Sunday, July 10, 2011

Perjuanganku

Berjaya juga aku menyiapkannya. Dalam damai, dalam tenang dan dalam keadaan yang aku percaya telah Allah aturkan untuk aku. Aku masih ingat suatu masa aku dan Tiny pernah bercerita tentang diri sendiri. Berapa banyak manusia macam kita yang diberi peluang untuk belajar? Berapa banyak manusia macam kita yang diberi ruang masa, ruang meneroka minda dan juga ruang ekonomi yang memudahkan kita untuk terus menuntut ilmu. Ya, benar sejak akhir-akhir ini (sejak awal tahun lagi pun) kami asyik berbicara tentang harapan dan cita-cita kami. Bagiku menuntut ilmu itu suatu penjuangan. Jika orang lain tidak mahu, aku mahu. Jika orang lain tidak boleh, aku boleh, insyaallah. Bukan kerana mengejar nama, pangkat atau material tapi aku mahu menjadi sebahagian umat Islam yang dapat mengangkat darjat agamaku kerana ramai umatnya yang cintakan ilmu dan dapat pula berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Kalau ada sekali sekala aku bercakap tentang pengajian atau cita-citaku ianya lebih kepada motivasi diri, dan jika aku kongsikan dengan orang lain juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menceritakan pencapaian aku, tak pernah begitu. Tapi aku mungkin tak sedar ada orang tak suka dengar dan merasa rendah hati atau cemburu atau menganggap aku ini macam tunjuk bagus. Tapi tak mengapalah, aku sering bertegas kepada diriku bahawa, apa pun yang orang lain katakan atau buat kepadaku...tidaklah penting melainkan yang dihisab oleh Allah adalah sikapku sendiri tergadap orang lain, fikiranku sendiri terhadap orang lain, Itulah yang dihisab. Dan sungguh aku takut aku tak sekuat yang aku katakan tapi siang malam aku berusaha mendidik hati bahawa, apa juga yang dihisab Allah, itulah yang penting bagiku. Kerana hanya dia yang mengetahui apa yang ada di dalam hatiku melebihi dari diriku sendiri. jadi ya Allah, aku pulangkan segalanya kepadamu...Ameen Ya Rabbal Alameen...




Untuk suamiku, aku rakamkan terima kasih sepenuh kasih sayang untukmu kerana selalu yakin dan percaya kepadaku akan kebolehanku, kerana selalu menjadi penyokong kuatku dalam setiap apa yang aku usahakan...dan terima kasih kerana selalu mengatakan aku boleh!

2 comments:

Kaktiny said...

YES!.

Firman Allah:
“Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286)

Aku yakin bahawa Allah tahu kita mampu di situ.. (sapa yg tak mahu menggunakan ruang dan peluang utk mencari ilmu, jgn jeles dgn kemahuan kami.. hihihi..)

Ya, Allah jua yg mengetahui niat dan tujuan kita.. dan semestinya TUJUAN MULA SEHINGGA AKHIR, HANYA UNTUK-NYA.. UNTUK MENCARI REDHANYA.. semoga redha Allah sentiasa bersama kita, walau di putaran mana hidup kita yg telah ditetapkanNya.. ameen.

Terima kasih yang..
...for always lend me your ears..
.. dan selalu, tanpa putus, tanpa jemu, perjumpaan kita sering disulami cerita diri, dan motivasi serta cita-cita diri.. I LOVE IT SO MUCH!.

Terima kasih Allah..
Jazakillahu Khairan Kathira to you my dear darling.. <3 <3 <3

ns said...

Assalam.
Selamat berjuang utk mendapatkan ilmu k.long.InsyaAllah ilmu yg diperolehi boleh dimanfaatkan utk org lain juga.

Teringat kisah Imam Shafie yang merantau, meninggalkan kg..untuk menuntut ilmu. Pada masa sekarang dgn teknologi serba canggih yg ada, tak ada alasan utk kita tidak menuntut ilmu.