Friday, August 5, 2011

Wahai hati-hati yang lara

Wahai hati-hati yang lara. Entah kenapa ingin sekali saya katakan ini kepada kamu. Barangkali kamu sedang dirahmati. Barangkali Allah s.w.t sedang menunjukkan jalan kepada kamu. Barangkali Dia sedang menunjukkan tanda-tanda untuk kamu membuat keputusan. Istikharahlah...


Wahai hati-hati yang lara. Apakah kamu masih dilema dalam memilih keputusan yang terbaik? Apakah kamu masih dilema untuk memilih keutamaan dalam hidup kamu? Jalannya mudah sahaja, utamakan hubungan kamu dengan Tuhanmu. Utamakan hubungan kamu dengan Tuhanmu terlebih dahulu dan kemudian segala-galanya akan menjadi baik, Insyaallah. Bersangka baiklah dengan Allah dan senantiasalah memikirkan hikmah....



Wahai hati-hati yang lara, berbaloikah kita berduka dan takut dengan dunia berbanding alam selepas nyawa kita diambil olehNya. Kenapakah kita takut dengan keberterusan hidup di dunia ini sedangkan kita tahu Allah itu ada begitu hampir denganmu. Sedekat urat pada lehermu....


"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 )


Yakinlah dengan langkahmu. Selangkah kamu hampir kepadanya beribu langkah Allah akan berlari kepadamu....Betapalah kamu dicintaiNya...Betapalah kamu dicintainya.......tapi berapa banyakkah pula kamu membalas balik cinta Tuhanmu...Nilailah hatimu yang lara itu, berbaloikah berduka-lara untuk cinta manusia yang bersifat sementara ini???


Wahai hati-hati yang lara, yakinlah dengan pilihanmu, dan pilihanmu itu adalah jihadmu demi mencapai redha Allah. Berhenti takut akan dunia kerana dunia ini mungkin juga bisa menghantarmu ke pintu neraka. Alihkan hatimu, alihkan niatmu...teruskan langkahmu dengan yakin. Katakan bahawa Allah ada bersamaku, aku tidak takut apa-apa lagi.



Wahai hati-hati yang lara. Aku tidak pandai menasihat tetapi inilah cara aku memujuk hatiku sendiri tatkala aku diuji. Aku hanya memberi jalan...tetapi terpulanglah kamu memilih jalan apa yang kamu mahu. Kerana kebahagiaanmu terletak di dalam genggamanmu sendiri...


Bersediakan kamu merubah dirimu??? Kenapa perlu bertangguh esok? Andai ini Ramadanmu yang terakhir bagaimana???

2 comments:

ns said...

Assalam Kak Long.
Semoga Ramdhan kali ni yang terbaik buat kita dalam memperolehi pahala dariNYA. Sama-samalah kita mencari dan mendapatkan LailatulQadar.

Kaktiny said...

kita pernah menjadi sebahagian daripada mempunyai kisah hati-hati yang lara itu kan..

dan kita berpeluang menikmati indahnya apabila melepaskan segala beban dan resah lara itu kembali kepada pencipta-Nya... kan...

dengan lafaz "Innalillahi Wainnailaihi raajiun. Allahumma'jurnii fii musiibatii wa akhlif lii khairan min haa".. segala lara-lara itu dikembalikan kepada Allah dan dimohon agar Allah tampilkan kurnia yg lebih baik daripada musibah itu..

... dan.. NAH!.. buktinya, hari ini kita semakin kuat berhadapan dgn lara-lara smlm.. semoga taufik dari Allah ini sentiasa diberikanNya utk kita dlm berhadapan dgn cerita-cerita esok yg tidak pasti dgn menjadikan kekuatan lara semalam sbg pedoman..

Hidayah Allah itu dtg dari pelbagai bentuk dan nikmat.. dan satunya, nasihat dari bibir mulus yang tulus.. amat rugi kpd mereka yg tidak mendengarnya terus darimu sahabat!.. bukan hidayah tidak sampai kepada mereka, tetapi mereka menolak hidayah daripada menusuk ke hati mereka.. semoga taufik Allah membantu menerangi jiwa mereka.. dan juga kita ameen..

<3 <3 <3