Tuesday, March 26, 2013

YANG TELAH AKU TINGGALKAN

Salam bahagia buat semua...

Lama sungguh aku tak menulis "bersungguh-sungguh". Kan?

Entah kenapa hilang minat hendak menulis. Bukankah aku dulu pencinta sastera? Bukankah aku dulu seorang anak remaja yang bercita-cita ingin menjadi penulis yang mengabadikan hidup kepada seni penulisan. Berkajang-kajang karya yang aku hasilkan akhirnya dibakar jadi debu...termasuk karya yang sudah diterbitkan.....tak ada satu pun kenangan yang tinggal.

Sama macam cita-cita aku yang akhirnya terpaksa aku lupakan. Sedih pilu mengingat saat-saat menatap akhbar yang mengiklankan peluang ke IPTA...(dulu mana ada online application)

Dan juga hubungan-hubungan yang putus, berpisah dan hati yang berderai...sehingga hati ini dah tak sempurna...kemek sana sini macam kereta yang kemek after accident tu :-D

Kita adalah apa yang kita tempuh pada masa lalu kita....Kita hari ini terbina dari masa lalu. Cuma, kita telah diberi akal yang sempurna untuk memilih. Maka aku telah membuat pilihan. Pilihan aku bukanlah yang terbaik tapi aku percaya semasa aku memilih pun Allah telah menolong dan memberi petunjukNya. Maka inilah yang paling sesuai untuk aku. Bukankah aku patut berbahagia???

Mengenang kembali kisah lalu dah tak buat aku menangis. Aku cuma senyum tenang dan hati ini berkata...itulah qada' dan qadar aku...kan ke aku telah mengaku beriman??? So mana buktinya kalau asyik merintih akan nasib diri. Padahal nasib kita semuanya telah tertulis dan kita wajib beriman kepadaNya.

Dalam begitu banyak ujian itu aku masih besyukur kerana Allah selalu melindungi dan memberi aku..Ya Allah begitu banyak sekali!!! Tak terhingga...tak mampu aku senaraikan di sini. Akan keberuntungan diri ini.

Masa lalu telah lama kita tinggalkan. It's a history. Hari ini adalah yang terbaik because it's a gift. dan esok? Masa depan. Ia masih misteri. Tapi jalan sudah terbentang luas dan kitalah pemandu itu. Destinasinya kita boleh tentukan hari ini meskipun perjalanan itu pasti banyak cabaran dan halangan. tak mengapalah...hadapilah...kerana hidup memang begitukan???

Aku ingin menuju ke Jannah. Memanglah aku tak sempurna dan amat malu dengan amalan sedikit ini. Tapi aku sangat ingin ke sana.

Dan di dunia ini aku ingin menjadi orang yang lebih banyak memberi.

Aku ingin menjadi orang yang berjaya. Supaya kelak jadi kebanggaan semua yang menyayangi aku mahupun yang pernah melukai aku. Aku ingin menjadi seorang ibu, isteri dan muslimah yang dihormati dan dikagumi di atas pencapaian aku kelak. Semoga aku terus berpijak di bumi nyata, tidak sombong serta bangga diri.

Semoga Allah mempermudahkan urusanku, memberkati usahaku dan ibadahku diterimaNya.

Siapalah kita tanpa sejarah. Kerana sejarahlah kita menjadi siapa diri kita hari ini. Sejarah adalah pengalaman dan pengajaran. Ia sepatutnya memotivasikan dan bukan menjatuhkan!

PEACE!!!