merendahkan mertabatku. Dan patutkah aku kecewa jika permohonan maafku tidak dipedulikan dan diendahkan??? Hendak senangkan rasa, tugas aku sudah selesai, biarlah orang itu…kalau dia tak mahu memaafkan aku yang beralah meski itu belum tentu salahku, hanya Allah yang maha tahu. Segalanya demi kemaslahatan hubungan. Semua itu, rasa-rasa yang begini dan begitu buat aku memikir, besarkah ujian rasa ini. Dan aku tersenyum tatkala mengenangkan, ujian rasa ialah apabila kita gagal mengendalikan perasaan dengan bijaksana. Ianya satu ujian yang kalau gagal dikemudikan mungkin membawa padah yang lebih buruk. Rendahkah martabatmu beralah? Rendahkah martabatmu membuat orang rasa besar dan menang? Rendahkah martabatmu membela ego orang??? Rendahkah??? Sekali lagi aku pulangkan segalanya itu kepada mu Ya Khalik, yang memiliki diriku dan segala apa juga yang aku miliki di dunia ini. Kerana dipengakhiran cerita, yang patut aku pelihara adalah hubungan aku denganMu Ya Rabb. Dan maka dengan itu apa jua yang aku lakukan….ianya semua adalah keranaMu. Membuang sikap putus asaku, membuang egoku, merendahkan mertabatku dan tidak membela diriku meskipun aku sedar aku yang benar (pihak benar ke aku?) Sekali lagi, hanya Allah yang Maha Mengetahui meskipun apa yang ada di dalam hati kecil ini, hanya Dia yang lebih tahu dari diriku sendiri.

Rasa-rasa itu, hanyalah merupakan ujian kebijaksanaan mengemudi hati. Dan aku sudah berjanji bahawa apa pun yang menguji aku selepas ini aku akan selalu ingat yang satu ini-

“Terlalu kecil seperti hama ujianmu Ya Allah kepadaku insan yang lemah iman ini. Syurga itu pun belum tentu layak untukku. Tetapi kerana aku bermatlamatkan mahu ke sana, maka biarlah Engkau sahaja Ya Allah yang menghakimi diriku. Penghakiman manusia tidak patut mengecewakanku atau membuat aku berputus asa. Ujian apa sahaja yang kuhadapi di dunia ini, tidak patut menjejaskan pengemudian hatiku sehingga terbabasnya imanku dari menjaga hubunganku denganMu Ya Allah. Aku menerima setiap ujianMu sebagai tanda kasihmu kepadaku, kerana Kau mahu aku dekat denganMu…Sebagaimana kau menguji umat-umat mu yang terdahulu dengan ujian yang lebih sukar dan lebih dashat. Sebagaimana kau menguji kekasihmu Muhammad Ya Rasulullah, meskipun telah Engkau janjikan syurga untuknya……betapakah??? Dan siapakah aku dibandingkan dengan kekasihmu itu, langsung tidak layak dan terlalu tinggi mertabatnya kekasihmu yang maksum itu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…ampuni aku Ya Allah, redhai aku dan juga kami semua yang sering alpa dan goyah….Terimalah kami semua Ya Allah…Amin Ya Rabbal Alamin”


Hari hari yang kita lalui, pelbagai rasa yang menerpa di jiwa…tetapi biarlah kita mengemudinya atas landasan iman dan takwa. Dan kalau tersasar, cepat-cepatlah kembali ke landasan…tersasar sedikit sekali sekala itu biasa kerana kita manusia yang memang mudah lupa, tetapi jangan biarkan rasa itu membawa kita tersasar jauh hingga kita lupa siapa diri kita yang menjadi milikNya…

Rasa bahagia, rasa kaya, rasa pandai, rasa bertuah, rasa betul…..berhati-hatilah dengan rasa itu, kembalikan kesyukuranmu pada Yang Maha Esa, jangan kita melupai itu adalah pemberianNya (ujian) dan boleh ditarik balik bila-bila jua. Dan tidaklah kita merasa lebih berbanding sesiapa….

Rasa sedih, rasa malang, rasa bodoh, rasa tidak diadili…..berhati-hatilah mengemudi rasa itu dan berdoalah pada Yang Maha Esa, dekatkan diri sentiasa padaNya dan jangan berputus asa mencari hikmah di setiap kesusahan itu. Dan tidaklah kita merasa kurang berbanding sesiapa….

Akhir sekali wahai hatiku, peganglah apa yang telah kau katakan ini. Ambil ini sebagai ubat untuk dirimu sendiri.

Thursday, June 2, 2011

Hati yang kering atau redha?

Kebelakangan ini saya malas hendak update blog. Bukan apa, tak ada apa cerita yang menarik atau apa-apa catatan penting yang ingin dicoretkan buat tatapan diri sendiri. Kalau setakat nak cheerful myself, or to boost my energy, I prefer quote something in my facebook, sebab kat sana surely I will get responses/supports/againts or what so ever yang penting ada tempat la nak terapi diri dan berkomunikasi. Dulu blog ni sangat penting sebab ia umpama diari saya. Tapi recently saya rasa lagi baik kita talk to someone if we really feel bad or to shere our happiness. Maksudnya hidup ni kena juga bermasyarakat. Talking about community life, rasanya hidup saya makin jauh dengan komuniti sejak pindah kerja di sini. Satu, sebab kat sini macam kena isolated. Dua, I have to act more reserved (according to my boss). Iye ke? Tiga, tak banyak outstation tapi kerja banyak dan selalu balik lewat, dan Sabtu pun sometimes kena pergi pejabat sebab tak habis buat hari biasa. Lembab ke saya? hahaha....




Family? Kesian kat hubby.......masa kami communicate sangat terhad sebab balik rumah dah senja, maghrib. After solat saya sudah sibuk di dapur...after dinner saya sibuk mengurus kain baju. Weekend barulah saya buat kerja menyapu dan mengemop, mendobi dsb. Itu pun kalau tak penat. Tanya la sesapa pun, kalau boleh weekend kita tak nak buat apa pun sebab Monday to Friday dah penat sangat. Penat badan tak pe juga tapi penat otak...apa cerita.




Proposal untuk sambung belajar langsung tak disentuh. kanda pula resently macam moody sebab masalah kesihatan dia. So saya rasa macam unfair pula kalau sambung belajar time dia perlukan saya sangat-sangat. Lagi pun his respond macam negatif aje bila saya tanya dia tak kesah ke nanti saya sibuk dengan Phd saya...




Kat rumah macam biasa la meriah! Di rumah saya sekarang ada anak-anak, menantu-menantu, dan cucu-cucu tinggal bersama. Jadi rumah memang tak pernah sunyi, cuma saya jer yang kadang rasa terkilan, balik rumah dah penat sangat sometimes moody pun ada gak bila kat pejabat asyik dengar prong prang jer...tak sempat nak communicate dengan dorang lebih lagi cucu-cucu saya nan comel lote...What is life? Taksub sangat ke saya dengan kerja? Tapi kalau kerja saya tak siap, halal ke rezeki saya? Apa saya nak jawab dengan Allah tentang tanggungjawab saya yang tak sempurna ini. Dan walau pun tak banyak, gaji saya inilah yang menampung hutang rumah, kereta, kad kredit dan juga keperluan peribadi saya. Yang penting sekali ia merupakan bekal hari tua saya jika umur panjang....kalau tak ada pendapatan dan simpanan macamana dah tua besok. Kan??? Memang la saya ada suami......tapi ada jaminan ke kita boleh bergantung pada suami semata-mata? Saya serahkan pada Allah swt tentang perkara ini. Tapi yang penting hidup kena berusaha!




Masalah? biasa...........mana hidup tak de masalah. Tapi macamana kita menghadapinya .Style saya buat kering...Tak suka bagi respond kat problem melebih-lebih. I'll make sure I'll cry at the right place and at the right time too. No tears waste ok. Kalau nak nangis pun saya fikir wajar tak and started comparing other people's problems. Dan juga bandingkan dengan isu lain yang lagi besar macam what if saya mati esok? Amalan saya cukup tak? Dah ke saya berbaik dengan semua orang. Solat saya hari ni sempurna ke kelam kabut? Dan start membayangkan panasnya api neraka yang memang confirm saya tak nak masuk! Jadi saya akan start nangis, bukan pasal masalah hari ni tapi pasal ingat isu lain yang lebih penting!




Life is very short, kalau kita sendiri tak nak hargai hidup sendiri sape lagi? So instead of jadi orang yang hati kering...why not didik hati ini supaya redha dan bersyukur. Stop thingking of why me? Hei, your are so special! That is why you have been choosen! Got it?




Macam semalam bila saya berbual dengan staf saya, kami sama-sama ketawa bila fikir betapa pandangan orang tentang our department, macam pandang lekeh pun ada juga just because my boss....Tapi tak patut la look at us macam "%^&* " nak address pun tak reti la....saya kata lain kali if orang cakap apa-apa about aur department, tell them yang they should work here, then only they understand. They should appreciate about how special we are. Kami ni kuat dan tabah! Orang lain semua tak nak kerja kat sini and feel irritated bila sebut je nama department kami ni. Tapi kami telah berjaya melaluinya, so kami ni special! Kita adalah yang terpilih, macam saya yang dipilih kena tukar ke sini. Right?




Hahaha...camtu lah life....Saya suka apa yang Tiny quote tentang statement mak dia pasal masalah ni sat saja...dalam sebulan berapa hari sangat kita susah hati, berbanding kita berlapang hati......Allah swt memang maha pengasih dan penyayangkan. Banyak sungguh rahmatnya, ujian pulak sikit saja......Alhamdulillah sesungguhnya aku besyukur yang teramat padamu Ya Allah...dan redhailah kami semua Ya Allah.......

Wednesday, April 27, 2011

cucu wan

suatu ketika
wan - lepas makan jangan lupa letak pinggan dalam singki ye
cucu - ok
seketika kemudian
cucu- dah habis makan
wan -dah basuh tangan cuci mulut?
cucu
- dah
wan - letak pinggan kat singki tak?
cucu - letak
wan - bagus
cucu - bagus cucu wan...
wan - (terdiam)

suatu ketika yang lain
wan- kan wan dah kata jangan prong prang prong prang prong prang (nada marah)
cucu - wan sedap wan masak, pandai wan masak
wan - (terdiam)

hari ini
cucu - wan baca apa?
wan - baca quran....
cucu - ifan pun pandai baca....(terus membacakan surah fatihah yang bunyinya lebih kurang sampai habis....diikuti doa makan. Bagi budak empat setengah tahun aku kasi A la....
wan - pandai ifan baca ye....(sambil teruskan pembacaan)
cucu - (masa wan tengah mengaji) ok ikut cikgu baca ni....(kat tangan pegang hanger dan menunjuk pada cermin (konon papan putih la tu) alif ba ta, tha, jin ha.....(sebutan lebih kurang)
wan - hurm dia pon nak tunjuk skill jugak....

teringat kisah semalam, pada waktu yang sama lepas zohor, saat aku mengaji dia duduk di sebelah dan mengikut bait-bait bacaan aku walaupun yang terdengar bunyi dihujung ayat sahaja, dan akhirnya tertidur di lantai.......cian cucu wan....

cucu - (sambil pegang hanger) sape nak mamee? kamu nak? diam! (sambil pukul hanger kat iron table) sape diam cikgu bagi mamee.
-
alkisahnya.....patutlah hari ni balik je dari taska dalam beg dia ada mamee...........
cucu - sape buat dia???? oh dia buat.....nanti cikgu rotan dia (sekali lagi pukul hanger kat iron table).
- hahaha...patutla masa aku ambil tadi, dia mengadu ada kawan buat dia, menangis sampai meleleh hingus....

Sebenarnya kanak-kanak sangat mudah ingat, bayangkan dia boleh lakonkan balik dialog cikgu dia di sekolah, dan aku yakin kalau sebutan tak tepat pun tapi confirm itulah yang berlaku kat sekolah hari ni. Dia mengikut watak cikgunya dan berlakon sorang-sorang tanpa sedar wan sedang memerhati dalam senyap...

ifan yang comel yang cerdik yang nakal buah hati wan....kadang buat wan marah, kadang buat hati wan berbunga....

Monday, April 4, 2011

WAHAI HATI

Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit hatilah yang paling merbahaya. Sejak semalam saya melayan kerenah dua orang VIP yang datang ke sini kerana sakit hati. Ingin menuntut hak kerana merasa mereka telah dijatuhkan, maruah diinjak-injak, lantas mahu menuntut keadilan dan melawan kembali. Tetapi apabila saya mengkaji semula apa yang berlaku, ya mereka telah dijatuhkan kerana cuba melawan arus. Pihak yang menjatuhkan mungkin lebih berpengaruh or what so ever. Kedua-dua pihak sebenarnya sedang berlawan dengan nafsu. Nafsu gila kuasa. Kerana di sana mereka ada kepentingan. Dan kepentingan itulah yang menjadi matlamat mereka. Bukan apa-apa, nafsu sahaja. Penat mendengar mereka menceceh berjela, saya berusaha memendekkan perbincangan kerana ianya hanya membuang masa saya. Kata saya, tugas saya hanyalah untuk menguruskan pemfailan dan pendengaran kes tersebut. Tetapi saya tidak mendengar kes dan tidak terlibat langsung dengan keputusan kes itu. Saya tak ada "say" dalam kes ini. Saya hanya boleh memberi guide sahaja supaya mereka menyediakan dokumen dengan betul, dan dengan itu saya boleh memproses kes ini dengan cepat. Lagi mereka nak bercakap lagi...and started argue tentang kredibiliti panel yang akan mendengar kes ini. Hohoho...panel dilantik oleh Menteri, dan saya melantik panel untuk pendengaran kes. Mempertikaikan kredibiliti mereka yang mendengar kes samalah macam mempertikai saya yang sain surat lantikan tersebut! Mereka terdiam. Dalam hati cepatlah korang balik, apa yang korang cakap ni semua adalah rasa tak puas hati, hati memang takkan puas, nafsu memang tak pernah puas. Ayat terakhir sudah tersedia keluar dari mulut saya "Dato', for the sake of peaceful, why dont you just forget about A****** (nak suruh depa lupakan semua ni dan mulakan hidup baru dengan damai dan bahagia). Sebab apa yang mereka cuba buat hanyalah sebab sakit hati! Nak puaskan hati yang tak pernah puas.....Tetiba je saya rasa macam nak bagi ceramah....perasaan tak puas hati ni sebenarnya nafsu.....(fikir balik) hurm, tak payah la....bukan tak nak tapi saya ada banyak kerja nak buat. Tiba-tiba PA bos saya muncul dan saya terus menahan beliau dan bertanya sesuatu tentang hal lain. Dan dua orang itu minta izin untuk berlalu, mungkin sedar mereka dah ambil banyak masa saya. Yela dah tiga kali datang cari saya sampai bos saya tegur kenapa layan mereka....nak cerita dalam mahkamah la! Ini hanya sekuman cerita sakit hati.....hati menyebabkan manusia berperang dan berbunuhan sesama sendiri.


Hati oh hati.....saya tak mahu apa-apa, Saya hanya nak berbahagia....Ya Allah kau bimbinglah dan berilah petunjukMu supaya aku sentiasa bersyukur dan redha atas segala ujian dan rezeki yang kau berikan. Hanya kau yang tahu apa ada di dalam hatiku, kemahuanku, kebencianku, amalanku, dosaku...kau lebih tahu dari diriku sendiri. Maka itu Ya Allah, berikan aku petunjuk dan hidayahMu, dan ampunilah aku, dan berilah kebaikan kepadaku yang hanya Engkau tahu....AMIN

Friday, March 25, 2011

TETAMU ALLAH



Sudah lebih dua minggu kembali dari Tanah Suci, menyambut jemputan sebagai tetamu Allah. Sekembali ke sini aku demam beberapa hari, diikuti kanda pula. Deman reda beberapa hari kemudian demam lagi. Kanda juga hampir pengsan kerana dehidrate setelah seminggu kembali ke sini. Urusan kerja di pejabat, urusan di rumah lagi sementelah anakanda yang bakal bersalin April ini sudah tinggal di rumah kami sejak sebulan lalu. Jadi aku tak sempat melihat diri sendiri, sehinggalah semalam.....aku lari sebentar ke seberang jalan, menyinggahkan diri di Spa Ledang waktu lunch...dan tubuh badan aku serahkan...lega....


Malam ini sudah bertemujanji dengan ciktiny, special dinner (dah kecur air liur membayangkan) dan esok aku akan berkemas sakan sebelum outstation Ahadnya, memandu sendirian ke Kuala Kurau, dan kemudian ke Ipoh....Selasa baru balik ke KL.


Perjalanan sebagai tetamu Allah, tak dapat aku ceritakan bagaimana perasaan aku. Terharu, keliru, terpinga-pinga, malahan pelbagai perasaan bermain di minda. Tambahan ini adalah ziarah pertama kali. Pengurusan masa yang kurang mahir kerana tiada pengalaman juga menjadi sebab agaknya kami berdua jatuh sakit bila kembali ke sini. Di sana, kami seperti mendapat kekuatan luar biasa. Berulang alik hotel ke masjid setiap kali waktu solat, dengan cuaca terik tak dihiraukan. Malahan berjalan beberapa kilometer sehari kerana menunaikan umrah dua kali dalam satu hari, masih...kekuatan Allah berikan, yang aku yakin kalau di Malaysia aku takkan larat berjalan sejauh itu. Dan kanda, tentulah kerana dia aku beroleh stamina begini. Mengikut staminanya yang sebelum ini tak terikut oleh aku. Maha suci Allah, dikurniakan kami segala kekuatan dan kesihatan untuk beribadah....Syukur Ya Allah.


Aku tahu, perjalanan kali ini belum sempurna. Malah aku ingin ke sana lagi. Perasaan di benakku sering mengatakan bahawa tidak cukup apa yang telah aku lakukan untuk beroleh keampunan dan redhamu Ya Allah. Dan hari-hari yang kulalui di sini kini lebih bermakna kerana aku sedar Kau sebenarnya sentiasa ada di mana-mana, Kau Maha Mendengar. Tak kira samada aku berdoa di sini atau di Multazam, atau di Hijir Ismail atau di Jabal Rahmah....tak kira di mana, selangkah aku kepadamu, beribu langkah Kau berlari kepadaku. Dan aku tahu, Kau sentiasa memerhati aku, hambamu ini yang sangat kecil, lebih kecil dari debu. Aku mohon Ya Allah, agar semua ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan umatmu yang tidak mampu dan tidak dapat sampai ke Tanah Haram sebagai tetamumu Ya Allah, Kau ampuni dan redhai juga mereka, kau makbulkan doa mereka kerana Engkau Ya Allah, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Terima kasih Ya Allah di atas kuniamu menerima aku sebagai tetamu....

Monday, February 14, 2011

KERJA

Salam,

Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke tempat baru, aku belum pernah menulis tentang pekerjaan baru aku inikan. Sebenarnya banyak nak story tapi keadaan tak mengizinkan, banyak komitmen lain. Hari ini tak ada komitmen ke? Ada...sebetulnya aku sedang tunggu files delele..banyak beno sampai nak tertido menunggu, so sambil tu bukaklah another window...tak salahkan...
Selain keluarga, kerja adalah perkara yang sangat penting dalam hidup ini. Kerana di sinilah aku mencari rezeki hang halal. Oleh kerana kerja ini sebahagian hidup aku dan aku habiskan hampir dua belas jam untuk bekerja - termasuk perjalanan, jadi wajarlah aku menjadikan pekerjaan ini sesuatu yang seronok untuk aku hadapi setiap hari...Syukur, ada kerja!
Ni la rupa bilik baru aku...
Sekarang ni kerja aku simple jer....daftarkan kes pertikaian, tetapkan tarikh bicara, maklumkan pihak-pihak, lantik panel dan prepare dokumen untuk perbicaraan. Masa bicara tu kadang aku hadir, kadang tak...sebab kena attend meeting lain. Habis bicara kalau dah ada keputusan, aku kena sediakan Award, pastu daftarkan ke mahkamah sesyen kalau client mohon. Kalau ada sambung bicara, proses sama kena buat dari awal....kerja-kerja lain tu ada la jugak macam buat report bulanan, statistik etc. Tapi walaupun kerja simple, fail kes sangatlah banyaknya. Setiap minggu ada perbicaraan samada di KL atau luar KL (aku tak pegi, bos je pegi). Macam bulan Januari, rasanya kes hutang tak bayar je ada dekat dua ratus kes. Pada masa sekarang aku tengah mabuk taip Award. Banyaknya alahai.....

Masa aku dok meneliti fail kes hutang tak bayar ni....terdetik keinsafan...yela, dorang ni semua dah kena tindakan mahkamah....boleh istihar bankrap. Kesian. Ada responden yang sampai 3 fail kes, maknanya tiga kali buat loan berasingan...tiga-tiga tak boleh bayar. Pasti masalah kewangan terukkan??? Teringat diri aku yang banyak hutang ni....hutang rumah, kereta, personal loan, kad kredit, insuran lagi nak bayar....dan aku besyukur sangat-sangat, setakat ni aku mampu manage bayar hutang aku, Syukur Ya Allah.

Satu lagi story, my new boss. Sebetulnya aku dah kerap beno dapat ladyboss ni. Ini yang kesepuluh. Hebatla tu kot, macam-macam kerenah dah aku lalui. Aku ok jer, small thing, so think small. Ini bukan masalah, takat bebel sikit-sikit biasala....Aku perempuan jugak. Tapi yang peliknya people around me...bila tahu aku kena tukar Tribunal, dorang macam irritated, ke macam eeeeeeeiii, Tribunal! Ala, Tidaklah seteruk yang diorang fikir. Setiap orang menghadapi situasi dengan cara yang berbeza. Aku, dengan cara akulah. Alangkan Mr. Perfectionist kat rumah tu aku boleh hadap, takkan yang ni tak boleh! Yang tu lagi menguji jiwa raga! Lagi pun I think she's a nice lady. I'm fine with her. Doakanlah yang baik-baik demi kejayaan kerjaya aku di sini ye!

Monday, January 17, 2011

Pagi Yang Indah


What a beautiful day of Monday!
Assalammualaikum. Hari ini aku memulakan pagi Isnin dengan penuh kesyukuran sambil menikmati sarapan yang aku buat sendiri iaitu sandwich tuna dengan kopi susu yang sungguh enak, Alhamdulillah. Pagi yang indah! Cuti dua hari sangat bermakna, meski pun kanda tiada di sisi menemani. Aku ditemani Irfan sejak Jumaat malam lagi. Sabtu pula aku dan Tiny sempat memanfaatkan masa kami menemui Dr. Kidin. Rancangannya sekadar meneman Tiny untuk mendapatkan assestment untuk borang permohonan Phdnya, akhirnya aku pula yang tumpang sekaki mengisi borang, sabar ajelah...

Dek kerana Irfan dah bad mood dan asyik menjerit nak naik keretapi, sempatlah juga kami melencong naik LRT sehingga ke The Mall (pejabat aku) dan makan tengahari sebelum berpatah balik semula ke Bandar Tasek Selatan. Wajah Irfan tersenyum puas dapat naik keretapi, cucu wan sorang nih.....hurm! Nasib baik la sahabat aku Tiny sporting. TQ Tiny! Tiny pun dah jadi wan huhuhu....

Ahad pagi pula hati terasa nak masak nasi ayam...lalu serta merta aku keluar ke pasar mencari bahan apa yang patut, Si Irfan menangis di pintu nak ikut ke pasar sambil peluk bantal bucuknya, haish...nak pegi pasar pun bawa bantal busuk ke??? Aduhai...tak tahan menengok muka seposen dengan air mata bercucuran aku pun angkut Irfan sekali ke pasar basah kat belakang rumah aku jer, lebih kurang 3 minit driving. Siap membeli terus balik rumah dan mula memasak....sempat sms anak2 ajak makan di rumah. Tengah hari rumah aku dah riuh rendah dengan suara cucu-cucu yang seramai 5 orang itu. Puas rasanya dapat masak dan makan pun bersungguh-sungguh. Yela mana sama tapau kat luar dengan masak sendirikan?

Dan pagi ini, aku sudah berada di pejabat. So excited sebab esok kanda akan balik, maybe sampai subuh esok sebab semalam jam 6 petang kanda dah pun bertolak dari Brazil. Penerbangan kira-kira 24 jam tak termasuk transit lagi.....cepat sahaja 12 hari kanda ke luar negara....sungguh masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Kerana itu setiap detik haruslah kita manfaatkan sebaiknya agar kita dan semua insan di sekeliling kita juga bahagia!

Kata Irfan - Irfan rindu atuk....hurm wan pun rinduuuuu atuk!




Saturday, January 8, 2011

SENDIRI



Ini hari pertama bagi tahun 2011 aku sendirian ditinggal kanda jauh nun ke Brazil. Mujurlah pagi tadi Irfan dihantar mamanya buat peneman wan yang keseorangan. Hati berkata-kata, kalaulah begini rasanya tinggal seorang.....owh aku tak sanggup melaluinya, lebih-lebih lagi bila menghadapi hari-hari tua nanti. Apapun aku bersyukur cucu nan seorang ini tidak kisah malah kerap ditinggal mamanya bersama-sama aku dan kanda dan if kanda outstation, maka berkawanlah kami berdua. Irfan ni memang manjala....sebab dah masuk 5 tahun masih belum ada adik, tapi taklah susah nak disiplinkan dia, kena ada alasan untuk setiap yang disuruh, an order with reason. kalau perintah dia, memang dia tak ikut punya. Apapun Insyaallah April ini Irfan akan dapat adik. Irfan selalu berkata irfan nak jadi abang. Kadang-kadang dia akan marah aku dan tak mahu dipanggil Irfan sebaliknya mahu dipanggil abang...yelatu, jangan esok gaduh dengan adik dia sudahlah.


me and irfan (atas)



me, kamilia, haris and hafiz




hafiz and hadif


Hidup ni memang banyak perkara baik dan indah untuk kita nikmati. Tapi ada banyak juga perkara yang melukakan, yang menyedihkan barangkali juga yang boleh membunuh semangat kita. Tapi pokok pangkalnya kitalah yang menentukan, memilih, kita mahu jadi apa. Apa yang telah berlaku tidak penting tapi apa yang kita buat hari ini paling penting kerana ia akan menentukan apa yang kita akan jadi esok hari. Sebetulnya aku baru je habis baca buku Sekolah Kehidupan yang dipinjamkan oleh kawan aku....semalam, masa naik train otw balik kerja, dapat aku habiskan pembacaan aku yang mengambil masa seminggu jugak. Well, sekarang masa balik tak terasa cukup. Bila duduk sahaja dalam train...aku akan mula membaca, tahu-tahu dah sampai...Alhamdulillah, inilah salah satu hikmahnya penghijrahan ke HQ. Siapa sangkakan hidup aku semakin mudah kebelakangan ini. Ya....siapa sangka selepas sepuluh tahun bekerja dalam bidang yang memerlukan aku selalu bekerja tak tentu masa, malam, weekend...jumpa ramai orang....sekarang aku bekerja di tempat yang tenang dan agak senggang. Kurang bercakap dan jumpa orang....kecuali masa perbicaraan, itupun tak boleh sembang sangat dengan client....bos aku tak suka sebab tak nak kami bias, terbocor maklumat atau terlepas cakap. Yela kita manusia......adalah kelemahan masing-masing. Makanya aku gunakan kesempatan ini memperbaiki kelemahan aku....kurangkan bercakap.....cakap pelan-pelan....dan huhuhu...ada banyak masa untuk family la sekarang ni. Tu yang bila kanda takde aku mati kutu, nak keluar bersosial tak eloklah pulak (kena ingatlah status aku)....lagi pun kanda ada senarai kawan yang aku dibenarkan keluar bersama....kalau they all tak available aku pun alamatnya terperap kat rumah ajelah. Nasib aku ada hobi baik punya....layan korean drama or baca buku. Ok le tu..! Pasal kerja baru aku ni....nanti ada masa aku updatelah sebab baru seminggu kerja, tengah observe! ba bay!!!

Saturday, January 1, 2011

Kita kawan


Kita dah jadi kawan ke? Haah...........Betul ni kita dah jadi kawan semula? Haah kita dah jadi kawan....Kawan? aku hulurkan tangan..........ye kawan...dan dia menyambut tanganku dan kami pun jalan berpimpinan.........CINTA MEMANG UNIK. ALLAH TELAH MENGANUGERAHKAN CINTA YANG TERBAIK DAN PALING SESUAI UNTUK KITA SEMUA.



Bersyukurlah dan hargailah CINTA




SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!