Monday, November 21, 2011

Apalah ada pada PRIDE

Benar, kalaulah aku muhasabah diri bersungguh-sungguh...apa yang aku kejarkan selama ini tak lebih dan tak kurang 90% adalah demi PRIDE. Bertitik tolak sejak kecil bila aku membesar dalam suasana serba kekurangan, matlamat aku cumalah satu, aku mahu ubah nasib keluarga. Aku mahu besarkan rumah kami di kampung kerana aku rasa rendah diri rumah kami buruk dan bocor sana sini. Sampaikan aku malu hendak mengajak kawan datang beraya ke rumah aku pun! Tak ada sofa, tak ada meja makan...hanya tikar getah dan tikar mengkuang alas lantai papan yang berbunyi bila dipijak.

Dan kemudian bila faktor kemiskinan menyebabkan aku tidak ke universiti, aku berusaha mengumpul duit, mengikat perut semata-mata mahu menyambung pelajaran ke peringkat diploma, kerana apa? Kerana PRIDE. Aku rasa rendah diri dan malu kerana aku tak berpelajaran. Aku sedih sebab kawan-kawan aku yang tak secemerlang mana semasa sekolah ramai ke universiti dan ke maktab. Sedangkan aku...terpaksa bekerja seawal usia 19 tahun...membantu adik-adik bersekolah dan terus berjuang mengejar cita-cita ....

Saat aku bekerja sebagai kerani...aku bercita-cita mahu menjadi seorang bos dan mempunyai kakitangan bawahan sebagaimana aku diperintah-perintah....Aku rasa rendah diri dan aku mahu kerjaya berpangkat supaya aku dapat PRIDE aku....

Apabila aku punya suami, yang mampu menyara hidup aku....Aku tetap berusaha membina kerjaya aku dan berusaha mengumpul aset aku sendiri kerana aku mahu menjaga PRIDE aku. Aku, Kak Long yang terbiasa bersusah-susah, berusaha sendiri dan berdikari...tidak mahu dikata menumpang senang suami...semua kerana nak menjaga PRIDE aku...

Akhirnya, aku mati dalam PRIDE itu dan tak satu pun PRIDE itu menolong aku untuk menuju syurga yang kekal abadi.

Ya Allah...besar sungguh nafsu aku...

Tapi aku dah berubah...mungkin tak 100% sebab syaitan itu sentiasa ada, semakin aku kuat berusaha memperbetulkan niat perjuangan aku, semakin kuat kategori syaitan yang hampir denganku....

Ya...benar aku buat semua tu sebab PRIDE dulu, tapi dalam sekecil-kecil mungkin 10% niat aku untuk mengeluarkan keluargaku dari kepompong kemiskinan, niat aku suci. Aku ingin membahagiakan emak dan ayah dengan kediaman yang besar dan selesa, niat aku suci. Aku berusaha belajar dan mengejar kerjaya yang lebih baik untuk mengubah nasib diri, niat aku suci. Aku bekerja supaya tak bergantung 100% dengan kewangan suami, niat aku suci. Dan yang paling penting, aku buat yang terbaik dalam pekerjaan aku untuk menyumbang pada pembangunan organisasi niat aku suci. Semakin besar gaji yang aku dapat maka semakin besar bahagian zakat yang aku dapat sumbangkan...kalau aku gaji kerani, makan sendiri pun cukup-cukup...maka manalah aku mampu nak bersedekah lebih...at least 10% atau mungkin kurang, aku yakin niat suci aku been counted.

Jadi walaupun cuma 10% atau mungkin lebih kecil saiznya aku tahu niat aku suci. Dan aku tahu untuk mempertahankan niat suci yang 10% itu pun bukan senang, sebab sebagai manusia adakala kita emosi, adakala kita marah, adakala kita berlagak, adakala kita mengungkit.

Kerja penat, markah prestasi rendah...kita mengeluh (mengungkit) habislah niat suci yang cuma 10% tu. Buat baik, adik-beradik tak ingat, kita kecik hati...mengeluh dalam hati hangpa tak kenang budi Kak Long, habislah niat suci 10% aku...Tolong kawan tapi last-last dia tak tolong kita balik bila kita memerlukan, mengungkit....habislah tinggal 0% Lailahaillallah...Susahnya nak mempertahankan niat yang suci dan ikhlas itu...

Apalah ada pada PRIDE! Ianya takkan membawa aku ke syurga, tapi ke neraka mungkin!!! Astaghfirullah.....Ya Allah jauhkanlah!

Sekarang aku takut kalau niat aku sambung Phd kerana PRIDE juga...Ya Allah perbetulkanlah niatku...kerana perjuangan menuntut ilmu adalah jihad fisabilillah...Jadikanlah ilmu yang bakal kutuntut kelak sebagai pemudahcara aku menuju ke syurgaMu.....
.AMEEN...


Thursday, November 10, 2011

35 tahun 1 hari

Hari ini, umur aku genap 35 tahun 1 hari. Bermakna aku sudah masuk fasa ke empat perancangan lima tahun aku. Aku masih ingat semasa umurku 19 tahun, aku telah melukis timeline pencapaian aku berdasarkan rangka kerja 5 tahun. Kira macam my life goal gitu.



Perancangan aku masa tu-

Fasa Pertama umur 20 - 25 tahun : mesti dapat buat at least diploma dan cari kerja lain yang setara.


Alhamdulillah, umur 24 aku dapat completed my diploma dan dapat kerja dengan gaji setimpal kelulusan aku. Melompat 2x dalam company swasta then masuk government...


Fasa Kedua umur 26 - 30 tahun : mesti dapat buat degree, beli kereta.


Alhamdulillah, aku graduate masa umur aku 29 tahun, iaitu selepas 3 tahun berhempas pulas belajar outcampus, kelas malam. Dan aku dapat beli my first car iaitu kereta kancil masa umur 27 tahun...syukur Ya Allah...


Fasa Ketiga umur 31 - 35 tahun : mesti dapat beli rumah dan buat master.


Alhamdulillah, aku dapat beli rumah idaman aku pada usia aku 32 tahun, then dapat sambung master pada tahun yang sama. masa usia aku 33 tahun aku pun dapat offer kerja yang setara degree aku...syukur Ya Allah...murahnya rezeki aku...


Dan sekarang fasa ke 4 umur 36-40 tahun : 15 tahun dulu masa aku lukis timeline tu aku target dapat gelaran Dr. sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah, bulan September tempohari aku dah pun dapat tawaran sambung Phd di UPM. Insyaallah pendaftaran pada Mac 2012.


Aku masih ingat masa aku lukis carta aliran ala-ala time line tu, bos aku Pn Nurul tanya, kat mana awak nak kawin??? Aku pun tak dapat jawab. Aku kata kat mana-mana fasa kalau jumpa jodoh saya kawinlah...


Dan aku baru sedar, bukan saja aku tak plan pasal hal berkeluarga...lebih-lebih lagi dalam setiap fasa tu aku tak tulis pun dapat anak berapa orang. Dalam erti kata lainlah, if kot-kot aku ada la tulis dalam setiap fasa tu mengandung dan beranak sorang...harus sekarang anak aku dah empat...sebab apa yang kita sebut dan tulis bisa menjadi kenyataan macam apa yang aku ingin capai dalam carta aliran hidup aku tulah!



Apa pun segalanya adalah rahsia Allah. Benar, aku merancang, aku berusaha, aku berdoa, aku bertawakal. Tapi bukankah diriku ini hak Allah? Mungkin jika ada rezeki, entah apa lagi yang bakal Allah kurniakan kepadaku kelak. Ujian pun tak kurang hebatnya juga. Dan mungkin juga semalam adalah sambutan hari lahirku yang terakhir, siapa tahu.



Aku bersyukur, dan berpuashati dengan segala pencapaianku setakat ini. Dan jika ada lagi yang aku mahu hanyalah redha Allah. Semoga taubatku diterima, semoga ibadahku diterima, semoga diriku ini diterima...



Meski pun esok belum tentu ada, tapi hari ini mestilah yang terbaik! Chaiyok!!!




buai laju-laju,

sampai pohon sena,

apa dalam lemari baju,


ada sejambak bunga!!!








TARAAA!!!!!










Kantoi pada jam 6.30 petang, 8.11.2011 (tak sempat nak buat surprise jam 12 tengah malam). Wahai sayang len kali sorok la kat tempat lain, very konservatif la....huhuhu...tiap tahun sorok kat tempat yang sama , aduhai kanda...


Malam tadi kami berdating berduaan di angkasa raya, tapi macam boring jer...aku rasa lagi seronok kalau anak-anak dan cucu-cucu ada bersama. Apa pun terima kasih kanda kerana usaha untuk menyediakan kenangan romantis untukku di hari lahir ku yang ke "lagi 5 tahun 40 tahun" hehehe....Alhamdulillah. But the dinner is a luxury dinner to me, rasa macam membazir jer. Entah kenapa semasa berada di situ aku teringat bayi kecil yang tinggal rangka di Somalia, dan anak-anak kecil di Palestin yang berebut makanan yang jatuh ke tanah...Ya Allah...ampuni aku Ya Allah....



Terima kasih kerana nikmat kehidupan yang tak terhingga ini, dan terima kasih kerana memanjangkan umurku sehari lagi!

Wednesday, November 9, 2011

BED PARTY



Pada hari raya Aidiladha baru-baru ni, other than having fun in the kitchen,....I also having "bed party" with all my cucu-cucu.. here are some aksi nakal which I will never forget. Love them sooo much muah muah...



Me and kemilia...macam sebaya kan??? hehehehe


Ikram si mata bulat! Sudah pandai independent..


hafiz, ikram dan kamilia

Kamilia yang suka control cun...perasan lawalah tu! memang lawa punkan...


Landing...walaupun selang seli dengan gaduh-gaduh dan nangis-nangis


Irfan asyik kena buli dengan all his cousin...cian ifan cayang



Oh ye! today is my birthday...got something to share...esok-esoklah..cerita baik punya!!! hehehe

Friday, November 4, 2011

Pengorbanan

Pengorbanan yang paling besar ialah apabila kita rela memberi barang yang paling kita sayang dan perlukan. Si miskin yang hanya mempunyai RM2 dan menyedekahkan RM1 yang dia ada kepada si miskin yang lain adalah lebih tinggi darjatnya berbanding Si Jutawan yang memberi makan kepada seribu orang miskin. Allah swt mengangkat darjat orang miskin yang beramal soleh, lebih tinggi daripada darjat orang kaya yang beramal soleh di akhirat kelak...mereka akan didahulukan memasuki syurga dan doanya lebih makbul....malah kemiskinan mereka itu adalah kifarah buat mereka dan menghapuskan dosa-dosa kecil mereka setiap hari menerusi amalan soleh mereka yang berterusan. Hidup ini, meski miskin tak mengurangkan kasih sayang Allah swt.....itu pengorbanan bagi orang yang tidak berkemampuan.


Bagiku, pengorbanan takkan pernah selesai. Setiap saat yang kita lalui, kita dituntut berkorban. Mengorbankan perasaan yang suka berhibur, perasaan yang suka bersenang-senang dan bermalas-malasan untuk diisi dengan penuh sikap tanggungjawab agar bermanfaat kepada diri dan manusia sejagat. Setiap saat adalah perjuangan yang harus memberi erti kepada kehidupan. Cubalah toleh ke belakang, selama sepuluh bulan kita mengharungi tahun ini, apakah perkara signifikan yang telah kita capai dan berapa banyak pula kita membazirkan waktu dengan perkara-perkara lagha...sehinggakan tanpa kita sedar tahun ini sudah berakhir! Dan usia kita sudah bertambah satu tahun lagi!


Benarlah, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Maka manfaatkanlah setiap masa dalam hidup ini dengan lebih baik dan terbaik setiap hari tanpa sebarang keluhan atau sesalan!


Sebagai manusia biasa, perkara besar yang perlu kita beri tumpuan ialah mengorbankan perasaan .....melawan nafsu. Mengikis sebahagian besar kelemahan diri yang suka berperasaan yang tidak sepatutnya...Tukarkan semua energy kepada sisi positif, terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Jauhi prasangka dan senyumlah mengingatkan diri sendiri tatkala perasaan negatif mula menguasai diri...hati segeralah bersuara, haish! apa aku fikir macam ni??? Bukankah lebih elok aku bersangka baik!!!


Bersediakah kita berkorban secara material bagi memperbaiki kualiti hidup...dan menumpu pada kehidupan yang lebih sihat seperti melupakan barangan berjenama, berbelanja sekadar perlu dan menjadi orang yang bebas hutang! Bolehkah??? Insyaallah, pasti boleh....dan kalaupun berhutang sekadar perlu dan semuanya mestilah melalui kaedah yang berlandaskan syariah!


Berusahalah membahagiakan semua orang yang kita sayang dan mudah-mudahan dengannya kita akan bahagia.


Bahagia kerana membahagiakan orang lain! Itu juga pengorbanan...